JPJeBid : Cara Bida Online & Keputusan Tender Bidding Number Plate. Melalui Sistem Bidaan Nombor Plat Kenderaan Online.JPJ (No plat cantik)

JPJeBid : Cara Bida Online & Keputusan Tender Bidding Number Plate

Berita baik buat semua rakyat Malaysia khususnya yang bakal memiliki kenderaan ataupun mana-mana syarikat yang bakal membeli kenderaan baru atau menukar nombor plat kenderaan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru sahaja melaksanakan sistem atas talian bagi bidaan nombor plat kenderaan yang dikenali sebagai sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan dalam talian JPJeBid. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai sistem ini secara online.

Ianya merupakan inisiatif pembangunan yang dijalankan oleh JPJ secara perluasan skop sistem mySIKAP iaitu di bawah menu Pengurusan Nombor Pendaftaran. Ianya telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia sendiri di mana sistem ini akan mula dilaksanakan pada 15 April 2019. Projek perintis sistem ini telah dimulakan dengan siri plat FC di mana proses bidaan untuk plat tersebut telah pun tamat pada 19 April 2019 yang lalu.

JPJeBid Sistem Bidaan Nombor plat kereta secara online

JPJeBid Sistem Bidaan Nombor Plat Kenderaan Secara Online

Sistem ini dikendalikan sepenuhnya oleh JPJ yang menawarkan elemen-elemen berteraskan User Experience (UX) yang mesra pengguna dan ringkas. Proses-proses yang ditawarkan dalam sistem bidaan termasuklah daripada proses pengiklanan, pendaftaran, bidaan, bayaran serta ketetapan aplikasi dan akaun. Setiap proses ini perlu dibuat sendiri secara kendiri oleh pembida terlibat yang akan dipantau atau dikawal selia oleh pihak JPJ.

Pengguna tidak perlu risau kerana proses-proses di dalam sistem bidaan ini adalah telus mulai dari proses transaksi pendaftaran sehinggalah pembayaran dilakukan. Sistem ini dijangka lebih efisyen dan bakal meningkatkan kecekapan daripada sistem lama iaitu proses bidaan secara manual kepada atas talian (online) dengan persekitaran sistem yang selamat dan terjamin. Selain itu, ianya juga boleh diakses secara Online Real Time bermaksud boleh dibuat pada bila-bila masa di mana-mana sahaja.

Pada sidang media oleh pengarah JPJ, beliau telah memperkenalkan sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan dalam talian yang menawarkan ketelusan keputusan bidaan kepada orang awam. Kini, orang ramai boleh membida nombor-nombor menarik, nombor popular, serta nombor bernilai utama bermula dengan harga bidaan minimum yang ditetapkan. Melalui portal JPJeBid, bidaan akan dibuka selama lima hari dan ditutup pada jam 12 hari ke lima. Bidaan tertinggi akan berjaya mengikut syarat yang ditetapkan seperti pembida perniagaan syarikat tidak boleh melebihi lima bidaan nombor pendaftaran kenderaan yang berjaya.

Proses Pendaftaran (Cara Bid No Plate Online)

Seperti yang dinyatakan, sistem ini terbuka bagi pendaftaran individu mahupun syarikat yang ingin mendapatkan nombor plat tertentu.

Sesiapa yang ingin membuat pendaftaran di laman web sistem ini memerlukan mereka berdaftar dengan MySIKAP yang boleh dilakukan di mana-mana pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC terlebih dahulu.

Daftar Masuk Portal

Pemohon yang ingin mendaftar di sistem perlu menyertakan dokumen berkenaan semasa mendaftar:

  1. Individu : Salinan kad pengenalan
  2. Syarikat Perniagaan : Salinan sijil dan lesen pendaftaran perniagaan

Sila rujuk infografik yang disediakan oleh pihak JPJ seperti dikongsikan di bawah untuk membuat pendaftaran bagi memudahkan lagi para pengguna yang ingin tender no plat

Klik Info Proses Pendaftaran

Sebaik sahaja berjaya mendaftar, pengguna boleh mula mengakses sistem e-bidaan menggunakan telefon pintar dan komputer. Sekiranya pengguna berminat untuk membida salah satu atau beberapa nombor yang diinginkan, setiap satu nombor yang dibida akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM10 bagi hasil untuk kerajaan yang tidak akan dikembalikan.

Tiada had dikenakan bagi bidaaan nombor plat setiap hari namun jumlah nombor yang berjaya dimenangi adalah dihadkan kepada tiga nombor pendaftaran sahaja bagi individu dan lima nombor bagi syarikat.

Kategori Nombor Pendaftaran

Terdapat beberapa jenis nombor plat/ pendaftaran yang ditawarkan untuk bidaan dan kategorinya adalah seperti berikut:

-Semasa: Nombor yang sedang dijalankan

-Popular: Dua digit berganda, sesetengah tiga digit berganda

-Menarik: Digit yang menarik

-Utama: Digit yang tunggal

Setiap kategori nombor pendaftaran pula dimulakan dengan harga minima tertentu dan juga peningkatan bidaan minima sebanyak 5%. Berikut adalah contoh bidaan bagi setiap kategori:

HARGA MINIMA & PENINGKATAN BIDAAN MINIMA

KATEGORIUTAMAMENARIKPOPULARSEMASA
Harga MinimaRM20,000RM3,000RM800RM300
Peningkatan Bidaan Minima (5%)RM1,000RM150

RM40

RM15

-Tiada had peningkatan maksimum dikenakan bagi setiap nombor yang dibida

-Tiada bayaran deposit perlu dikemukan namun setiap pembida perlu membuat bidaan sama atau lebih daripada amaun ketetapan harga minimum untuk setiap kategori

-Pembida tidak dibenarkan untuk menarik semula bidaan mereka sepanjang tempoh bidaan.

-Pembayaran pula hanya boleh dilakukan menggunakan kad kredit tempatan sahaja manakala kad debit adalah tidak dibenarkan.

Keputusan Bidaan Berjaya Dalam Sistem JPJeBid

Sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan secara dalam talian (JPJeBid) akan membuat keputusan secara automatik sebaik sahaja tamat waktu ditetapkan. Pembida akan diberikan notifikasi sama ada berjaya atau gagal selepas ditutup masa bidaan.

-Sekiranya bidaan berjaya, amaun tersebut akan ditolak secara terus dari kad kredit.

-Namun, sekiranya bidaan tidak berjaya. Transaksi akan dibatalkan dan amaun tersebut akan dikreditkan semula ke kad kredit yang digunakan (tanpa apa-apa caj dikenakan).

-Pembida yang berjaya dalam bidaan ini diberikan tempoh selama 12 bulan untuk menguruskan pendaftaran kenderaan dari tarikh surat yang dikeluarkan oleh JPJ. Sekiranya tidak sempat, surat tamat tempoh akan dikeluarkan.

-Tiada tempoh lanjutan akan diberikan serta wang bidaan juga tidak akan dikembalikan sekiranya pembida tersebut gagal mendaftar nombor plat sehingga tamat tempoh.

-Jika pendaftaran secara individu ingin memindahkan nombor pendaftaran (yang berjaya dibida) kepada keluarga. Mereka perlu mengemukakan dokumen sokongan yang berkaitan seperti sijil kelahiran, sijil perkahwinan dan lain-lain. Bagi syarikat pula, pemindahan milik nombor tidak dibenarkan sebelum ia didaftarkan ke mana-mana kenderaan.

Klik Proses Bidaan

Soalan Lazim (FAQ)

1. Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid?

Berikut ialah kategori orang awam/Perniagaan/Syarikat (SYT) yang dibenarkan untuk mendaftar di Portal:

i) Individu: Warganegara dan Penduduk Tetap Malaysia (PTM) yang berumur 18 tahun dan ke atas.

ii) Perniagaan/Syarikat: Perniagaan/Syarikat yang berdaftar.

iii) Pertubuhan, Koperasi Dan Badan Profesional: hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP

iv) Agensi Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun/ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/ Kedutaan/ Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/ Pertubuhan Antarabangsa/ Pejabat Serantau: hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP

v) Bukan warganegara: hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP.Nombor siri passport terbaru perlu dikemaskini oleh pemilik passport jika tarikh luput passport terdahulu telah tamat di mana-mana pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC.

2. Apakah syarat untuk mendaftar dan menggunakan portal?

Individu/Perniagaan/Syarikat/Bukan Warganegara/Pertubuhan/Koperasi/Badan Profesional/Agensi Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun/Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/Kedutaan/Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/Pertubuhan Antarabangsa/Pejabat Serantau yang layak mestilah mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP.

3. Bagaimana caranya untuk mendapatkan ID bagi membolehkan saya mendaftar dan menggunakan portal?

3.1. Individu/Perniagaan/Syarikat yang layak yang tidak mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP perlu mendaftar di mana-mana pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC terlebih dahulu. Sila kemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:

i) Individu: Satu salinan kad pengenalan/sijil kelahiran/resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa

ii) Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian:

a. Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan – Borang D (nama syarikat,maklumat dan maklumat pemilik); atau

b. Satu salinan Lesen Perniagaan (Sabah dan Sarawak sahaja)

c. Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.

iii) Syarikat Sdn. Bhd:

a. Satu salinan Borang 9 atau Borang 13 dan Borang 49 atau Borang Seksyen 58.

b. Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.

* Sila pastikan anda telah menerima e-mel pengesahan daripada Sistem JPJeBid sebelum membuat capaian di Portal JPJeBid. Anda juga disarankan menggunakan akaun emel yang aktif dan peti masuk yang sedia menerima sebarang notifikasi.

* Pautan pengesahan akan dihantar ke e-mel pengguna dan perlu disahkan dalam tempoh 24 jam sebelum akaun JPJeBid diaktifkan.

3.2. Bukan warganegara/ Pertubuhan/ Koperasi/ Badan Profesional/ Agensi Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun/ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/ Kedutaan/ Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/ Pertubuhan Antarabangsa/ Pejabat Serantau yang tidak mempunyai rekod adalah tidak tersedia untuk mewujudkan pendaftaran baru bagi JPJeBid

4. Apakah jenis e-mel yang sesuai untuk digunakan semasa pendaftaran di portal?

Orang awam atau pengguna portal  disarankan menggunakan e-mel jenis Yahoo dan Gmail yang aktif bagi memudahkan penerimaan sebarang notifikasi daripada Sistem.

5. Bagaimanakah mengenai keselamatan maklumat pengguna sekiranya pendaftaran telah wujud tanpa pengetahuan pengguna yang ingin membuat pendaftaran?

Keselamatan maklumat pengguna yang didaftarkan di portal adalah tanggungjawab pengguna itu sendiri. Sekiranya berlaku pendaftaran tanpa pengetahuan, disarankan pengguna tersebut membuat laporan polis dan menghantar sesalinan kepada pihak kami melalui email aduan Portal untuk tindakan selanjutnya.

6. Bagaimanakah sekiranya terdapat perubahan maklumat butir peribadi setelah pendaftaran dilakukan di portal ?

Sebarang kemaskini maklumat peribadi kecuali nombor telefon tidak boleh dibuat didalam portal tetapi mestilah dibuat di pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC.

7. Apakah browser yang sesuai untuk menggunakan portal?

Orang awam atau pengguna portal disarankan untuk menggunakan browser Chrome Version 73, Internet Explorer 11, Android Version 6 atau IOS 10 dan ke atas untuk paparan yang lebih baik.

8. Apa yang perlu dilakukan jika capaian semasa proses bidaan sering terganggu dan tidak berjalan dengan lancar?

Pengguna disarankan untuk menggunakan komputer/komputer riba dengan rangkaian internet yang stabil.

9. Apakah fi dan caj yang dikenakan untuk transaksi bidaan?

RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj perkhidmatan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida. Fi berkenaan merupakan hasil Kerajaan dan tidak akan dikembalikan.

10. Berapa lamakah tempoh bidaan untuk satu (1) siri nombor kenderaan berlangsung?

Tempoh Bidaan untuk satu (1) siri nombor pendaftaran kenderaan berlangsung selama 5 hari dan tamat pada pukul 2200 Hrs pada hari kelima (5). Namun Kerajaan boleh menetapkan atau mengubah tempoh bidaan mengikut kehendak semasa. Pembida boleh merujuk kepada iklan-iklan bidaan yang dikeluarkan oleh JPJ.

Waktu bidaan diambil kira sepanjang tempoh bidaan berlangsung dan bukannya pada waktu pengesahan bidaan pada pihak bank. Hanya transaksi yang berjaya dan selesai pembayaran dalam tempoh bidaan sahaja akan diterima sebagai bidaan yang sah.

* Anda digalakkan untuk melakukan bidaan awal untuk kelancaran semua proses. Elakkan aktiviti bidaan disaat akhir bagi mengelakkan gangguan bayaran.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut. Sila rujuk FAQ yang disediakan di bawah atau hubungi butiran seperti berikut:

FAQ: Soalan Lazim Bidaan No Plat

Telefon: 03-88921186 / 1476 / 1456

Diucapkan selamat maju jaya buat mana-mana pihak sama ada individu atau syarikat yang akan membuat bidaan bagi mendapatkan nombor plat/ pendaftaran kenderaan yang diinginkan melalui JPJeBid. Semoga perkongsian ini dapat memberikan kefahaman dan memudahkan para pembida dalam mengakses sistem bidaan.

Related : timbalan ketua pengarah perancangan dan operasi jpj aedy fadly ramli berkata pihaknya sentiasa mengadakan sesi perbincangan bersama agensi berkaitan dalam usaha menambah baik sistem terbabit, proses membida nombor kenderaan, kementerian pengangkutan untuk tindakan, pemberita selepas meninjau op sepadu jpj, pengangkutan jalan jpj sentiasa, untuk tindakan selanjutnya katanya, pengangkutan untuk tindakan selanjutnya, sentiasa ditambah baik jpj, jalan jpj sentiasa menambah baik sistem bidaan, kuala lumpur jabatan pengangkutan, jpjebid sentiasa ditambah baik, beliau berkata dalam usaha menambah baik sistem terbabit, pembayaran bidaan berjaya amaun,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *