Cara Beli Tiket Bas Online (TBS, Redbus, Catch That Bus, Mutiara). Pembelian Bus Ticket Online Mudah Pantas atas talian & aplikasi telefon.

Beli Tiket Bas Online (TBS, Redbus, Catch That Bus, Mutiara)

Bus Ticket Online Mudah Dan Pantas. Berita baik kepada semua rakyat Malaysia yang menggunakan bas sebagai pengangkutan awam untuk ke destinasi yang ditujui. Tahukah anda bahawa terdapat banyak laman web dan aplikasi telefon pintar yang menawarkan perkhidmatan penjualan tiket bas ekspress ke seluruh Malaysia. Di bawah adalah panduan kepada semua berkaitan cara-cara untuk membeli tiket bas online dengan mudah dan pantas.

Pada norma terdahulu, kita perlu pergi ke kaunter penjualan tiket bas ekspres di stesen bas untuk beli tiket bas ke destinasi yang ingin ditujui. Bukan sahaja ia memakan masa dan tenaga yang banyak malahan urusan pembelian tiket di kaunter bas seringkali diganggu oleh ulat-ulat tiket yang mengambil kesempatan. Maka, dengan pembelian secara online, kita dapat melihat terlebih dahulu jadual perjalanan bas yang ditawarkan dan membeli harga tiket mengikut kesesuaian masa masing-masing.

Cara Beli Tiket Bas Online

Cara Beli Tiket Bas Online Mudah Dan Pantas (TBS, Redbus, Catch That Bus)

Di bawah adalah perkongsian berkaitan senarai laman web dan pautan memuat turun aplikasi yang membantu anda dalam membuat pembelian tiket bas secara Online untuk perjalanan ke seluruh Malaysia dengan Mudah Dan Pantas dengan memilih salah satu daripada pilihan yang disediakan.

Maklumat tiket bas iaitu pembelian secara online juga menawarkan promosi-promosi harga yang lebih murah dan boleh dibandingkan antara laman dan aplikasi bus operators yang dikongsikan seperti berikut:

Senarai Laman Web Penjualan Tiket Bas Secara Atas Talian

Berikut adalah senarai laman web yang menjual tiket bas express secara online (membuat tempahan untuk pilihan syarikat bas) untuk rujukan semua untuk menempah tiket bas:

1) Easybook

i) Laman ini menyediakan perkhidmatan tempahan tiket bas ekspress (booking tiket bas, membuat pilihan tempat duduk), keretapi, feri, sewa kereta dan juga kapal terbang.

ii) Sila layari laman ini dengan membuka pautan berikut: Easybook Malaysia

2) Redbus mobile app

i) Laman ini menyediakan perkhidmatan tempahan tiket bas ekspress (online bus ticket booking) serta menawarkan perlindungan insurans perjalanan bagi penumpang.

ii) Isikan maklumat yang diperlukan dan penumpang juga boleh menukar jadual perjalanan tiket bas mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

iii) Layari laman ini dengan membuka pautan berikut: Redbus Malaysia

3) Catchthatbus

i) Laman ini menyediakan perkhidmatan tempahan tiket bas ekspress di seluruh Malaysia.

ii) Anda boleh layari laman web ini dengan membuka pautan/ tekan butang berikut: Catchthatbus Malaysia

4) Busonlineticket

i) Laman ini menyediakan perkhidmatan tempahan tiket bas ekspress, KLIA Ekspress dan feri.

ii) Sila layari laman web ini dengan membuka pautan berikut: Busonlineticket Malaysia

5) Eticketing

i) Laman ini menyediakan satu paparan perkhidmatan tempahan tiket bas ekspress sahaja.

ii) Layari laman web ini dengan membuka pautan berikut: eticketing

6) TBS

i) Laman ini adalah laman web Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur yang merupakan stesen bas utama yang menghubungkan bas dari bahagian selatan, pantai timur dan utara semenanjung Malaysia.

ii) Selain penjualan tiket bas yang boleh dibayar secara online banking/ kredit kad debit, laman ini juga memaparkan waktu pelepasan bas secara langsung di terminal tersebut.

iii) Oleh itu, anda boleh layari laman web ini dengan membuka pautan berikut: TBSBTS

Muat Turun Aplikasi Tiket Bas Online

Bagi memudahkan urusan pembelian tiket bas menggunakan telefon pintar, anda boleh memuat turun aplikasi mobile apps yang dikongsikan di bawah mengikut sistem operasi telefon masing-masing.

1) Easybook

Google Playstore

Apple AppStore

2) Redbus mobile app

Google Playstore

Apple AppStore

3) Catchthatbus

Google Playstore

Apple AppStore

4) Busonlineticket

Google Playstore

Apple AppStore

5) Eticketing

Google Playstore

Apple AppStore

6) TBS

Google Playstore

Apple Appstore

Diharapkan perkongsian berkenaan buy bus tickets online memberikan manfaat kepada semua. Semoga urusan pembelian tiket bas anda dipermudahkan dan sampai ke destinasi yang ditujui.

Related : book bus tickets, tempat duduk di dalam bas, untuk memudahkan, tarikh perjalanan, operator bas, negara jiran, popular di malaysia, malaysia and singapore, booking a bus, terminal bas,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *