Cara Pasang RFID Touch n Go Di Kereta (Daftar Online & Pengaktifan Tag). Langkah-langkah membuat pendaftaran, aktifkan, pembelian tag anda.

Cara Pasang RFID Touch n Go Di Kereta (Daftar Online & Pengaktifan Tag)

Berita baik buat pengguna lebuhraya di kawasan pantai barat semenanjung Malaysia. Kementerian Kerja Raya telah mengumumkan pelaksanaan penggunaan Radio Frequency Identification (RFID) untuk kenderaan ringan persendirian di tol-tol Lebuhraya Utara Selatan. Manakala transaksi tol menggunakan Touch n Go dan SmartTag masih boleh digunakan tetapi akan dihentikan secara berperingkat. Oleh itu, berikut dikongsikan cara pasang RFID Touch n Go di kereta (daftar online & pengaktifan Tag) untuk panduan semua.

Kaedah transaksi tol menggunakan RFID dilihat lebih efisien berbanding kaedah lain kerana tol akan imbas menggunakan cip frekuensi radio yang ditampal pada permukaan lampu atau cermin hadapan kereta masing-masing. Berbeza dengan SmartTag, RFID lebih mudah untuk dipasang dan tidak perlu menggunakan bateri. Tambahan pula, kaedah ini membolehkan pengguna melakukan transaksi tanpa tunai melalui TNG e-Wallet.

cara pasang rfid touch n go

RFID Touch n Go: Cara Pengaktifan & Pemasangan Tag Pada Kenderaan

Di bawah dikongsikan informasi berkaitan Cara Pasang RFID Touch n Go Di Kereta meliputi cara daftar Online dan cara Pengaktifan Tag sebagai rujukan untuk semua.

Berdasarkan Touch n Go, pengguna RFID hanya perlu memperlahankan kenderaan apabila di tol kerana frekuensi radio yang digunakan boleh mengimbas pelekat sehingga kelajuan 30km/j.

Kaedah Pembelian RFID

Untuk makluman, pengguna boleh membeli pelekat/tag RFID yang dijual secara online di Touch n Go Wallet, Shopee dan Lazada. Harga pelekat RFID adalah :

  • RM35
  • Potongan RM10 jika anda membeli menggunakan applikasi Touch n Go Wallet

Untuk membeli RFID melalui Touch n Go eWallet, ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Klik Toll
  2. Pilih RFID
  3. Klik Order RFID Tag
  4. Buat pembayaran secara online

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pelekat RFID di Pusat Pemasangan RFID yang disediakan serta kedai-kedai terpilih di lokasi berikut:

Cara Pasang Pelekat & Pengaktifan RFID

Setelah membuat pembelian secara online, pengguna boleh menampal pelekat secara manual dengan langkah seperti berikut:

  1. Bersihkan permukaan lampu hadapan atau cermin hadapan kereta yang ingin ditampal pelekat RFID
  2. Buka pelekat tersebut dan tampal di tempat yang sesuai dan tidak menggangu penglihatan anda semasa memandu

Nota : Tampal pelekat RFID sekurang-kurangnya 5cm dari permukaan besi kereta, elakkan tampal di cermin yang digelapkan ‘tinted’ dan lengkungan lampu hadapan kenderaan.

Video Panduan Pemasangan

Kaedah Pengaktifan melalui Laman Web RFID

  1. Layari laman web Rasmi
  2. Klik Register dan seterusnya klik Register Now untuk mendaftar
  3. Masukkan 24 digit nombor pelekat RFID pada pakej yang anda terima
  4. Selaraskan dengan aplikasi Touch n Go eWallet anda
  5. Masukkan butiran kenderaan yang diperlukan
  6. Pelekat RFID akan diaktifkan dalam masa 24 jam

Kaedah Pengaktifan melalui Touch n Go eWallet

  1. Buka applikasi Touch n Go eWallet menggunakan telefon anda
  2. Klik pada ikon Toll dan pilih RFID
  3. Klik Activate TNG RFID TAG
  4. Isikan maklumat yang diperlukan dengan tepat
  5. RFID anda akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam

Tambah Nilai RFID

Selepas membuat pengaktifan pelekat atau tag RFID, anda boleh membuat tambah nilai dengan mudah seperti berikut:

  1. Buka aplikasi Touch n Go eWallet
  2. Klik Reload eWallet
  3. Buat pembayaran secara online dan paparan tambah nilai berjaya akan keluar
  4. Baki tambah nilai adalah sama dengan apa yang dipaparkan di eWallet Touch n Go anda

Maklumat Lanjut 

Untuk sebarang informasi terperinci mengenai RFID Touch n Go , sil layari:

Semoga perkongsian cara pasang RFID Touch n Go di kereta (daftar online & pengaktifan tag) dapat memudahkan perjalanan anda menggunakan lebuhraya di Semenanjung Malaysia.

Related : mengurangkan kesesakan, kenderaan melalui tol pengimbas, cip frekuensi radio, perlu berhenti, untuk membuat, tol akan ditolak, mengesan frekuensi radio, secara automatik, tng ewallet, teknologi radio frequency identification, kad touch n go,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *