Permohonan Sekolah Rancangan Khas Perak 2022, Cara dan borang Permohonan kelas rancangan khas (KRK) tingkatan 4 kemasukan ke SMK Raja Permaisuri Bainun, SMK Raja Perempuan, SMK Taman Tasik,

Permohonan Sekolah Rancangan Khas Perak 2022

Borang Kemasukan Sekolah Rancangan Khas Perak 2022. Berminat untuk memasuki Sekolah Rancangan Khas Perak Tingkatan 4? Menerusi makluman Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Permohonan Sekolah Rancangan Khas Perak 2022 Form 4 akan dibuka 1 hingga 31 Disember 2021 (Tahun lepas pada 15 Oktober shingga 17 November 2020). Permohonan kemasukan adalah terbuka kepada pelajar Tingkatan 3 tahun 2021.

Pelajar yang berminat boleh membuat pengisian borang secara manual pada tarikh permohonan. Borang RKN T4/ 2022 boleh diperolehi di Portal JPN Perak, Pejabat Pendidikan Daerah atau pejabat sekolah masing-masing.

Permohonan Sekolah Rancangan Khas Perak 2020

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Rancangan Khas Perak 2022

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan kemasukan murid ke Tingkatan Empat (4) Sekolah Rancangan Khas Negeri bagi ambilan Tahun 2021 meliputi tarikh permohonan, link muat turun borang dan syarat permohonan. Permohonan bagi tahun 2022 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tarikh Permohonan Sekolah Rancangan Khas Perak 2022

  • 1 sehingga 31 Disember 2021

2021

  • 15 Oktober sehingga 17 November 2020

Syarat Permohonan Kemasukan

Permohonan adalah dibuka kepada semua murid Tingkatan Tiga (3) pada tahun 2020 dengan syarat-syarat seperti di bawah. Bagi tahun 2022 akan dikemaskini

  1. Warganegara Malaysia
  2. Telah menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada Tahun 2019
  3. Murid Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Perak di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Download Borang Permohonan Rancangan Khas Perak 2021

Borang boleh diperolehi di :-

  • Pprtal JPN Perak : Borang Borang RKN T4/ 2021 boleh dimuat turun di JPN Perak
  • Unit Menengah dan Tingkatan 6, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak
  • Pejabat Pendidikan Daerah
  • Pejabat Sekolah masing-masing

Panduan Am

  1. Semua borang hendaklah diisi dengan lengkap
  2. Sila isi semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat
  3. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada pihak sekolah (sekolah asal pemohon) untuk tindakan selanjutnya
  4. Salinan surat beranak, kad pengenalan, slip Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2021, slip PAJSK, slip Psikometrik, penyata pendapatan ibu bapa/ penjaga, sijil berkaitan yang telah disahkan perlu disetakan bersama borang permohonan
  5. Setiap borang permohonan mesti diperakukan oleh Pengetua sekolah asal pemohon

Pilihan Sekolah

Terdapat 3 pilihan sekolah dalam borang permohonan Rancangan Khas Perak 2022 iaitu :-

  1. SMK Raja Permaisuri Bainun
  2. SMK Raja Perempuan
  3. Sek Men Keb Taman Tasik

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak di talian 05-501 5293 (Cik Noor Aida Binti Ahmad).

Selamat membuat permohonan. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke sekolah pilihan anda.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *