in

eTunai Rakyat 2020 Cara Penebusan RM30 Kredit eWallet

Berita baik buat warganegara Malaysia terutamanya yang berumur 18 tahun ke atas. Adakah anda salah seorang yang akan mencecah usia 18 tahun atau lebih bermula tahun 2020? Sekiranya begitu, anda layak untuk menikmati manfaat daripada program eTunai Rakyat. Bagi yang berkelayakan, berikut dikongsikan maklumat berkaitan eTunai Rakyat 2020 Cara Daftar Dan Tebus RM30 Kredit eWallet buat rujukan semua.

Buat makluman semua, pelaksanaan inisiatif eTunai Rakyat telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada pembentangan Bajet 2020. Menurutnya, peruntukan yang dibekalkan untuk inisiatif ini adalah sebanyak RM450 juta dengan agihan sejumlah RM30 untuk setiap seorang. Penebusan wang eTunai Rakyat ini boleh dilakukan dengan menggunakan mana-mana aplikasi e-Wallet Malaysia yang terlibat iaitu:

  1. Touch ‘N Go eWallet
  2. Boost
  3. GrabPay

eTunai Rakyat cara tebus RM30

eTunai Rakyat 2020 Cara Download Dan Tebus RM30 Kredit eWallet

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan eTunai Rakyat 2020 Cara Daftar Dan Tebus RM30 Kredit eWallet untuk panduan semua.

Penebusan RM30 secara one-off boleh dilakukan pada tarikh berikut:

  • Tarikh Buka : 15 Januari 2020
  • Tarikh Tutup : 14 Mac 2020

SYARAT PERMOHONAN RM30 e-TUNAI RAKYAT

Untuk melakukan penebusan RM30 eTunai Rakyat, anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
No 1 Warganegara Malaysia
No 2 Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun mulai tahun 2020
No 3 Pendapatan kurang daripada RM100,000 setahun

1. Penebusan eTunai Rakyat Guna Touch ‘N Go eWallet

Cara daftar dan tebus RM30 kredit eWallet inisiatif e-Tunai Rakyat menggunakan Touch ‘N Go eWallet adalah seperti berikut:

eTunai Rakyat 2020

DOWNLOAD APLIKASI TOUCH ‘N GO EWALLET

Sila Klik :-
Touch ‘N Go eWallet Untuk AndroidTouch ‘N Go eWallet Untuk iOS
  1. Muat turun aplikasi Touch ‘N Go eWallet menggunakan pautan di atas dan buka aplikasi tersebut
  2. Daftar dengan lengkapkan maklumat yang diperlukan
  3. Verify (sahkan) akaun Touch ‘N Go anda
  4. Tebus kredit sebanyak RM30 bermula 15 Januari 2020

e-tunai TnG 1

e-tunai TnG 2

e-tunai TnG 3

2. Penebusan eTunai Rakyat Guna Boost eWallet

Cara daftar dan tebus RM30 kredit eWallet inisiatif e-Tunai Rakyat menggunakan Boost eWallet adalah seperti berikut:

eTunai Rakyat 2020

DOWNLOAD APLIKASI BOOST EWALLET

Sila Klik :-
Boost eWallet Untuk AndroidBoost eWallet Untuk iOS
  1. Muat turun aplikasi Boost eWallet menggunakan pautan di atas dan buka aplikasi tersebut
  2. Isikan maklumat yang diperlukan kemudian teruskan dengan arahan selanjutnya
  3. Upgrade akaun Boost kepada akaun Premium dan Verify atau sahkan akaun tersebut
  4. Bagi pemula yang berbelanja RM10 yang pertama, boleh dapatkan RM5 wang kembali (cashbak)
  5. Klik butang e-Tunai Rakyat mulai 15 Januari 2020 nanti
  6. Klik butang Get Ready to Claim eTunai dan turuti langkah selanjutnya sepertimana yang dipaparkan
  7. RM30 telah berjaya ditebus dan boleh digunakan

e-tunai Boost 1

e-tunai Boost 2

e-tunai Boost 3

e-tunai Boost 4

3. Penebusan eTunai Rakyat Guna GrabPay eWallet

Cara daftar dan tebus RM30 kredit eWallet inisiatif e-Tunai Rakyat menggunakan GrabPay eWallet adalah seperti berikut:

eTunai Rakyat 2020

DOWNLOAD APLIKASI GRABPAY EWALLET

Sila Klik :-
GrabPay eWallet Untuk AndroidGrabPay eWallet Untuk iOS
  1. Muat turun aplikasi GrabPay eWallet menggunakan pautan di atas dan buka aplikasi tersebut
  2. Klik Payment dan aktifkan GrabPay dalam aplikasi tersebut
  3. Isikan maklumat yang diperlukan kemudian teruskan dengan arahan selanjutnya
  4. Pengesahan akaun akan diterima dan penebusan kredit RM30 boleh dilakukan

e-tunai Grab

e-tunai Grab 1

e-tunai Grab 2

e-tunai Grab 3

e-tunai Grab 4

e-tunai Grab 5

Objektif Pelaksanaan eTunai Rakyat

Pelaksanaan e-Tunai Rakyat bermatlamat untuk:

  1. Menggalakkan transaksi tanpa tunai (cashless) dalam kalangan rakyat Malaysia
  2. Mempercepat penggunaan eWallet dan pembayaran digital dalam kalangan pengguna serta peniaga Malaysia, terutamanya perusahaan kecil dan perniagaan runcit

Maklumat Lanjut e-Tunai Rakyat

Untuk sebarang maklumat lanjut, layari laman web eWallet yang terlibat iaitu:

Semoga perkongsian e-Tunai Rakyat 2020 Cara Daftar Dan Tebus RM30 Kredit eWallet ini dapat memudahkan urusan anda. Selamat menebus dan menikmati eTunai Rakyat masing-masing bermula 15 Januari 2020 nanti.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Semakan MAIDAM Online Status Bantuan Zakat Terengganu

Permohonan Bantuan JKM Online (Jabatan Kebajikan Masyarakat)