MyKasih : Semakan SARA (Sumbangan Asas Rahmah)

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Program Melindungi Kebajikan Rakyat pada pembentangan Belanjawan 2024. Salah satu inisiatif yang diumumkan adalah peruntukan untuk membantu golongan miskin tegar dan miskin bandar secara khusus. Di bawah dikongsikan informasi berkaitan MyKasih : Semakan Sumbangan Asas Rahmah atau SARA secara Online untuk panduan orang ramai.

Sejumlah RM840 juta diperuntukkan kepada lebih 700,000 isi rumah miskin di seluruh negara di bawah inisiatif ini. Mereka yang berkelayakan akan menerima RM100 sebulan selama 12 bulan bermula tahun 2024 dengan hanya menggunakan MyKad. Kaedah ini telah dapat mengurangkan kontak antara manusia yang membantu mengelakkan penularan COVID-19 serta memupuk penerima untuk menggunakan pembayaran tanpa tunai.

MyKasih-Semakan-SARA-Sumbangan-Asas-Rahmah

Semakan MyKasih : Check Status SARA (Sumbangan Asas Rahmah)

Melalui program bantuan ini, penerima boleh membeli barangan dapur melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad. Kelebihan sistem tanpa tunai MyKasih membolehkan usaha ini diaktifkan dan dilaksanakan tanpa perlu bersemuka.

Antara barangan asas yang boleh dibeli meliputi makanan dalam tin, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya. Barangan ini boleh di beli di rantaian pasar raya dan kedai seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Kementerian Kewangan telah bekerjasama dengan MyKasih Foundation yang ditubuhkan oleh Tan Sri Dr. Ngau Boon Keat bagi membantu miskin tegar dalam rekod kerajaan mendepani cabaran kos sara hidup. Untuk mereka yang berkelayakan dan memerlukan bantuan, anda boleh ikuti perkongsian informasi berkaitan seperti berikut.

Syarat Kelayakan SARA

Di bawah adalah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk semua penerima SARA:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Tersenarai sebagai penerima miskin tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM)
  3. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Penerima mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi pgk miskin tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan untuk menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA). 

Kaedah Pelaksanaan SARA

Berikut adalah kaedah pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) Tahun 2023. Kaedah pelaksanaan terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

  1. Bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai-Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima untuk pembelian di pasar raya atau kedai runcit terpilih
    • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu & Kelantan : 17 Julai 2023
    • Perlis , Perak, Pahang, Melaka & Johor : 31 Julai 2023
  2. Bayaran RM600 sekaligus melalui pengkreditan ke akaun bank atau secara tunai di cawangan BSN seluruh negara.
    • Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan

Cara Semak Kelayakan SARA

Penerima Sumbangan Asas Rahmah akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama dua belas bulan, yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka. Elaun ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barangan makanan asas di kedai-kedai runcit yang berdekatan dengan kawasan penerima bantuan.

Penerima bantuan boleh menggunakan elaun bantuan makanan di kedai runcit yang mengambil bahagian antara Januari hingga Disember 2024. Dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.

Anda dikehendaki untuk mengikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan kelayakan:

  1. Layari Portal Rasmi
  2. Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sempang
  3. Seterusnya isi huruf dan nombor Captcha yang dipaparkan dengan betul
  4. Klik Semak Status

Bagi penerima di negeri Sabah dan Sarawak, semakan boleh dibuat di portal Sumbangan Tunai Rahmah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR
  2. Log Masuk ke dalam akaun MySTR anda
  3. Isi nombor MyKad pemohon
  4. Klik Sahkan kata kunci keselamatan
  5. Masukkan kata laluan pemohon
  6. Klik Semakan Status untuk semak status bantuan
  7. Status Sumbangan Asas Rahmah layak atau tidak akan dipaparkan

Tarikh Pembayaran MyKasih : SARA

Penerima akan menerima elaun bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM 100 setiap bulan melalui akaun MyKad mereka untuk tempoh keseluruhan dua belas (12) bulan.

Contohnya, jika pembayaran pertama dilakukan pada bulan Januari 2024, jadualnya adalah seperti berikut:

Januari 2024 : RM 100
Februari 2024 : RM 100
Mac 2024 : RM 100
April 2024 : RM 100
Mei 2024 : RM 100
Jun 2024 : RM 100
Julai 2024 : RM 100
Ogos 2024 : RM 100
September 2024 : RM 100
Oktober 2024 : RM 100
November 2024 : RM 100
Disember 2024 : RM 100

Jumlah RM 1,200

Pembayaran akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 haribulan setiap bulan.

Di bawah adalah jadual yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang memaparkan bulan pelaksanaan Program Sumbangan Asas Rahmah Tahun 2023. Maklumat bagi tahun 2024 akan dikemaskini:

  • 17 Julai 2023 : RM100
  • 1 Ogos 2023 : RM100
  • 1 September 2023 : RM100
  • 1 Oktober 2023 : RM100
  • 1 November 2023 : RM100
  • 1 Disember 2023 : RM100

Jumlah : RM600

Senarai Kedai Yang Menerima Program MyKasih, SARA

Program ini membantu penerima untuk membeli keperluan runcit asas di lebih 250 rakan runcit di seluruh negara seperti:

  1. Mydin
  2. Giant
  3. Econsave
  4. 99 Speedmart
  5. Lotus Store (Tesco)
  6. The Store
  7. Pacific

Untuk melihat senarai penuh kedai runcit yang boleh menerima Program bantuan ini, sila buka pautan berikut:

Cara Guna Sistem MyKasih (SARA)

Penerima boleh membuat pembelian barang di kedai runcit terpilih seluruh negara dengan langkah-langkah seperti berikut :

  1. Pilih barang yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan
  2. Tunjuk MyKad anda untuk pengesahan juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
  3. Imbas kod barangan, juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli
  4. Bayar menggunakan MyKad penerima bantuan dengan memasukkan nombor pin 6 digit untuk pengesahan transaksi pembelian
  5. Simpan resit untuk menyemak baki jumlah Sumbangan Asas Rahmah selepas membuat transaksi pembelian

Soalan Lazim

1. Siapa yang layak menerima bantuan?

  • Maklumat akan disemak melalui data Jabatan Kebajikan Malaysia, sistem pengkalan data keluarga yang berada di paras kemiskinan negara dan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah
  • Penerima yang layak akan menerima SMS daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat di kedai runcit yang berdekatan

2. Adakah saya perlu memohon Program Bantuan ini?

  • Anda tidak perlu memohon kerana penerima akan ditetapkan daripada data kerajaan
  • Jika anda tidak tersenarai, sila emelkan maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat rumah ke inf0@mykasih.com

3. Berapakah jumlah bantuan?

  • Jumlah pembayaran selama 12 bulan adalah RM1,200

4. Bilakah elaun atau bayaran bantuan ini akan disalurkan?

  • Pembayaran akan dimasukkan secara automatik  ke dalam MyKad penerima pada 1 haribulan setiap bulan selama 12 bulan

5. Berapa tempoh penggunan dana ini?

  • Kredit yang diterima boleh digunakan membeli barang asas di kedai runcit yang terdekat antara Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024
  • Sekiranya terdapat baki pada bulan yang tidak digunakan, ia akan dibawa ke bulan seterusnya.
  • Baki akan tamat tempoh pada 31 Disember 2024 secara automatik

Maklumat Lanjut 

Taklimat penerima dan latihan peruncit dilakukan melalui telefon; talian hotline turut disediakan untuk menguruskan sebarang pertanyaan atau masalah.

Sekiranya terdapat masalah atau pertanyaan yang berkaitan, sila hubungi :


Related : langkah 4 klik semak status, imbas kod barangan juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan, tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat, memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian, mestilah berpendapatan isi rumah bujang dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat, ditubuhkan oleh tan sri dr ngau boon keat dan isterinya puan sri jean pada tahun 2009, tekan pada butang semak status untuk semakan,

Tinggalkan Komen