Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 191 (Lelaki) Tahun 2019. Berminat untuk menjadi seorang Tentera? Berita baik buat mereka yang berhajat untuk menyertai Tentera Darat Malaysia (TDM) sebagai Perajurit Muda TD. Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2019 untuk siri 191 Lelaki tahun 2019 kini dibuka dengan menghadirkan diri ke pusat pemilihan awal di lokasi yang dinyatakan dalam iklan permohonan.
Mereka yang berkelayakan adalah dipelawa untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki. Calon yang berjaya dalam Pemilihan Awal akan ditawarkan untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir.
Tarikh pemilihan awal terbuka di beberapa lokasi sekitar Malaysia akan diadakan dari 4 hingga 12 September 2019 bergantung kepada zon pemilihan. Maklumat permohonan dan pemilihan adalah seperti tarikh dikongsikan dari FB TDM dan Portal Rasmi Tentera Darat Malaysa (TDM) serta aplikasi Jom Masuk Tentera.
Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 191 Tahun 2019 (Lelaki)
Berikut dikongsikan maklumat permohonan/ pengambilan terkini Perajurit Muda Tentera Darat (Lelaki) Siri 191 Lelaki tahun 2019. Calon perlu hadir ke lokasi pemilihan awal yang dikongsikan di bawah in bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
Tarikh Dan Lokasi Pemilihan Awal Perajurit Muda Siri 191 Tahun 2019
Berikut adalah senarai lokasi pemilihan awal beserta tarikh diadakan mengikut zon/ kawasan :-
LOKASI PEMILIHAN AWAL PERAJURIT MUDA TD SIRI 191 TAHUN 2019 | ||
ZON UTARA | ||
TARIKH | PUSAT PEMILIHAN | |
![]() | Rej 504 AW, Kem Bukit Keteri, 02450 KANGAR | |
![]() | Rej 513 AW, Kem Bukit Pinang, 06100 ALOR SETAR | |
![]() | BN Ke-2, Rej 513 AW, Kem Jalan Bukit, 09000 KULIM | |
![]() | BN 1 Rej 509 (AW), Kem Batu Uban, 11700 Pulau Pinang | |
![]() | Rej 503 AW, Kem Jalan Tambun, 30350 IPOH | |
ZON TENGAH & SELATAN | ||
TARIKH | PUSAT PEMILIHAN | |
![]() | Rej 501 AW, Kem Tebrau 80990 JOHOR BAHRU | |
![]() | MSS Kluang, Kem Mahkota 86000 KLUANG | |
![]() | MK 12 Bgd, Kem Wardieburn, 53300 SETAPAK, K.Lumpur | |
![]() | Rej 514 AW, Kem Bukit Beruang 75450 MELAKA | |
![]() | Rej 508 AW, Kem Rasah, 70300 SEREMBAN | |
ZON TIMUR | ||
TARIKH | PUSAT PEMILIHAN | |
![]() | MSS Temerloh, Kem Batu 3, 28000 TEMERLOH | |
![]() | BN 1, Rej 505 AW, Kem Sri Kuantan, KUANTAN | |
![]() | 18 RAMD PARA, Kem Sri Pantai, TERENGGANU | |
![]() | MSS Desa Pahlawan 16500 KOTA BHARU | |
![]() | 8 RAMD, Kem Lipis, 27200 Kuala Lipis, Pahang | |
ZON SABAH | ||
TARIKH | PUSAT PEMILIHAN | |
![]() | MSS Lok Kawi, 89580 KOTA KINABALU | |
![]() | 22 RAMD, Kem Sri Kinabatangan, 90000 SANDAKAN | |
![]() | BN 8 RS, KEM SAN SHUI, TAWAU | |
ZON SARAWAK | ||
TARIKH | PUSAT PEMILIHAN | |
![]() | MK 3 Bgd, Kem Penrissen 93250 KUCHING | |
![]() | 3 RRD, KEM OYA, 96000 SIBU | |
![]() | 20 RAMD, Kem Sri Miri 98000 MIRI | |
Rujuk Iklan Pemilihan Perajurit Muda TD 2019 Siri 191 |
Dokumen Yang Diperlukan Semasa Menghadiri Pemilihan Awal
Sila ambil perhatian, bawa bersama dokumen-dokumen berikut semasa menghadiri pemilihan awal:-
- Kad Pengenalan (Asal dan salinan)
- Sijil SPM (Asal dan salinan)
- Sijil Kelahiran (Asal dan salinan)
- Salinan kad pengenalan ibu bapa/ waris terdekat
- Salinan sijil nikah dan sijil kelahiran anak (Berkahwin)
- Sijil Berhenti Sekolah (Asal dan salinan)
- Salinan sijil kematian ibu bapa
- Sijil Diploma dan transkrip (Asal & Salinan)
- Sekeping gambar berukuran pasport
Pakaian semasa pemilihan awal adalah
- Baju kemeja putih lengan panjang
- Seluar panjang gelap
- Berkasut
Syarat Permohonan Perajurit Muda TD 2019
Sebelum menghadiri pemilihan awal Tentera Darat, sila pastikan anda melepasi syarat kelayakan permohonan :-
Berikut adalah Kelayakan Akademik yang diperlukan untuk memohon :-
- Memiliki Sijil SPM Dan Setaraf.
- Keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat Kepujian Subjek Berikut Dalam SPM :-
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sains
- Matematik
Pemohon perlu berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 25 tahun pada tarikh 22 November 2019
Kelayakan Fizikal adalah seperti berikut :-
- Tinggi (Minima) : 1.62m
- Berat (Minima) : 47.5 kg
- Body Mass Indek (BMI) : 18.0 hingga 26.0
Kelayakan Tambahan
- Kelebihan mempunyai sijil / kemahiran dalam pelbagai bidang sains dan teknologi
- Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik / pancaragam
Proses Pemilihan Awal
- Pemeriksaan Dokumen
- Pemeriksaan Boday Mass Index (BMI)
Hanya calon yang layak sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri proses pemilihan akhir yang akan dimaklumkan melalui laman sesawang berikut:
- https://army.mod.gov.my/akhir
Ujian Pemilihan Akhir
Pemeriksaan Kesihatan melibatkan :-
Ujian Kecergasan
- Larian 2.4km : 14 minit
- Tekan tubi : 40 kali
- Bangkit Tubi : 40 kali
Ujian bertulis
- Ujian kecerdasan akal dan Psikologi
Jadual Gaji (Gaji Permulaan) adalah :-
- Perajurit Muda RM1,459.00
- SPM/ SVM : RM1,564.00
- SKM Tahap 2 : RM1,630.01
- SKM Tahap 3 : RM1,696.02
- STPM/ STAM (KAGAT) : RM1,762.03
- Diploma Tahfiz Al-Quran : RM1,828.04
- Dip Perubatan : RM1,894.05
- Diploma Kejuruteraan : RM2,026.07
Elaun Dan Kemudahan
Senarai elaun yang boleh dinikmati adalah :-
- Elaun Sara Hidup
- Elaun Khidmat
- Bayaran Insentif Khas
- Elaun Kepakaran
- Elaun Imbuhan Perumahan
- Pinjaman Perumahan/ Kenderaan/ Komputer
- Elaun Perjalanan
- Rawatan Perubatan
- Lembaga Tabung Angkatan Tentera
- Insurans Kelompok Angkatan Tentera
- Peluang melanjutkan pelajaran
- Kemudahan kediaman
Syarat Kelayakan Akademik Tahun 2018
Pemohon mesti mempunyai syarat kelayakan akademik seperti berikut :-
A. LELAKI
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU dan salah satu subjek BAHASA INGGERIS/ MATEMATIK/ SAINS (BIO/FIZIK/KIMIA). LULUS SEJARAH bagi SPM 2013 dan ke atas.
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU Kod 1104 dan salah satu subjek BAHASA INGGERIS/ MATEMATIK/ SAINS.
- STPM – Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).
- Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan PRINSIPAL dalam Subjek SYARIAH/ USULUDDIN/ BAHASA ARAB pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan LULUS dalam BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (KAGAT).
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil di peringkat SPM (KAGAT).
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM.
- Diploma dalam bidang KEJURUTERAAN/ PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN/ JURURAWAT TERLATIH di Iktiraf KKM/ JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN/ JURURAWAT
PERGIGIAN dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM. - Diploma Pelbagai Bidang dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).
B. WANITA
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU, MATEMATIK, SAINS dan LULUS BAHASA INGGERIS. LULUS SEJARAH bagi SPM 2013 ke atas.
- SVN – Sijil Vokasional Malaysia dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU KOLEJ VOKASIONAL 1104, MATEMATIK, SAINS dan LULUS BAHASA INGGERIS.
- Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).
- Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan PRINSIPAL dalam Subjek SYARIAH/ USULUDDIN/ BAHASA ARAB pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (KAGAT).
- STAM – Sijil Tinggi Agama Malaysia dan KEPUJIAN untuk subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (KAGAT).
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM. * Diploma dalam bidang TAHFIZ AL-QURAN/ PENGAJIAN ISLAM dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil
diperingkat SPM. - Diploma Pelbagai Bidang dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).
Gaji Semasa Perajurit Muda TD
Berikut adalah gaji semasa TDM
Cara Hubungi
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
SEL PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT
CAWANGAN SUMBER MANUSIA,
MARKAS TENTERA DARAT 2
WISMA PERTAHANAN,
JALAN PADANG TEMBAK
50634 KUALA LUMPUR (No Tel: 03-2071 6030/ 3926/ 4254)
Selamat membuat Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2019 secara Online dan juga datang hadir ke pusat pemilihan awal di lokasi yang dinyatakan. Semoga anda berjaya dalam sesi pengambilan Perajurit Muda TD Lelaki siri 190 tahun 2019.
Wanita BM mesti kepujian ke ? Lulus sahaja layak mohon tak tentera darat ?
YA, Untuk wanita, SPM dan kepujian dalam subjek BM, Matematik, Sains dan lulus BI. Lulus sejarah untuk calon SPM 2013 ke tasa
Matematik , sains , Bi dan Bm lulus . Layak mendapat sijil . Kecuali Bm je takda Kepujian . tak layak ke untuk mohon bagi perempuan ?
Sejarah pun saya lulus .
Assalamualaikum hi. tumpang tanya. permohonan ni dah tamat tempoh ka atau masih boleh mohon untuk kemasukkan tentera darat ??
Sudah tutup pada 4 Jan 2018 yang lalu
Salam tuan, Nak tanya apakah syarat kelayakan akademik TD bagi siri 187 2018, Adakah Dikemaskini kelayakan akademik tersebut. Mohon pencerahan.
Kelulusan akademik telah dikemaskini atau anda boleh merujuk kepada iklan pengambilan di https://www.facebook.com/TenteraDaratMY/photos/a.505717829465367.1073741828.505270132843470/1685886784781793/?type=3
bagi wanita mereka nak ketinggian berapa ya? saya 150 agak agak boleh dapat tak?
Kelayakan Ketinggian Lelaki dan wanita adalah 1.62 meter