Permohonan BPR 2021 Online & Cara Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat

Permohonan BPR 2021 Online & Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat : Jumlah & Kategori Borang online & syarat kelayakan pendaftaran.. Belanjawan 2021 yang baru saja dibentangkan menyaksikan banyak bantuan akan disampaikan termasuklah Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR. Inisatif ini akan menggantikan Bantuan Sara Hidup BSH yang telah dilaksanakan pada belanjawan sebelum ini. BPR telah ditambahbaikan dan merupakan bantuan tunai yang akan disampaikan secara lebih bersasar.

Menurut kementerian kewangan, kadar bantuan dan kategori pendapatan bagi BPR adalah lebih baik iaitu mengambil kira jumlah anak bagi sesebuah isi rumah. Terdapat tiga jenis kategori bagi isi rumah dengan dua kadar berbeza bagi setiap kategori. Golongan bujang juga turut mendapat manfaat daripada inisiatif ini dan tidak dilupakan.

permohonan bpr bantuan prihatin rakyat

Bantuan Prihatin Rakyat (Borang Permohonan, Kategori Dan Jumlah Bantuan)

Terdapat empat kategori penerima secara keseluruhan bagi Bantuan yang akan diperkenalkan pada tahun 2021 termasuk bagi golongan isi rumah dan juga bujang. Ianya diumumkan pada pembentangan Bajet 2021.

Syarat Kelayakan BPR

Kategori yang layak menerima inisiatif BPR adalah seperti berikut:-

1) Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 ke bawah

  • Mempunyai seorang anak : Jumlah bantuan sebanyak RM1,200
  • Mempunyai dua orang anak atau lebih: Jumlah bantuan sebanyak RM1,800

2) Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 hingga RM4,000

  • Mempunyai seorang anak : Jumlah bantuan sebanyak RM800
  • Mempunyai dua orang anak atau lebih: Jumlah bantuan sebanyak RM1,200

3) Isi Rumah Berpendapatan RM4,001 hingga RM5,000

  • Mempunyai seorang anak : Jumlah bantuan sebanyak RM500
  • Mempunyai dua orang anak atau lebih: Jumlah bantuan sebanyak RM750

4) Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 ke bawah

  • Mestilah berumur 21 tahun ke atas : Jumlah bantuan sebanyak RM800

Permohonan BPR 2021

Pengarah Belanjawan 2021: Johan Mahmood Merican mengumumkan pendaftaran baharu Bantuan Prihatin Rakyat akan dibuat sebelum hujung Januari 2021. Payment Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan disalurkan sebanyak dua kali dan ansuran pertama akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri 2021.

Untuk makluman anda, permohonan BPR akan dibuka bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2021 Dilanjutkan ke 25 Februari 2021 (tarikh tutup) melalui halaman rasmi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat yang boleh diakses pada pautan berikut:

Menurut FAQ yang disediakan, pemohon yang telah menerima BSH atau BPN 2.0 perlu membuat kemaskini maklumat, manakala pemohon yang tidak menerima BSH atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah perlu membuat permohonan baru.

Pendaftaran BPR Online

Ikuti langkah langkah berikut untuk mendaftar atau log masuk ke laman BPR dan membuat permohonan baru atau kemaskini maklumat anda:

  1. Layari Laman Rasmi BPR
  2. Masukkan nombor MyKad anda
  3. Jawab maklumat keselamatan dimana anda perlu menjawab dua Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul
    • Soalan Keselamatan adalah berdasarkan Permohonan BPR 2021
    • Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul
    • Jika akaun telah disekat kerana salah menjawab soalan rujuk ‘Panduan Pengguna Daftar MyBPR’
  4. Seterusnya, masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
    • Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
    • Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBPR)
  5. Jawab lima soalan yang disediakan dimana anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
  6. Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
  7. Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan
  8. Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta klik butang Daftar
    • Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
    • Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
    • Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBPR
  9. Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu MyBPR”. anda boleh Log Masuk MyBPR dan membuat kemaskini atau permohonan baru.

Permohonan & Cara Kemaskini BPR 2021 Secara Manual

Sekiranya anda menghadapi kesulitan untuk mendaftar secara online, pemohon juga boleh membuat secara manual dengan memuat turun borang-borang berikut:

Pemohon juga boleh mendapatkan borang tersebut secara percuma di Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM. Borang yang lengkap dengan dokumen sokongan boleh dihantar ke:

  1. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
  2. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
  3. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
  4. Pejabat Daerah / Pejabat Residen

Penghantaran secara Pos pula boleh dihantar ke alamat seperti berikut:

    • Peti Surat BPR
      GPO Shah Alam
      40800 Selangor

NOTA: Penghantaran borang secara faks atau emel tidak akan diproses oleh pihak LHDNM.

Senarai Dokumen Sokongan

Untuk permohonan atau kemaskini manual, anda perlu memastikan senarai dokumen sokongan seperti di bawah dihantar bersama borang permohonan:

1) Pemohon:

  1. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN atau
  2. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN atau
  3. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN atau
  4. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah atau
  5. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

2) Pasangan:

  1. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS) atau
  2. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

3) Anak:

  1. Anak Kandung : Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Lahir
  2. Anak Angkat : Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Bagi memastikan anda tidak menghadapi masalah ketika mendaftar, sila rujuk FAQ yang disediakan oleh LHDN untuk panduan semua:

Juga dikongsikan panduan video cara memohon :-

Maklumat Lanjut Permohonan & Kemaskini BPR

Untuk memuat turun atau download ucapan Menteri  Kewangan pada Belanjawan 2021, sila rujuk Kandungan Penting Belanjawan 2021.

Untuk maklumat terkini permohonan & kemaskini BPR serta cara daftar, panduan pengguna, sila layari Portal Rasmi LHDNM.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian Kewangan atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:-

i) Kementerian Kewangan

  • No Telefon
    • 03-8882 9089
      03-8882 9087
      03-8882 9191
      03-8882 4565
      03-8882 4566
  • Waktu Operasi : Jam 9 pagi – 5 petang Ahad – Jumaat (Mulai 29 Mac 2020)

ii) Laman Sosial

iii) LHDNM

Semoga inisiatif ini dapat membantu memudahkan urusan harian kita semua terutama sekali golongan yang terjejas pendapatan.

Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pemberian BPR bakal memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion berbanding 4.3 juta penerima dan peruntukan RM5 bilion sebelum ini di bawah BSH. Umur kelayakan individu bujang pula diturunkan kepada 21 tahun dan akan menerima bantuan sebanyak RM350.

Menurut Pengarah belanjawan negara, Johan Mahmood Merican kategori pemberian bantuan mengikut pendapatan adalah yang lebih baik berbanding kaedah Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dilaksanakan sebelum ini

Related : penerima bsh, pendapatan isi rumah, bsh 2020, permohonan baharu, had umur, rakyat malaysia, fasa 1 bpr, laman web, warganegara malaysia mykad, bsh 2020 atau bpn 2.0, mei 2021, untuk membuat, gagal kredit, bpr tambahan, jun 2021, fasa 2, penerima bpr, janji temu, fasa pertama, status permohonan, permohonan rayuan bpr 2021, pendapatan bulanan, bpr fasa, soalan lazim,

Tinggalkan Komen