Semakan BPN 2.0 Permohonan Bantuan Prihatin Nasional Dan Tarikh Pembayaran

Permohonan Bantuan Prihatin Nasional Dan Semakan BPN 2020. Tan Sri Muhyiddin Yassin, melalui perutusan Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN pada 27 Mac 2020, berkata kerajaan telah menyediakan Pakej Rangsangan dikenali sebagai Pakej PRIHATIN. Ianya bakal memberi manfaat kepada semua yang layak dengan peruntukkan berjumlah RM250 billion. Berikut dikongsikan panduan permohonan BPN 2.0 dan rayuan dan semakan status Bantuan Prihatin Nasional beserta maklumat tarikh pembayaran BPN 2.0 buat rujukan semua.

  • RM128 billion untuk melindungi kebajikan
  • RM100 billion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS)
  • RM2 billion untuk memperkukuh ekonomi malaysia
  • RM20 billion telah diumumkan pada pakej rangsangan sebelumnya

Beliau juga mengumumkan Bantuan PRIHATIN Nasional. Ianya adalah pemberian tunai secara ‘one off’ dengan peruntukan hampir RM10 bilion bagi meringankan pendapatan penduduk Golongan B40 dan M40 yang terjejas.

bantuan prihatin nasional permohonan bpn 2.0 dan semakan bpn & tarikh pembayaran bpn 2.0

Permohonan BPN 2.0 Bantuan Prihatin Nasional, Semakan BPN, Rayuan Dan Tarikh Pembayaran

Menurut kenyataan Perdana Menteri pada 23 September 2020, melalui program KITA PRIHATIN kerajaan akan memberikan tambahan RM1000 untuk B40 isi rumah, RM 500 untuk B40 Bujang, RM600 untuk M40 Isi rumah, RM300 untuk M40 Bujang.

Tiada permohonan BPN 2.0 yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0 kerana kerajaan akan menyalurkan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang sudah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

Namun, bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, kerajaan akan memberi peluang untuk proses rayuan serta permohonan BPN 2.0 baharu.

Menerusi siaran media Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 29 Mac 2020, pemberian bantuan bagi golongan B40 adalah berdasarkan kepada pangkalan data Bantuan Sara Hidup. Manakala BPN bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan bantuan tambahan iaitu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0. Permohonan baharu dibuka mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2020. Melalui Kerangka Inisiatif Tambahan (KITA) PRIHATIN, kerajaan akan menyalurkan BPN 2.0 kepada mereka yang berkelayakan seperti berikut:

  • RM1000 kepada isi rumah B40
  • RM500 kepada kumpulan bujang B40
  • RM600 kepada isi rumah M40
  • RM300 kepada kumpulan bujang M40

Tarikh Pembayaran BPN 2.0

  • Fasa 1 : 26 Oktober 2020
  • Fasa 2 : Bermula 21 Januari 2021 untuk kategori B40/ Bermula 25 Januari 2021 untuk kategori M40

Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan bayaran keduanya pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300. Manakala permohonan baharu akan dibayar secara sekaligus pada fasa kedua pembayaran BPN 2.0

Semakan status penerimaan BPN 2.0 boleh disemak mulai 15 Oktober 2020 15 Januari 2021 di Portal Rasmi BPN (https://bpn.hasil.gov.my/). Borang permohonan baharu dan borang pembatalan permohonan BPN boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:

Kepada mereka yang telah menerima sebelum ini akan mendapat bantuan secara terus. Manakala, mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, akan diberi peluang untuk membuat permohonan baharu/rayuan BPN 2.0 mulai 15 Oktober 2020 sehingga 15 November 2020 di Portal Rasmi BPN atau menghantar borang secara manual ke Cawangan/ Pusat Khidmat Hasil/ UTC/ LHDN.

Namun, pemohon yang berada di dalam kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) digalakkan mengemukakan permohonan baharu di portal rasmi BPN bagi memastikan rantaian penularan wabak COVID dicegah.

Kaedah Pembayaran BPN

Kaedah bayaran untuk kategori penerima B40 adalah seperti berikut:-

Pembayaran sekiranya:

  1. Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
  2. Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
  3. Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kaedah bayaran untuk kategori penerima M40 adalah seperti berikut:-

  1. Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan
  2. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah
  3. Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir

Syarat Kelayakan BPN

Kategori yang layak menerima bantuan B40 adalah seperti berikut:-

1) Isi Rumah

  • a) Kahwin; atau
  • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

2) Bujang

  • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
  • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

Kategori yang layak menerima BPN M40 pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM yang berstatus adalah seperti berikut:-

1) Isi Rumah

  • a) Kahwin; atau
  • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian; dan
  • c) Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini

2) Bujang

  • a) Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan
  • b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan
  • c) Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

3) Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia

Permohonan BPN : Siapa Yang Perlu Memohon Dan Tidak Perlu Memohon?

Berikut adalah maklumat berkaitan kaedah cara permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

i) Penerima Yang Tidak Perlu Memohon Atau Mengemukakan Permohonan Baharu BPN

Mereka yang tidak perlu memohon adalah seperti berikut :-

  • i) Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah
  • ii) Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000
    • Isi rumah pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM
  • iii) Bujang RM2,000 ke bawah
    • Individu bujang yang sebelum ini telah diluluskan di bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • iv) Bujang RM2,001 hingga RM4,000
    • Individu bujang pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM

ii) Perlu Mendaftar Permohonan BPN Baharu

Mereka yang belum berdaftar, permohonan BPN baharu secara atas talian/ online boleh dibuat seperti ketetapan berikut :-

Langkah 1 : Semak status penerimaan di pautan berikut :-

  • Klik Butang Semakan Status BPN
    • Masukkan No Kad pengenalan (No I/C)
    • Masukkan Kod captcha yang diberikan, dan
    • Keputusan akan dipaparkan

Langkah 2 : Sekiranya status semakan BPN adalah “TIADA REKOD”, orang ramai boleh membuat permohonan baru dengan klik “Permohonan Baharu”. Untuk permohonan BPN “TIDAK LULUS”, rayuan boleh dikemukakan secara dalam talian dengan melayari Portal Rasmi LHDNM untuk log masuk borang bermula 3 April 2020.

Kategori, Jumlah Dan Tarikh Pembayaran BPN 1.0

Menurut laporan ke-10 PRIHATIN oleh Menteri Kewangan, semakan keputusan bagi permohonan rayuan boleh dibuat pada pertengahan bulan Jun. Manakala pembayaran bagi permohonan rayuan akan dibuat secara sekaligus bermula pada 24 Jun 2020

Berdasarkan kenyataan daripada Menteri Kewangan Malaysia, pembayaran BPN akan bermula pada hari Isnin, 6 April 2020 secara berperingkat. Fasa kedua yang melibatkan bayaran kepada penerima BPN B40 dan M40 akan bermula pada 4 Mei 2020.

Untuk membantu golongan yang terjejas sumber pendapatan akibat wabak COVID-19, Bantuan ini telah diperkenalkan. Bantuan akan diberikan kepada golongan B40 dan buat pertama kali ianya diberikan kepada golongan M40 . Ianya termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.

Jumlah bayaran dan tarikh pembayaran BPN yang akan dibuat adalah :-

Jadual Pembayaran BPN 1.0

Sila rujuk jadual berikut untuk maklumat lanjut :-

JADUAL PEMBAYARAN BPN 1.0
JUMLAH/ KATEGORIBAYARAN APRIL/ TARIKHBAYARAN MEI/ TARIKHPERMOHONAN BAHARU & RAYUAN
1. RM1,600

(Isi Rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah)

RM1,000/ 6 – 12 APRIL 2020 SECARA BERPERINGKATRM600/ 4 – 13 22 MEI 2020RM1600/ 15 – 20 MEI 2020

2. RM1,000

(Isi Rumah berpendapatan bulanan Lebih RM4,000 Hingga RM8,000)

RM500/ 13 – 15 APRIL 2020 SECARA BERPERINGKATRM500/ 13 – 15 22 MEI 2020RM1000/ 15 – 20 MEI 2020
3. RM800

(Individu Bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah)

RM500/ 6 – 12 APRIL 2020 SECARA BERPERINGKATRM300/ 4 – 13 22 MEI 2020RM800/ 15- 20 MEI 2020
4. RM500

(Individu Bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan bulanan Lebih RM2,000 Hingga RM4,000)

RM250/ 13 – 15 APRIL 2020 SECARA BERPERINGKATRM250/ 13 – 15 22 MEI 2020RM500/ 15 – 20 MEI 2020
*Tarikh RASMI pembayaran akan dikemaskini dari masa ke semasa
Tarikh pembayaran Fasa kedua yang disasarkan selesai pada 13 dan 15 Mei dilanjutkan sehingga 22 Mei akibat kekangan teknikal. 

Fasa Pertama Bayaran BPN 1.0

Sukacita dimaklumkan, fasa pertama BPN yang terdiri daripada 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang sudah diluluskan. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April 2020.

Nota :  Bagi mereka yang membuat permohonan baharu Bantuan dan diluluskan, tarikh pembayaran BPN akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus

Untuk Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 bagi penerima Pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak, ianya akan dibuat secara sekaligus bersekali dengan bayaran Bantuan Sara Hidup 2020

Kaedah pembayaran untuk penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan melalui pembukaan kaunter di kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang akan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan kemudian

Semakan BPN 1.0 Online (Status Penerimaan)

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40 boleh membuat semakan status Bantuan Prihatin Nasional mulai 1 April 2020 hingga 30 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan kepada :-

  • 1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
  • 2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan

Semakan status BPN boleh disemak di Portal Rasmi berikut:

Langkah untuk membuat semakan BPN di Portal Laman Web Rasmi BSH adalah seperti berikut:

  • 1) Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan (IC)
  • 2) Masukkan kod captcha yang diberikan
  • 3) Status permohonan akan dipaparkan : Lulus, Tidak Lulus, Tiada Rekod atau Tidak Layak
    • Status “TIDAK LULUS”, permohonan rayuan boleh dibuat bermula 3 April 2020
    • “TIADA REKOD”, permohonan baharu boleh dibuat bermula 1 April sehingga 30 Mei 2020.

Untuk panduan lengkap permohonan BPN beserta soalan lazim, sila rujuk kepada soalan lazim.

Permohonan Rayuan BPN 1.0

Bagi permohonan rayuan BPN, anda boleh membuat rayuan secara atas talian dan manual melalui tetapan di bawah:

Nota

  • Semua penerima bantuan akan menerima SMS hanya dari nombor 62000 atau 63833 dan emel dari no_reply@hasil.gov.my secara berperingkat mulai 1 April 2020 berkenaan pemakluman kelayakan menerima BPN. Sekiranya menerima SMS atau e-mel tersebut, semakan lanjut tidak perlu dibuat dengan LHDNM,
  • Tiada permohonan secara manual menggunakan borang setakat ini memandangkan semua premis LHDNM ditutup sementara sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

permohonan BPN 2.0

Maklumat Lanjut

Untuk memuat turun atau download ucapan Perdana Menteri pada perutusan Pakej Rangsangan Ekonomi sila rujuk PRIHATIN.

Untuk maklumat terkini permohonan BPN 2.0 serta tarikh pembayaran BPN 2.0, panduan pengguna dan semakan status, sila layari Portal Rasmi BSH.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian Kewangan atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon, saluran-saluran berikut atau merujuk kepada soalan lazim (FAQ):-

i) Kementerian Kewangan

  • No Telefon
    • 03-8882 9089
      03-8882 9087
      03-8882 9191
      03-8882 4565
      03-8882 4566
  • Waktu Operasi : Jam 9 pagi – 5 petang Ahad – Jumaat (Mulai 29 Mac 2020)

ii) e-mel/ Laman Sosial

iii) LHDNM

Selamat membuat permohonan BPN 2.0. Semoga permohonan dan semakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 BPN anda berjaya.

Related : mempunyai akaun bank, tengku zafrul

26 thoughts on “Semakan BPN 2.0 Permohonan Bantuan Prihatin Nasional Dan Tarikh Pembayaran”

    • Setakat ini tiada pengumuman berkaitan apakah kaedah yang digunakan untuk pemberian atau permohonan Bantuan Prihatin Nasional diumumkan. Akan dikongsikan setelah diumumkan secara rasmi oleh kerajaan.

      Balas
  1. Untuk golongan mudah terjejas seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kelainan upaya atau OKU, golongan gelandangan dan orang asal. Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk mereka dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.

    Balas
  2. Terima kasih PM kerana Amat sangat PRIHATIN masalah rakyat Dan tanggungjawab terhadap negara.
    Bagaimana cara bagi untuk memohon bantuan PRIHATIN national ini?

    Balas
  3. Alhamdulilah tapi saya mengharap cara permohonan di permudahkan dalam keadaan sekarng tak selamat nak keluar kerana bimbang akan keselamatan

    Balas
  4. assalamualaikum. saya ingin bertanya samada saya perlu buat permohonan baru BPN atau tidak berdasarkan situasi saya sekarang :
    – tahun lepas saya ada dapat BSH RM100 sebab saya bujang tapi untuk BSH yang terbaru ni saya tak buat kemaskini kerana tak layak disebabkan saya bujang berumur bawah 40 tahun.
    – adakah saya perlu kemaskini BSH atau buat permohonan baru untuk BSH dan juga BPN. Harap ada sesiapa boleh jelaskan pada saya. terima kasih.

    Balas
  5. Assalamualaikum maaf saya nak tanya , saya pernah dpt brim masa bujang , selepas saya berkahwin saya dah kemaskini status kahwin . Jadi harini saya check bpn saya lulus tapi sebagai bujang 800 Dan saya mempunyai seorang anak sebagai tanggungan . Saya cuba masuk web bsh untuk kemaskini tapi tak dapat .. apa yang perlu saya buat .?

    Balas
  6. Kepada Tuan atau Puan,
    Selamat Petang & selamat sejahtera.

    Mengikuti arahan website, saya dah masukkan no.IC saya untuk “Semak”.
    Manakala, jawapan yalah “TIDAK LULUS”

    Saya tekan “Alasan”, diketahui saya dan pasangan saya, tidak layak disebab pendapatan dulu…
    Tapi, saya ingin beritahu, yang saya telah TIADA BERKERJA sejak Januari 2019 hingga sekarang….

    Adakah, saya layak menerima Bantuan Prihatin..?
    Nak apa apa untuk membuktikan saya ni tiada pendapatan sejak tahun lepas..?

    Harap soalan saya dibalas. Terima Kasih.

    Balas
  7. Kepada Tuan atau Puan,

    Bagaimana saya buat Rayuan ?
    Kena masuk ke “website” mana ?

    Terima kasih dan harap soalan dibalas.

    Balas
  8. Assakamualaikum..

    Saya sudah memohon BPN pada tarikh 3 April 2020. Sehingga ke hari ini status yang dimaklumkan ialah ‘PERMOHONAN DITERIMA’ sahaja bukan LULUS, TIDAK LULUS atau TIDAK LAYAK.

    Adakah permohonan saya perlu dikemaskini atau perlu isi semula? Harap ada penjelasan untuk soalan saya ni. Terima Kasih.

    Balas
  9. Adakah pesara suami atau isteri atau suami dan isteri yang menerima pencen bulanan berjumlah antara RM4001 hingga RM8000 termasuk dalam Kategori yang layak memohon BPN “Isi Pendapatan Rumah RM4001 hingga RM8000” (M40)?

    Ramai pesara yang keliru. Tolong beri penjelasan. Bokehkah kami buat permohonan sebagai Pemohon Baru? Kami berdaftar sebagai pembayar cukai pendapatan semasa berkhidmat dahulu. Kini pesara dikecualikan dari bayar cukai pendapatan. Terima kasih.

    Balas
    • Semak kelayakan tuan di Portal BPN terlebih dahulu. Lihat apa status yang dipaparkan sebelum tidankan selanjutnya dibuat.

      Balas
  10. Assalammualaikum, saya tanya mengenai permohonan baru BPN,, saya dah buat permohonan baru tapi saya x ada akaun bank,,persoalannya sekarang ne, saya dah isi dan serahkan permohonan saya, tapi saya gunakan akaun bank atas nama waris saya iaitu ADIK-BERADIK saya boleh ke? Saya berstatus bujang

    Balas
    • Maklumat akaun bank adalah ruangan mandatori (wajib) yang perlu diisi. Jika tidak mempunyai maklumat akaun bank, anda boleh mengisi nombor akaun dengan meletakkan digit 0 berdasarkan jumlah digit bank berkenaan. Pengisian no akaun tersebut adalah supaya permohonan BPN berjaya dihantar

      Namun, pembayaran anda akan Gagal kredit, Pembayaran akan dibuat secara tunai melalui BSN

      Balas
    • Tidak perlu memohon. Pelajar yang berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 31 Mac 2020 layak terima bantuan. Semakan boleh dibuat di institusi masing-masing

      Balas
  11. Saya ingin bertanya kalau pemohon ada tiga anak,tapi tidak register, khawin ,adakah pemohon dikategori dalam status bujang atau khawin ?

    Balas
  12. Saya hendak tanya..apa itu duplikasi aplikasi..bila semak bpn..status tidak lulus..tapi bantuan bsh saya dapat..apa yang perlu saya mohon untuk mendapat semula bpn..bsh bayar fasa ke2 saya dapat..boleh tolong jelaskan

    Balas
    • Bagi Permohonan Tidak Lulus Kerana Duplikasi Permohonan Anda Diminta Untuk Terus Menghubungi Lhdn Di Talian 03-89111000. Jika Talian Sibuk, Anda Perlu Terus Mencuba. Anda Juga Boleh Menghantar Mesej Di maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/maklumbalas/ms-my/

      Balas

Tinggalkan Komen