Maklumat Cara Buat Permohonan Baru Dan Kemaskini BSH 2021 Secara Online/ Manual. Tarikh dan download borang? Umum sedia maklum yang pemberian Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH), dahulunya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan untuk pemberian bantuan tahun 2021 seperti diumumkan dalam Bajet/ Belanjawan 2021. Walau bagaimanapun, beberapa perkara dalam pemberian BSH akan dikaji semula seperti syarat kelayakan memohon bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja bakal menerima bantuan. Jadi bagaimanakah cara untuk membuat permohonan BSH dan cara kemaskini BSH maklumat penerima secara online?
Panduan dan maklumat cara proses permohonan BSH serta kemaskini maklumat permohonan BSH untuk tahun 2021 akan dikemaskini dari masa ke semasa dengan info terkini selepas pengumuman dari Kementerian Kewangan Malaysia (MoF). Pembentangan Bajet 2021 telah menyentuh serba sedikit berkaitan BSH meliputi jumlah bantuan, kategori serta syarat kelayakan dan proses permohonan.
NOTA : BSH kini ditukar ke BPR. Maklumat terkini permohonan dan kemaskini 2021 sila rujuk BPR
Isi Kandungan
Permohonan BSH Dan Cara Kemaskini Bantuan Sara Hidup Rakyat Online
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan maklumat Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 (BSH) untuk pemohon baru dan juga cara kemaskini BSH Online buat panduan semua.
Anda digalakkan untuk melayari Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat & Bantuan Prihatin Nasional – LHDN dalam mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.
Siapakah Yang Perlu Membuat Permohonan/ Kemaskini BSH 2020?
1. Pemohon TIDAK perlu membuat permohonan baru atau kemaskini Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 sekiranya:
- Permohonan BSH 2019 lulus serta tiada sebarang perubahan maklumat; dan
- Penerima e-bantuan yang berdaftar dengan e-bantuan JKM sebelum atau pada Oktober 2019 tidak perlu mendaftar bagi permohonan BSH 2020. Perincian penerima e-bantuan adalah seperti berikut:
i. Elaun Pekerja Cacat
ii. Bantuan Penjagaan OKU
iii. Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
iv. Bantuan Orang Tua
2. Tetapi pemohon PERLU melakukan permohonan baru atau kemaskini Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 sekiranya:
- Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH (Kategori Baharu);
- Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; dan
- Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai e-Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
Tempoh Pendaftaran Bantuan Sara Hidup 2020
- Tarikh Buka : 1 Februari 2020
- Tarikh Tutup : 15 Mac 2020
Tarikh rasmi permohonan BSH dan kemaskini BSH yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia
Untuk makluman, Permohonan BSH serta kemaskini pada tahun lepas boleh dibuat mulai 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019.
Maklumat penting lain Bantuan Sara Hidup adalah seperti berikut :-
- Sesudah pangkalan data BSH 2020 dikemaskini, baki pembayaran BSH 2020 bagi kategori isi rumah akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga manakala bagi kategori bujang dan OKU pula akan disalurkan secara one-off pada fasa ketiga. Proses permohonan dan pengemaskinian ini memberi ruang kepada segelintir yang tidak lulus dan belum memperoleh BSH untuk membuat permohonan melalui proses verifikasi semula
- Penerima BSH di kawasan pedalaman (kategori isi rumah) yang memiliki akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama, manakala bagi penerima pedalaman yang tiada akaun pula, pembayaran Fasa Pertama akan dilakukan mulai 1 Februari 2020 secara tunai.
Borang Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 (Baru) Dan Cara Kemaskini BSH Online/ Manual Di Cawangan LHDN
Berdasarkan kepada proses permohonan/ kemaskini tahun 2019, terdapat 2 kaedah dalam membuat Permohonan BSH (baru) yang juga terpakai untuk Kemaskini BSH iaitu secara online dan manual.
1. Manual
Bagi permohonan secara manual, borang boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil LHDN dan Pusat Transformasi Bandar LHDN. Pemohon juga boleh mendapatkan borang dengan memuat turun borang permohonan di Portal Rasmi BSH serta borang berkaitan di
Nota: Borang permohonan BSH 2020 masih boleh diterima sekalipun pemohon tidak mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri yang lengkap semasa menghantar borang. Ini disebabkan borang akan diproses mengikut maklumat yang dikemukakan pemohon dalam borang BSH serta diselaraskan dengan data agensi lain seperti JPN untuk menentukan kelayakan setiap permohonan.
2. Secara Online
Untuk permohonan BSH 2020 dan cara kemaskini BSH secara atas talian, pemohon perlu melayari Portal Rasmi BSH di https://bsh.hasil.gov.my/. Pemohon juga boleh menggunakan Aplikasi Semakan Bantuan Sara Hidup dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit.
Kategori yang layak bagi permohonan BSH 2020 adalah seperti berikut:-
- i. Kahwin; atau
- ii. Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
- iii. Warga emas sebatang kara
A. Prosedur Permohonan BSH Online
- Pilih BUTANG PERMOHONAN BARU BSH
- Maklumat Pemohon :Lengkapkan Maklumat Pemohon:-
- (a) Isikan Nombor MyKad Pemohon Dan Tekan Butang “SEMAK”
- (b) Isikan Alamat Surat-Menyurat Pemohon
- (c) Isikan Nombor Poskod Pemohon
- (d) Isikan Nombor Telefon Rumah Pemohon
- (e) Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon
- (f) Pilih Status Perkahwinan Pemohon:-
- Kahwin
- Ibu Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda Dan Mempunyai Anak
- Warga Emas (Sebatang Kara) – 60 Tahun Ke atas
- (g) Pilih Anggaran Pendapatan Kasar Bulanan (RM):-
- 0 – 1,000
- 1,001 – 2,000
- 2,001 – 3,000
- 3,001 – 4,000
Status Kahwin
- Untuk status pemohon yang ‘Berkahwin’, isikan Maklumat Pasangan seperti :-
- (a) Pilih Jenis Pengenalan Pasangan:-
- No.MyKad / MyPR / MyKAS.
- No. KP Lama / Sijil Lahir.
- No. Pasport.
- (b) Masukkan Nombor Mykad / MyPR MyKAS / Nombor Kad Pengenalan Lama / Sijil Lahir / Nombor Pasport
- (c) Pilih Jantina Pasangan.
- (d) Pilih Pendapatan Kasar Bulanan Pasangan (RM):-
- 0 – 1,000
- 1,001 – 2,000
- 2,001 – 3,000
- 3,001 – 4,000
- (e) Masukkan Tarikh Perkahwinan Pemohon Dan Pasangan
4. Status Ibu Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda Dan Mempunyai Anak
- Untuk status ‘Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Dan Mempunyai Anak’, pemohon perlu memilih jenis status pasangan samada ( Penceraian atau Kematian Pasangan) dan mengisi tarikh kematian atau penceraian pasangan
5. Maklumat Anak
- Lengkapkan ‘Maklumat Anak’ seperti:-
- Isikan nombor MyKad/ MyKid anak,
- Isikan nama anak & umur anak
- Status anak samada ‘Anak Kandung’ / ‘Anak Angkat’
- * Anak terhad hanya 4 orang sahaja untuk diisi
6. Maklumat Bank
- Lengkapkan ‘Maklumat Bank’ seperti:-
- Pilih jenis akaun bank yang masih aktif
- Masukkan nombor akaun bank
- *Jika tiada maklumat akaun bank, akaun tidak sah atau pindahan tidak berjaya dilaksanakan, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuka akaun kepada yang terlibat tertakluk kepada terma dan syarat
7. Dokumen Sokongan
- Pemohon perlu memilih jenis ‘Dokumen Sokongan’ yang ingin dimuat naik samada sijil kahwin / sijil cerai / sijil lahir anak dan klik butang ‘MUAT NAIK’.
- Nota: Muat naik dokumen kini bukan lagi syarat wajib permohonan seperti salinan pengenalan diri berikutan permohonan akan diproses menggunakan maklumat yang dikemukakan pemohon di dalam borang dan akan diverifikasi dengan data agensi seperti JPN
- 8. Maklumat Waris
- Lengkapkan ‘Maklumat Waris’ seperti:-
- (a) Pilih Jenis Pengenalan Waris:-
- No. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid
- No. Kad Pengenalan Lama
- Sijil Lahir
- No. Pasport
- (b) Isikan Nombor MyKad / MyKid / Sijil Beranak / Pasport.
- (c) Isikan Nama Penuh Waris.
- (d) Pilih Hubungan Pemohon Dengan Waris:-
- Pasangan
- Ibu / Bapa
- Anak
- Adik-Beradik
- Cucu
- (e) Isikan Nombor Telefon Waris
- (a) Pilih Jenis Pengenalan Waris:-
9. Pengesahan
- Isi ‘Kod Captha’ seperti paparan yang diberi dan klik pada butang ‘SAHKAN CAPTCHA’
- 10. Pengesahan Pengenalan
- Paparan memaparkan Nama Pemohon dan Nombor Pengenalan pemohon serta Pengakuan untuk di ’Tick’ oleh pemohon sebelum proses penghantaran dibuat. ‘Tick’ pada kotak yang disediakan untuk paparan seterusnya
- 11. Simpan Dan Hantar
- Pada Paparan Simpan / Hantar, pemohon boleh memilih untuk menyimpan atau hantar maklumat pemohon
- SIMPAN : Sekiranya pemohon klik pada butang’ ‘SIMPAN’, data pemohon akan disimpan di dalam MyBSH untuk pemohon membuat sebarang kemaskini sebelum menghantar
- HANTAR : Sekiranya pemohon klik pada butang ‘HANTAR’, pemohon telah selesai melengkapkan segala butiran yang diperlukan
- Pada Paparan Simpan / Hantar, pemohon boleh memilih untuk menyimpan atau hantar maklumat pemohon
B. Kemaskini BSH Secara Online
Pengemaskinian maklumat adalah penting bagi mengelakan permohonan ditolak
- Pilih menu MyBSH
- Sila masukkan NO.KAD PENGENALAN
- Klik butang Semak
- Mohon No. TAC
- (No. TAC boleh digunakan selama 6 Jam sahaja, sekiranya melebihi tempoh tersebut, sila mohon semula No. TAC baru)
- Masukkan No. Tac dan tekan butang Hantar
Maklumat penting yang perlu dikemaskini
- Status perkahwinan : status cerai atau kematian pasangan (nyatakan tarikh penceraian/ kematian pasangan)
- Alamat surat menyurat terkini dan e-mel
- Nombor telefon bimbit dan rumah
- Maklumat akaun bank (persendirian sahaja)
- Maklumat pasangan dan tanggungan : Pastikan maklumat nombor pengenalan seperti myKad, myPR, myKAS, myKID, Passport dan Visa serta Sijil Lahir diisi dengan tepat dan jelas
- Waris : Waris asal yang dinamakan telah meninggal dunia. Bagi memblehkan waris membuat tuntutan SKK dan baki BSH
Nota: Pemohon BSH warga emas yang berumur 60 tahun ke atas tidak perlu lagi mengemaskini maklumat kecuali jika terdapat sebarang perubahan maklumat kerana LHDNM akan menyelaraskan menggunakan data BSH 2018 untuk diproses.
Nota Permohonan BSH
Pemohon boleh menghantar Borang BSH 2020 yang telah lengkap diisi mengikut tarikh yang diumumkan kelak melalui kaedah di kaunter berikut :-
- i. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
- ii. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
- iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
- iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen
Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:-
- Peti Surat BSH
GPO Shah Alam
40800 Selangor
Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
Proses Verifikasi Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020
Hanya pemohon yang melepasi tapisan sahaja yang layak menerima BSH. Senarai nama agensi yang terlibat mengikut aspek dalam proses semakan dan verifikasi adalah seperti berikut :-
Pengenalan Diri:
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Pendapatan
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) termasuk PDRM
- Bendahari Negeri–negeri di Malaysia
- Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Status Perkahwinan
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Orang Kurang Upaya (OKU)
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Pendaftaran Perniagaan, Pemerbadanan Syarikat dan Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Pemilikan Kenderaan
- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Bekerja / Tinggal di luar negara
- Kementerian Luar Negeri (KLN)
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
Anak Yang Masih Belajar
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Majlis Amanah Rakyat (MARA)
*NOTA: Sekiranya pemohon mengemukakan MAKLUMAT PALSU, anda boleh disabit atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 3 tahun dan denda serta disenarai hitam daripada menerima BSH
Maklumat lanjut permohonan BSH dan panduan sila klik
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Sara Hidup 2020
- Syarat permohonan BSH tahun 2020 akan dikemaskini dari masa kesemasa dan boleh dirujuk di SYARAT MOHON BSH
Kemukakan Salinan Permohonan Bantuan Sara Hidup
Pemohon perlu mengemukakan senarai dokumen seperti berikut semasa memohon :-
Pemohon
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / Jabatan Pendaftaran Negara.
- Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / Jabatan Pendaftaran Negara
- Copy Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh mahkamah
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara
Pasangan
- Salinan Kad Pengenalan Pasangan samaada MyKad / MyPR / MyKAS
- Salinan Passport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / Sijil Lahir / Kad Pengenalan Lama
Anak
Anak Kandung
- Salinan Kad Pengenalan MyKad / MyKid
- Salinan Sijil Kelahiran
Anak Angkat
- Salinan MyKad / MyKid
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Senarai Kategori BSH (Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020)
Terdapat 3 kategori penerima yang layak menerima BSH tahun 2020 beserta jumlah bantuan adalah seperti berikut :-
a) Isi Rumah
- Jumlah BSH RM1,000 tambah RM120/ anak : Isi Rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
- RM750 tambah RM120/ anak : Isi Rumah berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000
- RM500 tambah RM120/ anak : Isi Rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000
b) Bujang
- Jumlah RM300 : Individu bujang berumur sekurang-kurangnya 40 tahun dan berpendapatan bulanan kurang dari RM2,000
c) Orang Kurang Upaya (OKU)
- Jumlah RM300 : OKU berumur 18 tahun atau lebih dan berpendapatan kurang dari RM2,000
Untuk makluman, jumlah BSH tambahan RM120 untuk setiap anak adalah maksimum untuk 4 orang anak berumur 18 tahun ke bawah, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka
Jadual Pembukaan Kaunter BSH Di Cawangan LHDNM
Waktu operasi bermula adalah seperti berikut :-
A. Hari Bekerja
- Cawangan Semenanjung : 9.00 pagi hingga 5.00 Petang
- Cawangan Sabah / Sarawak : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
B. Cuti Hujung Minggu
- Kaunter BSH tidak dibuka pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti Negeri (bagi negeri yang terlibat) kecuali tarikh pada jadual yang dikongsikan di bawah ini
Nota Permohonan BSH Dan Kemaskini Bantuan Sara Hidup Rakyat
- Masa pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada pindaan
- Cawangan LHDNM yang bekerja pada hari Ahad hingga Khamis, waktu operasi kaunter pada hari Khamis adalah sehingga jam 3:30 petang
- Masa pembukaan kaunter BSH di UTC adalah bergantung kepada waktu operasi UTC di sesuatu tempat. Rujuk (UTC), LHDNM
Maklumat lanjut, sila rujuk Jadual Pembukaan Kaunter BSH
Cara Hubungi BSH : Permohonan Bantuan Sara Hidup
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan permohonan BSH termasuk masalah berkaitan rayuan, sila hubungi
1. Sekretariat MOF
- Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Presint 2, 65292 Putrajaya
2. Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM
- 1-800-88-2747 (BSHR)
Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang
3. Hotline MOF
- 03-8882 4565, 03-8882 4566
4. Faksmili MOF
- 03-8882 3933
5. Portal Rasmi BSH
- https://bsh.hasil.gov.my/
Selamat membuat Permohonan BSH 2020 (baru) serta kemaskini Bantuan Sara Hidup secara online dan manual. Adalah diingatkan sekali lagi yang pemohon adalah disarankan untuk merujuk kepada Portal Rasmi BSH dalam mendapatkan maklumat yang terkini berkaitan Bantuan Sara Hidup Rakyat.