Contoh Surat Berhenti Kerja (BM Dan English), Koleksi surat perletakan jawatan resignation letter terbaik notis kerja 24 jam & notis sebulan

Contoh Surat Berhenti Kerja (BM Dan English)

Surat Rasmi Untuk Berhenti Kerja Terbaik Dalam Bahasa Melayu Dan Inggeris. Resignation letter atau surat rasmi berhenti kerja notis sebulan, seminggu atau 24 jam. Berikut dikongsikan Contoh Surat Berhenti Kerja terbaik yang mudah dan ringkas dalam Bahasa Melayu dan Inggeris buat panduan pekerja yang berhasrat untuk meletakkan jawatan. Tempoh notis adalah bergantung kepada terma yang tercatat dalam kontrak atau surat perlantikan kerja yang telah disediakan oleh pihak syarikat.

Surat secara rasmi notis (resignation letter) perlu dihantar ke pihak majikan dengan alasan berhenti samada mendapat tawaran pekerjaan yang baru, melanjutkan pelajaran dan sebagainya. Notis yang diberikan adalah bergantung kepada syarat pekerjaan terdahulu samada 24 jam, notis seminggu atau notis sebulan/ 2 bulan/ 3 bulan.

Contoh Surat Berhenti Kerja Mudah Dan Ringkas

Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja Terbaik Yang Mudah Dan Ringkas

Berikut adalah diantara contoh surat yang terbaik, mudah dan ringkas. Notis perletakkan jawatan termasuk sebulan dan 24 jam. Juga dikongsikan surat perletakan jawatan dalam Bahasa Inggeris.

i) Contoh Surat Berhenti Kerja Hotel Dengan Sebulan Notis (Kerja Di Hotel)

Azman Bin Razali

Account Officer,

Hallmark Regency Hotel,

No. 16, Jalan Harimau, Taman Abad,

80250 Johor Bahru,

Johor Darul Takzim.

_______________________________________________________________

Madam Janet Khoo

Residence Manager,

Hallmark Regency Hotel,

No. 16, Jalan Harimau, Taman Abad,

80250 Johor Bahru,

Johor Darul Takzim.                                                                15 September 2020

Puan,

PER : PERLETAKAN JAWATAN NOTIS SEBULAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya Azman Bin Razali bertugas sebagai Account Officer ingin memaklumkan kepada pihak puan tentang perletakan jawatan iaitu surat berhenti kerja saya bermula dari 16 Oktober 2020.

3. Untuk makluman pihak puan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan jawatan kosong yang baru.

4.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak hotel kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan pihak hotel.

5.Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak puan dapat memberi kerjasama dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Yang benar

……………………….

(AZMAN BIN RAZALI)

Account Officer, Hallmark Regency Hotel

ii) Kerja Kilang (Notis 24 Jam)

Suraya Binti Majid

Kerani

NZ Frozen Industries Sdn.Bhd,

Kompleks Kilang SME Bank,

Lot E-1, 15 Jalan Tahana,

80350 Johor Bahru

Johor Darul Takzim

—————————————————————————————————————

En Mohd Jaafar Bin Ali

Pengurus Sumber Manusia

NZ Frozen Industries Sdn.Bhd,

Kompleks Kilang SME Bank,

Lot E-1, 15 Jalan Tahana,

80350 Johor Bahru

Johor Darul Takzim                                                                         30 Januari 2018

Tuan,

PERKARA : NOTIS PERLETAKAN JAWATAN (SURAT BERHENTI KERJA)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya Suraya Bt Majid,bertugas sebagai kerani ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa/ tentang perletakan jawatan saya bermula 30 Januari 2018 (Isnin). Untuk makluman pihak tuan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran saya diperingkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam tempatan.

3. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan kerja. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan syarikat tuan.

4. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan perkara ini. Keperhatinan dari pihak tuan amatlah saya hargai.

Sekian terima kasih.

Yang benar

……………………….

(SURAYA BT MAJID)

Kerani, NZ Frozen Industries Sdn.Bhd

iii) Kerja Restoran Makanan Segera (Notis Sebulan/ Serta Merta)

Jamil Bin Abu

No. 20, Jalan Dedaru,

Taman Kota Putri,

81750 Pasir Gudang

Johor Darul Takzim

————————————————————————————————————–

Pengurus,Pizza Hut Pasir Gudang,

Pusat Perniagaan Pasir Gudang,

81750, Pasir Gudang,

Johor Darul Takzim                                                                          5 Februari 2018

Tuan,

PER: PERLETAKAN JAWATAN

Berdasarkan perkara di atas, saya Jamil Bin Abu memangku jawatan pelayan restoran PizzaHut Pasir Gudang ingin meletakkan jawatan yang akan berkuat kuasa pada 6 Februari 2018

2. Justeru itu, bersama dengan Contoh surat berhenti kerja ini saya ingin memohon maaf sekiranya tindakan saya ini meninggalkan kesan terhadap syarikat tuan. Tujuan saya mengemukakan permohonan berhenti ini adalah disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaaan yang baru dan saya amat berterima kasih di atas kesudian pihak tuan memberi tunjuk ajar dan membimbing saya selama ini.

3. Dikesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala nasihat, tunjuk ajar serta keperihatinan pihak tuan selama saya berkhidmat di syarikat tuan.Semoga tuan menerima baik notis ini.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

……………………….

(JAMIL BIN ABU)

iv) Resignation Letter (Bahasa Inggeris – 1 Month Notice)

Jamilah Binti Jamal

No 88, Jalan Nakhoda,

Taman Ungku Tun Aminah,

81300, Johor Bahru,

Johor Darul Takzim

————————————————————————————————————–

Mr David Tan

HR Manager,

KZX Networks Sdn Bhd,

No, 90, Jalan Pahlawan 2,

Taman Ungku Tun Aminah,

81300. Johor Bahru,

Johor Darul Takzim                                                                      1st February 2018

Dear Mr David,

RESIGNATION FROM THE POSITION OF STAFF ACCOUNTANT

Please accept this letter as notice of my resignation from my position as staff accountant. I will be serving my one month notice and my last day of work will be on 1st March 2018.

It has been a pleasure working with you and your team over the last two years. One of the highlights of my career was collaborating with you to automate KZX Company’s accounting, financial and balance systems and setting up your accounting infrastructure.

I would like to thank you for letting me be part of KZX Networks family. I have learned a lot from the company and I appreciate the time and patience in training me. The experience working with KZX Networks is something that I will always treasure.

Please be assured that I will complete all my projects and ensure a smooth hand over. I am available to provide any assistance required during this period of transition. Thank you for the opportunity given throughout my employment. I wish you and your staff all the best and I look forward to staying in touch with you.

Sincerely

……………………………….

(JAMILAH BINTI JAMAL)

Semoga perkongsian koleksi surat berhenti kerja di atas dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris boleh dijadikan panduan buat mereka yang sedang mencari surat terbaik. Moga nada terus berjaya dalam karier baru anda yang lebih cemerlang dan gemilang.

Rel : tuan puan, kesempatan ini untuk mengucapkan, tempat kerja, untuk menggunakan, untuk memastikan, atas peluang yang diberikan, untuk menulis surat berhenti kerja notis 24 jam, tarikh surat, sambung belajar, contoh surat berhenti kerja notis 24 jam, pihak tuan bahawa saya akan berhenti kerja mulai,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *