Tarikh Peperiksaan UPKK 2022 KAFA. Panduan buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah di Tahun 5. Berikut dikongsikan Jadual Peperiksaan UPKK 2022 KAFA yang memaparkan tarikh ujian bertulis, amali dan lisan. Untuk makluman, peperiksaan bertulis UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) tahun 2022 akan diadakan pada 14 hingga 17 November 2022 28 November hingga 1 Disember 2022.
UPKK adalah peperiksaan yang diselaraskan di seluruh Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk murid tahun lima (5) di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM.
Isi Kandungan
Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
Matlamat peperiksaan UPKK adalah untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian. Iaitu dalam Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
Mata Pelajaran Yang Dinilai
Berikut adalah bidang pengajian yang dinilai dalan UPKK :-
- Al-Quran.
- Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadat )
- Sirah
- Adab (Akhlak Islamiyah )
- Jawi dan Khat
- Asas Lughatul Quran
- Penghayatan Cara Hidup Islam
- Amali Solat
Bentuk Penilaian Peperiksaan UPKK
Peperiksaan UPKK adalah dinilai melalui kaedah/ bentuk seperti berikut :-
Secara Lisan
- Al-Quran
Bentuk Amali
- Amali Solat
Bentuk Lisan & Pemerhatian
- Penghayatan Cara Hidup Islam
Penulisan Bertulis
- Ulum Syariah ( Aqidah dan Ibadah )
- Sirah
- Adab (Akhlak Islamiyah)
- Jawi dan Khat
- Asas Lughatul Quran
Jadual Peperiksaan UPKK 2022 (Ujian Bertulis. Amali Dan Lisan)
Berikut dikongsikan Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2022 (Ujian Penilaian Kelas KAFA) buat panduan semua.
Jadual peperiksaan UPKK ini memaparkan tarikh dan masa untuk Peperiksaan Bertulis, amali dan lisan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022.
i) Ujian Amali Solat (Kod Kertas UPKK 08/ 01)
- 9 Mei hingga 30 September 2022 (3 hingga 4.30 petang)
ii) Penghayatan Cara Hidup Islam (UPKK 07/ 01)
- 9 Mei hingga 30 September 2022 (3 hingga 4.30 petang)
iii) Jadual Peperiksaan UPKK (Ujian Lisan Tadarus & Tilawah Al-Quran) – (UPKK 01/ 01)
- 10 hingga 31 Oktober 2022 (3 hingga 4.30 petang)
iv) Ujian Lisan Hafazan & Tafsir Al-Quran (UPKK 01/ 02)
- 10 hingga 31 Oktober 2022 (3 hingga 4.30 petang)
v) Jadual Peperiksaan UPKK (Ujian Bertulis)
Jadual waktu peperiksaan bertulis UPKK tahun 2022 adalah seperti berikut :-
28 November 2022 5 Disember 2022 (ISNIN)
- Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah) UPKK 02/ 01 :
3 hingga 4.30 petang2.15 hingga 3.45 petang
Nota : Tarikh baharu susulan 28 Nov adalah cuti umum
29 November 2022 (SELASA)
- Sirah UPKK 03/ 01: 2.15 hingga 3.45 petang
- Pelajaran Jawi dan Khat UPKK 05/ 01: 4 hingga 5.30 petang
30 November 2022 (RABU)
- Adab (Akhlak Islamiyah) I UPKK 04/ 01: 2.15 hingga 3.45 petang
- Adab (Akhlak Islamiyah) II UPKK 04/ 02: 4 hingga 5 petang
1 Disember 2022 (KHAMIS)
- Lughah Al-Quran UPKK 06/ 01: 2.30 hingga 4.30 petang
Muat turun/ Download Jadual Lengkap : UPKK 2022
Gred Pemarkahan UPKK
Pencapaian tiap-tiap tahap UPKK berdasarkan gred dan skala berikut :
- A (Tahap Cemerlang) 80-100
- B (Tahap Baik) 60-79
- C (Tahap Memuaskan) 40-59
- D (Tahap Kurang Memuaskan) 01-39
* * Tertakluk kepada sebarang perubahan
Diucapkan selamat menduduki peperiksaan UPKK 2022. Semoga pelajar UPKK berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini.