Kadar Dividen KWSP 2023/ 2024 (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja). jumlah pembayaran Dividen EPF simpanan konvensional dan simpanan shariah

Kadar Dividen KWSP 2023/ 2024 EPF (Simpanan Konvensional & Shariah)

Panduan buat para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/ EPF) yang ingin mengetahui Kadar Dividen KWSP tahun 2023. Berdasarkan rekod tarikh tahun-tahun lepas, Lembaga KWSP akan mengumumkan kadar dividen EPF untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 sekitar pertengahan bulan Februari atau awal bulan Mac 2024. Pastinya ramai pencarum KWSP sangat mengharapkan kadar dividen yang tinggi untuk tahun 2023 atau sekurang-kurangya setara seperti ASB atau Tabung Haji.

Pada tahun lepas, kadar dividen yang diumumkan adalah sebanyak 5.35% untuk simpanan konvensional dan 4.75% untuk simpanan Shariah. KWSP adalah satu sumber simpanan untuk persaraan atau pada waktu tua kelak. Dengan pembayaran dividen yang tinggi, simpanan atau tabungan mereka akan bertambah. Disebabkan faktor keadaan kos kehidupan yang tinggi dan ekonomi yang sukar masa kini menyukarkan rakyat untuk menabung hasil dari jumlah gaji pendapatan yang diterima.

Kadar Dividen KWSP terkini

Jumlah Pembayaran Dividen EPF Tahun 2023/ 2024

Berikut dikongsikan maklumat penting tarikh Dan Jumlah Pengumuman tahun 2022. Maklumat bagi tahun 2023 akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan oleh KWSP pada 3 Mac 2024.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 5.50 peratus dan jumlah agihan RM50.33 bilion bagi Simpanan Konvensional serta 5.40 peratus untuk Simpanan Shariah dengan agihan berjumlah RM7.48 bilion.

“Ahli boleh membuat semakan kadar dividen KWSP 2023 bermula pada 3 Mac 2024 dan digalakkan untuk menyemak melalui i-Akaun”

Ringkasan Kadar Dividen KWSP Tahun 2023

Tarikh pengumuman adalah pada 3 Mac 2024 :-

-Dividen KWSP tahun 2023 adalah 5.50% untuk simpanan konvensional (SK) dan 5.40% untuk simpanan shariah (SS)

Ringkasan Kadar Dividen KWSP Tahun 2022

Tarikh pengumuman adalah pada 4 Mac 2023 :-

-Dividen KWSP tahun 2022 adalah 5.35% untuk simpanan konvensional (SK) dan 4.75% untuk simpanan shariah (SS)

Kadar Dividen EPF Dari Tahun 2000 Hingga Kini

Sejarah Pembayaran Kadar Dividen EPF Dari Tahun 2000 Hingga 2021 buat rujukan para pencarum EPF melibatkan dividen simpanan konvensional dan dividen simpanan shariah.

peratusan pengagihan dividen epf

Semakan Jumlah Pendapatan Dividen KWSP

Pengkreditan Dividen 2023 akan dilakukan pada 3 Mac 2024, Ahad dan ahli boleh menyemak penyata KWSP masing-masing melalui i-Akaun, Kios KWSP atau di mana-mana kaunter KWSP seluruh negara. Aplikasi mudah alih ‘EPF i-Akaun’ juga boleh dimuat turun melalui Google Play atau Apple App Store

Maklumat Lanjut KWSP

Maklumat mengenai dividen 2024 boleh diperoleh menerusi laman Facebook KWSP, Twitter di KWSPBuzz dan YouTube ‘KWSP Malaysia.’.

Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan lain KWSP seperti i-akaun, jenis pengeluaran, muat turun borang dan banyak lagi di Laman Web Rasmi KWSP di http://www.kwsp.gov.my/

Semoga pemberian Dividen EPF yang diumumkan tahun ini mengembirakan semua pencarum EPF.

Pembayaran Dividen Dan Kepentingannya

Dividen adalah satu bentuk pulangan yang diberi ke atas pelaburan yang dilakukan oleh individu dan juga entiti korporat. Pembayaran dividen selalunya dibuat dalam bentuk tunai. Di mana syarikat-syarikat akan mengumumkan jumlah dividen bagi setiap unit saham yang dipegang oleh pelabur. Dividen juga diumumkan melalui peratusan yang akan diterima bagi simpanan yang dibuat seperti di dalam unit amanah.

Pengumuman jumlah dividen yang akan dibayar kebiasaannya akan dilakukan selepas tahun kewangan berakhir bagi setiap tahun. Namun, pengumuman pembayaran dividen juga boleh dilakukan di antara dua mesyuarat Agung Tahunan. Pelabur pasti akan mengharapkan peningkatan dalam jumlah dividen yang akan dibayar setiap tahun. Namun, sebelum sebarang harapan atau jangkaan mengenai jumlah yang akan diterima dibuat. Terdapat beberapa faktor penentu yang mempengaruhi keputusan pembayaran dividen yang dibuat.

Antara faktor penentu kepada pembayaran adalah seperti keuntungan, saiz syarikat, peluang pelaburan, dan juga keberhutangan. Keuntungan syarikat sangat mempengaruhi kecenderungan pembayaran dividen yang dibuat, namun ianya bukanlah satu jaminan. Ini kerana melalui keuntungan yang dijana, dana tersebut boleh digunakan untuk menambah lagi nilai syarikat melalui pelaburan dalam projek yang memberi nilai semasa yang positif dan mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.

Pembiayaan luar sama ada melalui pinjaman atau pun ekuiti akan menambah kos kepada syarikat seperti faedah atas pinjaman dan juga menyebabkan pengecilan dalam peratusan pemilikan saham. Pembayaran dividen pula, walaupun akan menggembirakan pemegang saham. Namun, dalam masa sama akan mengurangkan dana tunai yang boleh digunakan untuk menaikkan lagi nilai syarikat.

Maklumat selanjutnya, klik Buletin APB Edisi 8

Related : pengumuman dividen tahunan, peratus bagi simpanan konvensional, pengeluaran kwsp, pendapatan pelaburan kasar, peratus untuk simpanan konvensional, peratus untuk simpanan syariah, jumlah dividen, bilion untuk, 6.10 peratus untuk simpanan, dividen kwsp 2022, jumlah pendapatan pelaburan, kadar faedah, bilion berbanding,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *