Tarikh Pembelian No Pin UPU 2023 Di BSN

Tarikh Beli Nombor Pin Unik ID UPU Di Bank Simpanan Nasional (BSN). Perhatian buat pelajar yang berhajat untuk membuat application ke UA/ IPTA, Matrikulasi, IPG, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti tahun 2023-2024. Berikut dikongsikan tarikh pembelian No Pin UPU atau Nombor Unik ID UPU di BSN untuk sesi akademik 2023/ 2024. Menerusi iklan pengambilan, tarikh pembelian Pin Unik UPU adalah dijangka bermula dari Februari 2023.

Untuk makluman semua, Kementerian Pengajian Tinggi akan menanggung proses pembayaran sistem UPU bagi tahun 2023. Maka, tiada pembelian nombor pin untuk application UPU sesi akademik 2023/ 2024.   tahun 2021, tiada perubahan terkini dalam Harga Nombor Unik ID. Ini merupakan satu berita baik buat para pemohon. Harga pembelian No Unik ID UPU adalah sebanyak RM15.00. Nombor unik ID adalah sulit dan tidak boleh didedahkan kepada orang lain.

Tarikh Pembelian No Pin UPU 2020 Di BSN

Tarikh Beli No Pin Unik ID UPU Untuk Borang UPU 2023

Berikut dikongsikan maklumat tarikh pembelian Nombor Pin Unik ID UPU di BSN pada tahun sebelum ini buat rujukan dan panduan para pelajar. Pembelian nombor Unik ID boleh didapati di kaunter BSN seluruh Malaysia mulai tarikh berikut :-

Tarikh Pembelian No Pin UPU Di Bank Simpanan Nasional (BSN)

  • Februari 2021 (Berdasarkan Portal Rasmi UPU dan BSN) : Tarikh Mula Pembelian
  • 30 Mac 2021 (Lepasan SPM/ setaraf) dan (Lepasan STPM/ setaraf) : Tarikh Tutup Pembelian Pin UPU sesi 2021-2022
  • Tiada pembelian nombor pin UPU bagi sesi 2023/2024
    • Tarikh yang TEPAT selepas diumumkan secara rasmi oleh UPU

Untuk makluman, pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan kepada perkara berikut :-

  • Nama pemohon
  • Nombor KP (IC)/ MyKad Pemohon

BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan nombor Unik ID.

Kaedah Pembelian No Pin UPU

Pembelian secara individu adalah melalui beberapa kaedah seperti berikut :-

  1. Kaunter BSN
  2. Dan jika pemohon atau ibu bapa memiliki Akaun GIRO BSN, pembelian boleh dibuat melalui Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan internet (Online)
  3. Perkhidmatan SMS
  4. Perbankan Internet
  5. Ejen Bank Berdaftar (EBB)

Kaedah dan cara pembelian PIN Untuk UPU di BSN boleh dirujuk di Cara Beli Pin UPU.

Maklumat Lanjut

Buat mereka yang tidak tahu tarikh UPU bagi sesi akademik 2023/ 2024 bagi lepasan SPM/ setaraf & STPM/ setaraf akan dibuka mulai:-

  • 4 Februari 2023, Jam 12.00 Tengah hari sehingga tarikh tutup pada 28 Mac 2023 untuk lepasan SPM/ setaraf dan (lepasan STPM/ setaraf), Jam 5.00 petang

Maklumat lebih lanjut mengenai UPU 2023 boleh diperolehi melalui maklumat berikut:-

Untuk panduan selanjutnya, sila rujuk kepada grafik panduan UPU yang dikongsikan di bawah ini. Maklumat yang dipaparkan termasuk tarikh penting dan kategori UPU:

Moga perkongsian Tarikh Pembelian No Pin UPU 2023 Di BSN ini boleh dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat application ke Institusi Pengajian Tinggi – UA/ IPTA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti serta IPG dan Kolej Matrikulasi.

Tinggalkan Komen