in

Cara Daftar i-Akaun KWSP Online Dan Mengaktifan Akaun

Pendaftaran i-akaun KWSP Melalui e-mel, Kaunter, Kiosk Dan Telefon. Perhatian kepada ahli atau majikan yang mempunyai akaun KWSP. Sudahkah anda mendaftar i-Akaun KWSP secara Online? Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan i-Akaun yang boleh digunakan secara online bagi memantau transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran dengan lebih mudah. Berikut dikongsikan panduan cara daftar i-Akaun KWSP Online dan Pengaktifan Akaun termasuk semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sebagai panduan untuk semua.

Untuk makluman, i-Akaun dapat membantu memudahkan ahli KWSP untuk menyertai sebarang tinjauan maklum balas dan kaji selidik mengenai setiap inisiatif penambahbaikan skim yang diperkenalkan oleh KWSP. Selain itu, banyak lagi kemudahan lain yang disediakan dalam perkhidmatan i-Akaun untuk manfaat ahli dan majikan.

Cara Daftar i-Akaun KWSP

Cara Mendaftar Dan Mengaktifkan i-Akaun KWSP

Berikut adalah maklumat berkaitan Cara Daftar i-Akaun KWSP Online Dan Pengaktifan Akaun untuk rujukan anda. Terdapat beberapa kaedah pendaftaran iaitu melalui e-mel (terkini) dan juga hadir ke kaunter, kiosk ataupun menghubungi talian Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP.

Baca Juga : Panduan Cara Membuat Pengeluaran i-Lestari KWSP

Kelayakan Mendaftar i-Akaun KWSP

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar i-Akaun KWSP adalah seperti berikut:

  1. Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli dan nombor KWSP yang sah
  2. Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah

i) CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP (KAUNTER/ TELEFON)

Untuk mendaftar i-Akaun KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya secara Online melalui i-Akaun, turuti langkah-langkah di bawah:
 AHLI MAJIKAN
No 1 Kunjungi  mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan menggunakan ID Ahli. Ahli juga mempunyai pilihan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petangNo 1 Wakil majikan yang dilantik untuk menguruskan i-Akaun bagi pihak majikan boleh mengunjungi mana-mana Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan mengisi Borang KWSP 1 atau KWSP 1(i)
No 2 Layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut No 2 Layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut.Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah

LAMAN WEB RASMI KWSP

No 3 Sila buka pautan: kwsp.gov.my

PENGAKTIFAN KOD TAC

No 4 TAC (Transaction Authorisation Code) akan digunakan untuk transaksi tertentu di i-Akaun bagi menjamin keselamatan data. Contohnya ialah apabila ahli atau majikan terlupa ID Pengguna atau Kata Laluan mereka. TAC akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS) apabila ahli atau majikan menggunakan fungsi Lupa ID Pengguna/Kata Laluan. Cara-cara untuk mengaktifkan TAC adalah seperti berikut:
 AHLI MAJIKAN
Ahli boleh mendaftar nombor telefon bimbit di mana-mana kios atau kaunter KWSP atau dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petangMajikan boleh mendaftar nombor telefon bimbit melalui i-Akaun atau di mana-mana kaunter KWSP

Sekiranya terlupa kata laluan sila ikuti panduan berikut :-

LANGKAH SEKIRANYA LUPA ID & KATA LALUAN

Jika anda lupa ID dan kata laluan i-Akaun KWSP, sila ikuti langkah-langkah di bawah:
No 1 Layari laman web KWSP: kwsp.gov.my
No 2 Pilih “Log Masuk” dan klik i-Akaun (Ahli)
No 3 Klik “Lupa ID Pengguna/ Kata Laluan?” 
No 4 Kemudian, pilih bantuan yang diperlukan (ID Pengguna Sahaja/ Kata Laluan Sahaja/ ID Pengguna dan Kata Laluan)
No 5 Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor KWSP
No 6 Klik Permintaan TAC untuk mendapatkan Nombor TAC
No 7 Nombor TAC akan diterima melalui SMS, kemudian masukkan Nombor TAC tersebut ke ruang yang disediakan.
No 8 Mengira Cipta Kata Laluan Baru yang mempunyai kombinasi abjad adan nombor (contoh: zbcd9123)
No 9 Isikan Pengesahan Kata Laluan dan Klik Hantar

Selain pendaftaran 1-akaun secara panggilan telefon atau datang ke kaunter KWSP, melalui Soalan Lazim KWSP, ahli boleh membuat pendaftaran dan pengaktifan i-akaun (ahli) melalui e-mel terutama semasa kaunter atau kiosk KWSP tidak beroperasi seperti panduan berikut :-

ii) CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP (AHLI) MELALUI E-MEL

Ahli boleh membuat permohonan pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel ke alamat iakaundaftar@epf.gov.my berserta dokumen sokongan seperti berikut:
No 1Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) Melalui e-mel;

  • Layari Laman Web Rasmi KWSP (klik di sini untuk muat turun borang);
    • Berikutan aliran trafik yang tinggi, ada kemungkinan capaian ke Laman Web KWSP akan mengalami sedikit gangguan menyebabkan pengguna tidak dapat memuat turun borang. Oleh itu, pengguna boleh mencuba sekali lagi pada waktu bukan puncak,
  • dan
No 2 Lampiran MyKad (depan dan belakang); dan
No 3 Gambar swafoto Ahli bersama MyKad; dan

  • Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (contoh: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit) ; atau
  • Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit untuk pengguna prabayar.
No 4 Salinan Buku/ Penyata Akaun Bank Simpanan/ Semasa yang aktif milik Ahli
No 5 Jika pengesahan berjaya, Ahli akan: 

  • Menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli)
  • Seterusnya Ahli hendaklah mengemaskini kata laluan baharu
No 6 Contoh borang adalah seperti berikut :-
daftar i akaun kwsp melalui emel

Syarat-Syarat Pendaftaran i-Akaun Ahli/ Pengemaskinian Nombor Telefon TAC

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Ahli sahaja yang dibenarkan
  3. Ahli berumur di bawah 55 tahun sahaja
  4. E-mel yang dihantar melalui yahoo.com tidak dapat diproses disebabkan isu teknikal

Perhatian

  1. Kelulusan permohonan ini adalah tertakluk kepada semakan oleh KWSP
  2. KWSP berhak untuk menolak permohonan sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan kepada terma dan syarat pendaftaran i-Akaun (Ahli) yang ditetapkan oleh KWSP
  3. Ahli hanya dibenarkan membuat permohonan secara e-mel sebanyak satu (1) kali sahaja. Sekiranya permohonan ini ditolak, permohonan seterusnya hendaklah dibuat melalui Kios/ Kaunter KWSP

Cara Pengaktifan i-Akaun (Ahli) Melalui e-mel

Ahli hendaklah membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli) dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS. Klik pautan di bawah untuk panduan pengaktifan i-Akaun (Ahli) :-

Untuk mengemaskini nombor telefon untuk penerimaan TAC, ahli hendaklah mengemukakan Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) Melalui e-mel untuk mengemaskini nombor telefon dan caranya adalah seperti di kaedah pendaftaran di atas.

Cara yang sama juga perlu dibuat jika ahli ingin mendapatkan kembali ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang telah tamat tempoh,

SUMBER : Soalan Lazim Asas Pengeluaran i-Lestari

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DALAM i-AKAUN KWSP

Khas untuk yang telah mendaftar sebagai ahli, perkhidmatan i-Akaun KWSP lain yang boleh anda gunakan adalah seperti berikut:
No 1 Kemaskini profil termasuk alamat surat menyurat
No 2 Semak transaksi caruman pekerja KWSP
No 3 Melakukan semakan penyata untuk tahun terkini atau sebelumnya
No 4 Semak maklumat penamaan.
No 5 Pohon e-Pengeluaran.
No 6 Semak status permohonan pengeluaran & sejarah pengeluaran. 
No 7 Semak log aktiviti i-Akaun.
No 8 Mengira anggaran amaun pengeluaran perumahan, simpanan dan pelaburan

Maklumat Lanjut

Jika anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan, sila rujuk pautan berikut:

Diharap agar perkongsian berkaitan Cara Daftar i-Akaun KWSP Online Dan cara mengaktifan Akaun ini dapat membantu anda. Semoga berjaya membuat pendaftaran dan mengaktifkan akaun masing-masing dengan jayanya.

13 Comments

Leave a Reply
    • Masa PKP Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, ikut langkah ii) di atas guna emel. Isi borang dan hantar ke emel iakaundaftar@epf.gov.my beserta dokumen-dokumen yang diperlukan. Nanti akan dapat ID pengguna dan kata laluan sementara melalui SMS. Aktifkan akaun dalam masa 30 hari ikut panduan ringkas yang disertakan

  1. Hi…
    Macam mana saya mohon pertukaran nombor telefon untuk TAC. Ini kerana nombor yang saya register tidak saya guna lagi. Tadi dah call hotline epf tp tutup sehingga tempoh PKP.

  2. Saya hadapi masalah no tac.. Kerana nombor telepon lama tidak guna lagi.. Bagaimana saya mahu kemaskini no telepon baru utk gantikan no lama.. Utk saya dptkan no tac semua.. Bantu lah saya.. Kesulitan amat di kesali..

  3. hi, macam mana saya nak dapatkan soft copy borang permohonan pendaftaran i-akaun ye? sebab dia bagi dalam bentuk pdf.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

bantuan prihatin nasional b40 m40

Bantuan Prihatin Nasional Permohonan BPN, Semakan BPN Dan Tarikh Pembayaran

Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ RM300 Dan Semakan