Permohonan i-Citra KWSP RM5000 & Semakan Status

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat satu pengumuman pada 28 Jun 2021 berkenaan Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Dalam menghadapi bulan-bulan yang mendatang dan jumlah kes COVID yang tidak menentu, kerajaan sekali lagi mengumumkan bantuan untuk rakyat yang terjejas dengan memperkenalkan kemudahan pengeluaran iCitra KWSP. Oleh itu, dikongsikan informasi berkaitan panduan untuk membuat pengeluaran simpanan Permohonan i-Citra KWSP untuk rujukan semua.

Kumpulan Wang Simpanan Malaysia (KWSP) menyokong inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia sepanjang tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek ini. Justeru, ahli yang terjejas akibat pandemik Covid-19 boleh membuat pengeluaran pada kadar atau jumlah yang ditetapkan iaitu RM5000 maksima dan permohonan untuk membuat pengeluaran boleh dibuat pada tarikh yang dikongsikan di bawah.

Permohonan i-Citra KWSP RM5000

Permohonan i-Citra KWSP Secara Online

TERKINI : Perdana Menteri mengumumkan pengeluaran khas KWSP sehingga RM10,000 bagi ahli yang masih terkesan pada 16 Mac 2022. Ahli boleh membuat permohonan pengeluaran pada 1 April hingga 30 April 2022. Tempoh pembayaran akan dibuat mulai 20 April 2022. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli. Ianya dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Berikut adalah informasi berkaitan yang merangkumi tarikh permohonan, cara mohon dan soalan-soalan lazim.

Tarikh Permohonan

Menurut kenyataan media KWSP, ahli boleh mula memohon kemudahan icitra mulai:

15 Julai 2021  Diawalkan mulai 12 Julai 2021 sehingga 30 September 2021

Sumber: KWSP

NOTA: Bayaran pertama jika permohonan anda diluluskan akan dikreditkan pada bulan Ogos 2021.

Syarat-Syarat Permohonan i-Citra

Berikut adalah syarat yang ditetapkan oleh KWSP untuk menggunakan kemudahan i-Citra:

1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;

2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan

Nota : Anggota perkhidmatan awam boleh memohon daftar i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

Amaun Pengeluaran Yang Layak Dikeluarkan

Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.

1. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.

2. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.

3. Bayaran minimum adalah RM50

4. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1

5. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

Nota : Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan. Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)

Cara Mohon i-citra KWSP RM5,000 Melalui Portal Rasmi

Langkah-langkah membuat permohonan pengeluaran RM5000 di KWSP adalah seperti berikut:

1. Mulai 12 Julai 2021, layari Portal Rasmi (icitra.kwsp.gov.my)

2. Ahli diingatkan untuk mengemaskini nombor telefon bimbit yang aktif dan akaun bank yang aktif. Ianya bertujuan untuk menerima Nombor OTP bagi memudahkan proses permohonan.

3. Isi nombor MyKad serta nombor telefon bimbit anda

4. Klik TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau soalan keselamatan

5. Pilih Amaun Pilihan Pengeluaran sama ada:

A: Jumlah maksimum amaun pilihan pengeluaran

B: Amaun Pilihan dengan menggerakkan penunjuk

6. Klik Teruskan

7. Seterusnya anda perlu lengkapkan maklumat pemohon, maklumat pembayaran dan kaji selidik dan klik Teruskan

8. Semak semua maklumat dan tandakan pada kotak yang disediakan sebelum menekan butang Hantar

NOTA 

i) Pindaan amaun tidak boleh dibuat selepas permohonan dibuat

ii) Permohonan boleh dibatalkan setelah diluluskan tetapi permohonan semula tidak dibenarkan

Semakan i-Citra

Semakan Status i-Citra Telah Dibuka

Cara Semak:

1. Layari Portal i-Citra KWSP
2. Masukkan No. IC dan No. Telefon
3. Paparan keputusan Permohonan diterima akan ditunjukkan

Tarikh Bayaran i-Citra

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

Pengeluaran akan dibayar ke dalam akaun bank ahli, Sila pastikan:

i) Nombor akaun bank Aktif (simpanan atau semasa)

ii) Akaun di atas nama ahli sendiri

iii) Bukan akaun bersama atau akaun syarikat

Semakan Jumlah Simpanan

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:

1. i-Akaun (Ahli)

2. Aplikasi mudah alih i-Akaun

3. Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

Kenyataan Media KWSP

KUALA LUMPUR, 28 Jun 2021: Berikutan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyokong inisiatif Kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik. Dengan memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Citra untuk membantu ahli KWSP mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek.

Ahli boleh mula memohon kemudahan tersebut di portal dalam talian mulai 12 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021. Semua ahli di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon yang membolehkan mereka mengeluarkan sehingga maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2. Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50. Nombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.

Tujuan Diperkenalkan (Permohonan Pengeluaran RM5,000 KWSP)

Inisiatif ini diperkenalkan sebagai inisiatif bagi membantu ahli menghadapi cabaran. Dan diusahakan setelah dipertimbangkan dengan teliti cara terbaik untuk membantu ahli yang terjejas sekaligus berpegang kepada mandat KWSP. Walaupun KWSP tetap komited untuk membantu melindungi dana persaraan ahli, kami maklum perlunya keseimbangan bagi keperluan semasa dengan simpanan masa depan dan kemudahan sementara bagi membantu ahli dalam menghadapi pandemik ini.

Untuk maklumat lebih lanjut, ahli boleh merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, atau menghubungi Hotline di talian 03-8922 4848.

Info Lanjut Pengeluaran

Maklumat lanjut mengenai cara mohon i-citra Pengeluaran KWSP RM5,000 boleh dirujuk pada:

Soalan Lazim FAQ

Portal Rasmi KWSP

Hotline i-Citra: 03 8922 4848

Ask ELYA di laman web rasmi KWSP

Siaran Media KWSP

Related : i akaun kwsp, pengetahuan akaun, i lestari, baki akaun kwsp, i citra membolehkan ahli, untuk memastikan nombor telefon bimbit,

Tinggalkan Komen