in

Semakan UKSBP 2020 Online Ujian Kemasukan SBP

Perhatian buat pelajar yang ada membuat permohonan kemasukan ke SBP ambilan tahun 2020. Berikut dikongsikan maklumat Semakan UKSBP 2020 Online Ujian Kemasukan SBP yang telah diperkenalkan pada beberapa tahun lepas. Murid yang memohon ke sekolah berasrama penuh (SBP) perlu menyemak pusat UKSBP atau keputusan kelayakan menduduki UKSBP pada tarikh yang akan diumumkan samada layak terpilih untuk menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) yang dijangka berlangsung sekitar Oktober 2019.

UKSBP adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada semua murid yang berjaya memohon sebagai salah satu syarat diterima masuk ke SBP Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4). UKSBP akan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan di mana tiada ujian ulangan akan dilaksanakan sekiranya pemohon gagal untuk menduduki ujian tersebut.

Mereka yang berjaya dalam UKSBP mempunyai peluang cerah untuk mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh selain perlu melepasi syarat kemasukan ke SBP. Prosedur pemilihan baru ini mampu melahirkan murid yang seimbang dalam semua aspek termasuk akademik, sahsiah diri dan pembabitan dalam pelbagai aktiviti.

Semakan UKSBP 2020 Online Ujian Kemasukan SBP

Semakan Keputusan Kelayakan Menduduki UKSBP 2020

Berikut dikongsikan maklumat penting semakan kelayakan menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) atau calon layak menduduki UKSBP.

Tarikh Dan Applikasi Semakan UKSBP 2020

  1. Semakan UKSBP 2020 :-
  2. FAQ Permohonan SBP 2020
  3. Soalan UKSBP adalah berasaskan kepada IQ, EQ, SQ dan pengetahuan am.
  4. Sila bawa kad pengenalan pemohon dan Slip Menduduki UKSBP yang dicetak dari laman sesawang semakan UKSBP

Tarikh Ujian UKSBP Tahun 2020

Tarikh ujian adalah pada

  1. UKSBP bagi Tingkatan 1 (Satu) akan dijalankan secara serentak di semua pusat yang telah ditetapkan. Tarikh ujian adalah pada 14 hingga 18 Oktober 2019
  2. Untuk Tingkatan 4 pula, UKSBP akan dilaksanakan secara serentak di 69 pusat yang ditetapkan. Tarikh ujian adalah pada 21 hingga 24 Oktober 2019

Syarat Pemilihan Ke SBP

Apakah syarat pemilihan murid ke SBP? Selain syarat pemilihan murid Tingkatan 1 dan 4 yang dikongsikan di bawah ini, murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP. Murid yang tidak mengambil/ tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.

Selain UKSBP yang pertama kali diperkenalkan, pemilihan pelajar ke Tingkatan 1 juga adalah berdasarkan kepada merit dengan mengambil kira keempat-empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). Kementerian Pendidikan mengumumkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menjadi sebahagian daripada komponen PPSR dalam usaha mengurangkan tumpuan keterlaluan terhadap peperiksaan.

Selain UPSR, tiga komponen PPSR ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulam (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Pemilihan Murid Tingkatan 1

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia
  2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  3. Berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  4. Murid cemerlang akademik
  5. Murid aktif dalam kokurikulum.

Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia
  2. Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  3. Berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  4. Cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain)
  5. Murid lulus saringan/ temuduga (hanya di KISAS)
  6. Murid aktif dalam kokurikulum

Tahniah kepada pelajar yang berjaya dalam Semakan UKSBP 2020 Online Ujian Kemasukan SBP. Moga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SBP yang dihajati.

5 Comments

Leave a Reply
  1. Assalam……..nk tanya baru sata isi permihonan anak utk ke sbp tp saya x cetak….bila semak hari ni utk ujian kelayakan…katanya ank saya xlayak rayuan utk duduki ujuan tersebut..saya nak hubungi sapa ya utk selesaikan masalah ini…

    • Cuba Puan hubungi
      Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, KPM
      Talian hotline BPSBPSK: 03-8321 7400

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2018 Online

Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2020 Online

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 (Satu) 2018 Online

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2020 Online