Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak Borang Online sesi 2024-2025. Cara mohon Pinjaman pendidikan meliputi syarat kelayakan.

Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak Sesi 2024-2025

Berita baik buat para pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di institusi-institusi pengajian tinggi terpilih khususnya bagi anak Perak. Anda berpeluang mendapatkan pinjaman pelajaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. Berikut dikongsikan info lanjut mengenai Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak buat rujukan pelajar dan ibu bapa.

Tawaran Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak ini telah dibuka bagi sesi 2023 / 2024. Maklumat bagi sesi 2024/ 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Objektifnya adalah untuk memberikan kemudahan pinjaman pelajaran kepada Warganegara Malaysia khususnya anak Perak yang melepasi syarat kelayakan bagi menyambung pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi yang ditaja dan seterusnya dapat menyumbang kepada Wawasan Perak Amanjaya.

Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak online

Tarikh Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak

Permohonan bagi mendapatkan tawaran Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak telah dibuka dan akan ditutup seperti tarikh di bawah:

Sesi 1 2023:

i) Dibuka : 20 Januari 2023

ii) Ditutup : 20 Mac 2023

Sesi 2 2023:

i) Dibuka : 20 November 2023

ii) Ditutup : 31 Disember 2023

Cara Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak Secara Online

Terdapat dua cara untuk membuat permohonan Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak secara atas talian iaitu :

1. Melayari laman web rasmi Sistem Pinjaman Pengajian Tinggi : http://studyfund.perak.gov.my/ 

2. Melayari laman web Kerajaan Negeri Perak : https://www.perak.gov.my 

Syarat Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak Darul Ridzuan

Berikut adalah syarat-syarat permohonan bagi mendapatkan Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak:

1. Pemohon serta bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Perak

2. Pemohon serta bapa atau ibu yang dilahirkan di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak melebihi daripada 10 tahun

3. Selain itu, pemohon serta bapa atau ibu yang dilahirkan di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak melebihi daripada 10 tahun.

4. Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian secara Sepenuh Masa

5. Untuk pemohon yang sedang dalam pengajian, hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya baki tiga (3) semester atau satu (1) setengah tahun tempoh pengajian (Tempoh Pengajian mengambil kira semester panjang sahaja)

6. Keutamaan diberikan kepada Golongan B40

7. Umur pemohon pada tahun semasa mestilah :

-Diploma : Tidak melebihi 41 tahun untuk berkhidmat dengan kerajaan.

-Ijazah / Sarjana Muda (Dalam Negara) : Tidak melebihi 36 tahun dan 41 tahun untuk yang berkhidmat dengan kerajaan.

-Ijazah / Sarjana Muda (Luar Negara – Tajaan Kepada Pelajar di Mesir dan Jordan Sahaja): Tidak melebihi 36 tahun dan 41 tahun untuk yang berkhidmat dengan kerajaan

-Ijazah Sarjana : Tidak melebihi 36 tahun dan 40 tahun untuk yang berkhidmat dengan kerajaan.

-PHD Ijazah Kedoktoran : Tidak melebihi 36 tahun dan 40 tahun untuk yang berkhidmat dengan kerajaan.

8. Pemohon tidak boleh menerima apa-apa bentuk kewangan lain seperti biasiswa dan pinjaman daripada agensi lain

9. Maklumat yang diberikan dalam permohonan hendaklah lengkap dan benar. Jika didapati maklumat yang diberikan adalah tidak lengkap atau palsu, pihak kerajaan negeri Perak berhak membatalkan permohonan

Kadar Pinjaman

1. DIPLOMA  : RM5,000.00 (setahun)

2. IJAZAH / SARJANA MUDA (DALAM NEGARA) :

-Bidang Perubatan : RM10,000.00 (setahun)

-Sains : RM6,500.00 (setahun)

-Sastera : RM6,000.00 (setahun)

3. IJAZAH / SARJANA MUDA (LUAR NEGARA)

-Negara-negara Asia : RM10,000 (setahun)

-Lain-lain Negara : RM15,000.00 (setahun)

4. IJAZAH SARJANA : Tempoh Tajaan 2 Tahun (Bermula dari tarikh kemasukan universiti) : RM10,000.00 (setahun)

5. IJAZAH KEDOKTORAN (PH.D) : Tempoh Tajaan 3 Tahun (Bermula dari Tarikh Kemasukan Universiti) : RM15,000.00 (setahun)

Kadar Bayaran Balik

Berikut adalah bayaran balik pinjaman beserta jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar berdasarkah jumlah pinjaman yang diterima:-

1. RM0.00 – RM10,000.00 : RM150.00

2. RM10,0001.00 – RM20,000 : RM200.00

3. RM20,001.00 – RM30,000.00 : RM250.00

4. RM30,001.00 – RM40,000.00 : RM300.00

5. RM40,001.00 – RM50,000.00 : RM350.00

*** Setiap RM10,000.00, kadar bayaran bulanan akan dinaikkan sebanyak RM50.00

*** Peminjam di peringkat Ijazah Sarjana Muda yang bergraduasi dengan CGPA 3.75 dan ke atas, mereka boleh mengemukakan Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak untuk menukarkan pinjaman kepada biasiswa. Walaubagaimanpun, pengecualian ini tertakluk kepada keputusan Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Negeri Perak dari semasa ke semasa.

Kaedah Bayaran Balik Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak

1. Secara Tunai

Terus ke Kaunter Unit Pinjaman Pengajian Tinggi : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, Aras 3, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jalan Panglima Bukit
Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
atau

Terus ke Kaunter Unit Pinjaman Pengajian Tinggi, UTC 26 & 28, Bangunan UTC Perak,
Jalan Dato’ Onn Jaafar, 30300 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

2. Secara Pos

Mengemukakan Wang Pos, Pos Kiriman Wang, Cek ataupun Bank Draf di atas nama: “BENDAHARI NEGERI PERAK”

3. Potongan Gaji

Lengkapkan borang “Lampiran B” (boleh didapati di Unit Pinjaman Pengajian Tinggi
Kerajaan Negeri Perak) dan kemukakan kepada majikan untuk tindakan selanjutnya.

4. Arahan Kepada Bank (Standing Instruction)

Sila hubungi mana-mana bank simpanan individu yang menyediakan perkhidmatan
tersebut.

5. Pengeluaran Caruman KWSP

Pengeluaran melalui Akaun 2 sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan, dapatkan maklumat lanjut di laman web: http://www.kwsp.gov.my

6. Secara Online melalui Maybank2u

Layari http://www.maybank2u.com.my

Senarai Institusi Pengajian Tinggi dan Kursus yang Ditaja

1. Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan (IPTA)

Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) – Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTA

2. Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) :

(a) Semua Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Universiti dan Kolej Universiti dalam Negara – Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTS yang mendapat pengiktirafan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA)

(b) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Institusi atau Kolej di dalam Negeri Perak sahaja – Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTS yang mendapat pengiktirafan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).

3. Intitusi Pengajian Tinggi Luar Negara 

Universiti di Mesir (Bidang Perubatan & Ulum Syariah)

Universiti di Jordan (Pengajian Islam sahaja)

Senarai Penuh Institusi Pengajian Tinggi dan Kursus yang Ditaja

Al-Madinah International University (Malaysia)

Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan

Asian Institute Of Medicine, Science And Technology

City University College Of Science And Technology

German Malaysian Institute

Infrastructure University Kuala Lumpur

Institut Kemahiran Belia Negara

Institut Kemahiran Mara

Kolej Antarabangsa Taj

Institut Pengangkutan Malaysia, Universiti Teknologi Mara

Institut Teknologi Perak

Kolej Felcra

Kolej Mont Royale – Tvet (Perak)

PIA Kolej

Kolej Poly-Tech Mara

Kolej Sunway Ipoh

TAFE Kolej

Kolej Tunku Abdul Rahman (Tidak Dipakai)

Kolej Universiti Insfrastruktur Kuala Lumpur

Universiti Islam Selangor Kolej

Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (Tidak Dipakai)

Kolej Universiti Kdu Penang

Universiti Tunku Abdul Rahman Kolej

Kolej University Poly Tech Mara Kuala Lumpur

Kolej Vokasional Taiping

MAHSA

Management And Science University

Manipal International University Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan

Masterskill College University

Melaka Manipal Medical College

Multimedia University

Politeknik Seberang Perai

Politeknik Balik Pulau

Poli Dungun

Politeknik Johor Bahru

Politeknik Kota Bharu

Pol Kuching Sarawak

Politeknik Kulim

Politeknik Melaka

Poli Merlimau

Politeknik Metro Kuala Lumpur

Politeknik Muadzam Shah

Poli Nilai Negeri Sembilan

Politeknik Perlis

Politeknik Port Dickson

Poli Sabah

Politeknik Sabak Bernam Selangor

Politeknik Shah Alam

Poli Sultan Abd Halim Muadzam Shah

Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang

Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah

Poli Ungku Omar

Praxis International College

Quest International University Perak

Royal College Of Medicine, Perak

Segi University & Colleges

Sunway Universiti College

Universiti Darul Iman

Universiti Islam Antarabangsa

UIAM Universiti Islam Malaysia

Universiti Jordan

Universiti Kebangsaan Malaysia

UM Universiti Malaya

Universiti Kuala Lumpur

Universiti Malaysia Kelantan

UNIMAP Universiti Malaysia Perlis

Universiti Malaysia Pahang

Universiti Malaysia Sabah

UMT Universiti Malaysia Terengganu

Universiti Malaysia Sarawak

Universiti Metropolitan Asia

UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris

Universiti Of Mu`Tah

Universiti Of Yamouk

UPNM Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Universiti Putra Malaysia Sarawak

Universiti Putra Malaysia Serdan

USIM Universiti Sains Islam Malaysia

Universiti Putra Malaysia Terengganu

USM Universiti Sains Malaysia Kelantan

Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal

Universiti Sains Malaysia, Perak

USM Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Universiti Selangor

Universiti Sultan Azlan Shah

UNISZA Universiti Sultan Zainal Abidin

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Universiti Teknologi Malaysia Kedah

UTM Universiti Teknologi Malaysia, K.L

Universiti Teknologi Malaysia, Pahang

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

UiTM Universiti Teknologi Mara , Johor

Universiti Teknologi Mara , Kelantan

Universiti Teknologi Mara , Pahang

UiTM Universiti Teknologi Mara , Perlis

Universiti Teknologi Mara , Terengganu

Universiti Teknologi Mara ,Kuala Pilah.

UiTM Universiti Teknologi Mara Puncak Perdana, Shah Alam

Universiti Teknologi Mara, Kedah

Universiti Teknologi Mara, Melaka

UiTM Universiti Teknologi Mara, Perak

Universiti Teknologi Mara, Pulau Pinang

Universiti Teknologi Mara, Puncak Alam

UiTM Universiti Teknologi Mara, Sabah

Universiti Teknologi Mara, Sarawak

Universiti Teknologi Mara, Seremban

UiTM Universiti Teknologi Mara, Shah Alam

Universiti Teknologi Mara, Sungai Buloh

Universiti Teknologi Petronas

UNITEN Universiti Tenaga Nasional

Universiti Tun Abdul Razak

Universiti Tun Hussein Onn

UTAR Universiti Tunku Abdul Rahman

Universiti Utara Malaysia

Universiti Utara Malaysia, Pahang

Rujuk senarai penuh di sini

Bagi mereka yang melepasi syarat kelayakan, anda akan dipanggil ke peringkat seterusnya iaitu sesi temudga. Tarikh temuduga dijangka akan diadakan pada tarikh yang akan dikemaskini, justeru pemohon disarankan memilih lokasi temuduga berdekatan atau bersesuaian dengan lokasi pemohon pada tempoh tersebut.

Maklumat Lanjut/ Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut sila berhubung terus dengan Unit Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak di butiran berikut:

Telefon : 052095311 / 052095314

Laman Facebook : Unit Pinjaman Pengajian Tinggi Perak

Majlis Perundangan Mahasiswa Perak : Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP)

Semoga perkongsian Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak dapat membantu para pelajar khususnya mahasiswa Perak dalam mendapatkan pinjaman pendidikan peringkat pengajian tinggi daripada kerajaan Negeri Perak.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *