Permohonan KWAPM 2024 (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin). Borang Permohonan bantuan KWAPM untuk murid sekolah miskin darjah 2 - 6.

Permohonan KWAPM 2024 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

Borang Bantuan KWAPM. Perhatian buat pelajar-pelajar miskin yang berkemungkinan tercicir dalam persekolahan dan memerlukan bantuan untuk ke sekolah. Anda yang berkelayakan boleh mendapatkan bantuan tersebut melalui program Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Bantuan KWAPM ini dibuka setiap tahun dan akan disalurkan kepada pelajar yang telah disahkan sebagai kategori miskin. Berikut disertakan maklumat mengenai permohonan KWAPM bagi tahun 2023. Maklumat bagi tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mengutamakan pendidikan bagi setiap masyarakat tanpa ada yang terkecuali. Menyedari bahawa faktor kemiskinan adalah antara penyebab keciciran di kalangan murid sekolah, KPM telah melaksanakan Dasar Pendidikan Wajib berkuatkuasa mulai bulan Januari 2003. Di bawah Seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] menyatakan ibu bapa wajib menghantar anak mereka ke sekolah mulai Darjah Satu (1).

Permohonan KWAPM 2019 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

Melalui dasar tersebut, sebuah Tabung yang dinamakan “Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin” telah diwujudkan bagi menyalurkan bantuan kepada ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Tabung ini memperoleh sumber kewangan daripada peruntukan kerajaan dan juga sumbangan pihak luar berdasarkan kelulusan daripada Kementerian Kewangan mengenai Surat Ikatan Amanah pada 10 April 2003.

Objektif KWAPM

KWAPM telah ditubuhkan dengan objektif utama untuk menyalurkan bantuan secara khusus kepada pelajar miskin berkewarganegaraan Malaysia yang bersekolah di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan. Bantuan ini diberikan kepada semua bangsa dan agama dengan matlamat agar tidak berlaku keciciran, meningkatkan pencapaian akademik pelajar serta membina kecemerlangan pelajar secara menyeluruh.

Kategori Dan Kadar Bantuan KWAPM

KATEGORI DATA / STATUS KEMISKINAN

  1. Data Sedia Ada (DSA – Permohonan Sekolah)
  2. eKASIH (Miskin dan Miskin Tegar)
  3. Data Murid Orang Asli (DMOA) (Miskin dan Miskin Tegar)

BANTUAN AM PERSEKOLAHAN (BAP)

  • Sekolah Rendah = RM100 setahun
  • Sekolah Menengah = RM150 setahun

BANTUAN KECEMASAN

  • Sekolah Rendah = RM300
  • Sekolah Menengah = RM300

Bantuan kecemasan ini layak untuk murid yang mengalami atau terlibat dengan:

  1. Bencana alam atau kebajaran tempat kediaman yang menjejaskan peralatan persekolahan
  2. Ketua Isi Rumah (KIR) meninggal dunia atau menghidapi penyakit kronik atau mengalami keilatan kekal yang menjejaskan pendapatan keluarga dan persekolahan murid
  3. Murid bukan penerima Bantuan KWAPM yang KIR meninggal dunia, enghidapi penyakit kronik atau mengalami keilatan kekal yang menjejaskan pendapatan keluarga dan persekolahan murid jika memenuhi syarat asas kelayakan penerima bantuan KWAPM
  4. Murid yang tercicir daripada persekolahan kerana kemiskinan

Permohonan bantuan kecemasan ini sah laku selama tiga bulan daripada tarikh kes kecemasan berlaku. Murid layak memohon Bantuan Kecemasan lebih daripada satu salam tahun yang sama atau semasa jika berlaku kecemasan yang berkaitan.

Kriteria Kelayakan Bantuan KWAPM

Berikut adalah kriteria-kriteria bagi kelayakan untuk mendapatkan bantuan KWAPM:

  1. Pelajar berkewarganegaraan Malaysia yang bersekolah di Sekolah Rendah / Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan bagi Tahun 1 hingga Tingkatan 1.
  2. Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKasih dan eDAMAK yang telah disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.
  3. Miskin yang keluarganya berpendapatan di bawah *Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional
  4. Pelajar mestilah tidak terdiri daripada penerima apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan daripada mana-mana pihak sama ada daripada kerajaan mahupun pihak luar.

Cara Permohonan KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin)

Permohonan bagi Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) sebelum ini dilakukan secara automatik melalui pengemaskinian data maklumat oleh guru yang bertugas di sekolah dan juga penyelarasan maklumat dengan beberapa jabatan lain untuk verifikasi. Berikut disertakan carta aliran proses permohonan bagi ketiga-tiga kategori:

1) Guru kelas perlu mengenal pasti murid yang layak dan mengalami kes kecemasan dan mengemukakan Borang Permohonan Bantuan Kecemasan, Borang PB-1 dan Borang PB-2 kepada murid tersebut

2) Guru Penyelaras Bantuan akan menyemak borang yang diisi dan disahkan oleh Pengetua/ Guru Besar

3) Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga supaya adik beradik pemohon yang sedang bersekolah turut memohon bantuan kecemasan atau KWAMP di sekolah masing-masing

4) Pihak sekolah akan mengemukakan borang dan dokumen sokongan yang lengkap dan surat iringan sekolah kepada PPD/ JPN/ Bahagian

5) Pihak sekolah akan membuat agihan Bantuan kepada murid yang layak setelah menerima peruntukan dalam tempoh masa 30 hari.

Untuk memuat turun Borang PB-1, Borang PB-2, Borang Permohonan Bantuan Kecemasan, sila klik pautan berikut:

Senarai Dokumen Sokongan

Berikut adalah senarai sokumen sokongan yang perlu disertakan apabila membuat permohonan bantuan kecemasan

  1. Borang PB-1
  2. Borang PB-2 (Jika berkaitan)
  3. Salinan sijil lahir atau kad pengenalan murid
  4. Laporan pengesahan kejadian
  5. Sijil kematian/ permit mengubur (Jika berkaitan)
  6. Laporan perubatan (Jika berkaitan)

Maklumat Lanjut Bantuan KWAPM

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai KWAPM boleh dikemukakan kepada:

  • Garis Panduan & Soalan Lazim KWAPM 2023
  • Alamat: Unit Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Kewangan, Aras 6-7, Blok E 12, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604, Putrajaya
  • Telefon: 03-88847002 / 7091 / 7088 / 7020 / 7647 / 7303
  • Emel: kwapm@moe.gov.my

Info Permohonan KWAPM 2019

Adalah dimaklumkan bahawa KPM sedang dalam proses untuk menyediakan data bagi permohonan KWAPM secara atas talian/ online melalui sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) – Modul KWAPM untuk murid Darjah 2 hingga Darjah 6 sesi persekolahan tahun 2019.

Pihak KPM akan mengenalpasti murid yang layak menerima Bantuan KWAPM melalui Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) berdasarkan pendapatan ibu bapa/ penjaga yang telah dikemaskini sehingga 28 September 2018. Data-data murid kemudiannya akan dimuat naik ke dalam sistem APB – Modul KWAPM untuk tindakan selanjutnya.

Mana-mana murid yang layak tetapi data pendapatan ibu bapa/ penjaga mereka tidak dikemaskini sebelum/ pada tarikh dan masa tersebut akan ditarik masuk ke dalam Sistem APB dan akan menyebabkan mereka tercicir daripada menerima Bantuan KWAPM pada tahun 2020.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *