Permohonan UM Universiti Malaya Februari 2024 Online, Cara mohon universiti malaya semester 2 2023/ 2024 melalui portal kemasukan maya,

Permohonan UM 2023-2024 Online (Semester 2) Degree

Permohonan Kemasukan Ke Universiti Malaya Ijazah Sarjana Muda (Degree) Semester 2 2023/ 2024. Perhatian buat pelajar lepasan STPM dan setaraf. Permohonan UM Universiti Malaya ambilan tahun 2023 kini dibuka secara online yang dibuka juga kepada lepasan Matrikulasi, Asasi, Diploma. Permohonan dibuka sehingga 31 Januari 2024 bagi program yang mempunyai proses temuduga dan juga program yang tiada temuduga.

Universiti Malaya (UM) adalah salah satu 6 univeristi awam yang ada menawarkan pengambilan kedua pelajar untuk lepasan STPM/ setaraf selain UiTM, UUM, UIAM, UPSI dan UTHM. Pengambilan adalah untuk pengajian di universiti sesi akademik tahun 2023/2024.

Selayang Pandang

Universiti Malaya (UM) merupakan universiti pertama yang ditubuhkan di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pada 8 Oktober 1949 daripada gabungan King Edward VII College of Medicine (1905) dan Raffles College (1928).

Penubuhannya menjadi pemacu kepada kemajuan pendidikan di Tanah Melayu pada ketika itu sehingga tertubuhnya dua cawangan autonomi yang terletak di Singapura dan Kuala Lumpur pada tahun 1959. Dalam usaha memperkukuhkan pendidikan tinggi di kedua-dua negara, status universiti cawangan perlu dinaik taraf kepada universiti awam.

Dengan kelulusan Akta Universiti Malaya pada tahun 1961 oleh Parlimen, UM telah diiktiraf sebagai universiti awam di Malaysia. UM yang dikenali pada hari ini, secara rasminya bertapak kukuh sebagai universiti awam untuk Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Januari 1962. Matlamat awal dalam menyediakan pendidikan tinggi kepada penduduk Tanah Melayu telah berjaya melahirkan pemimpin dan intelektual dalam pelbagai bidang. Ketika Malaysia melalui pelbagai proses transformasi dalam dunia pendidikan,

UM terus melipatgandakan usahanya bagi menjayakan visi untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang ternama di peringkat antarabangsa dalam penyelidikan, inovasi, penerbitan dan pengajaran. Bagi menjayakan wawasan murni ini, UM disokong oleh hospital pengajaran terbesar dan pertama di Malaysia iaitu Pusat Perubatan  UM (PPUM), dua (2) akademi, dua belas (12) fakulti, tiga (3) institut dan tiga (3) pusat akademik yang merangkumi bidang perubatan, sains, teknologi serta sains sosial dan sains kemasyarakatan.

Selain daripada itu, dalam usaha menyumbang kepada perkembangan ilmu, UM telah mewujudkan enam (6) Kluster Penyelidikan. Penubuhan kluster ini menawarkan penyelesaian dan penemuan terbaharu dalam pelbagai bidang. Penekanan terhadap bidang penyelidikan diperkukuhkan dengan tertubuhnya pusat-pusat kecemerlangan di pelbagai pusat pengajian. Pengajaran, penyelidikan, penerbitan, inovasi dan komersialisasi menjadi tunjang usaha UM menyumbang kepada dunia akademik dan masyarakat.

Permohonan UM 2023-2024 Online (Semester 2) Degree

Berikut dikongsikan maklumat penting seperti syarat kelayakan kemasukan ke Universiti Malaya ambilan Degree semester 2 2023/2024 yang perlu dipohon secara online.

  • – : Tarikh buka permohonan
  • 31 Januari 2024 : Tarikh Tutup

Cara Membuat Permohonan UM Ambilan Semester 2 Degree 2023/2024 Online

  • Pemohon perlu membuat permohonan atas talian di applikasi permohonan https://www.umcced.edu.my/programme/satu atau https://maya.um.edu.my/sitsvision/wrd/siw_ipp_lgn.login?process=siw_ipp_app_crs atau https://study.um.edu.my/how-to-apply-bachelor-rsquo-s-degree

Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda UM

Peringatan Penting Lepasan STPM & Setaraf Untuk Program Ijazah Sarjana Muda

Berikut dikongsikan peringatan penting dan panduan permohonan ambilan degree semester 2 2023/ 2024 untuk pelajar lepasan STPM dan setaraf.

  • Permohonan daripada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di UA tidak akan dipertimbangkan

Sebelum Mengisi Permohonan Universiti Malaya

  1. Pastikan anda telah membuat pendaftaran akaun baharu. Calon yang pernah mempunyai akaun boleh menggunakan akaun sedia ada.
  2. Sila baca dengan teliti Manual Pengguna yang disediakan bagi membantu dalam pengisian maklumat permohonan
  3. Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Maklumat Permohonan
    Sila kenalpasti kategori permohonan anda (Contoh : Lepasan STPM, Lepasan Matrikulasi, Diploma.
  4. Calon lepasan STPM/Asasi/Matrikulasi bukan tahun semasa, A Level/IB/AUSMAT perlu memilih kategori Diploma/Setaraf)

Semasa Melengkapkan Permohonan

  1. Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam Permohonan Universiti Malaya
  2. Sila pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
  3. Pastikan anda menyemak dengan teliti butiran dan maklumat pada permohonan anda
  4. Kemaskini permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup permohonan selagi anda tidak menekan butang (Sah & Hantar)
  5. Sekiranya semua maklumat telah lengkap dan anda bersedia untuk mengesahkan permohonan. Sila tekan butang (Sah & Hantar)
  6. Sebarang pengemaskinian maklumat tidak boleh dilakukan setelah anda mengesahkan permohonan iaitu selepas menekan butang (Sah & Hantar)
  7. Permohonan yang tidak (Sah & Hantar) tidak akan diproses kerana tidak lengkap
  8. Borang permohonan perlu dicetak sebagai bukti penerimaan permohonan oleh sistem

Selepas Menghantar Permohonan

  1. Pastikan anda membuat semakan semula borang Permohonan Universiti Malaya anda di laman SEMAKAN bagi memastikan permohonan telah diterima
  2. Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti penerimaan
  3. Calon kategori DIPLOMA/ SETARAF perlu mengemukakan borang permohonan beserta dokumen kepada Seksyen Kemasukan & Rekod, Bangunan Peperiksaan, Bahagian Akademik Univesiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur sebelum 13 Disember 2019.
  4. Permohonan calon yang tidak mengemukakan dokumen di bawah akan dianggap sebagai tidak lengkap dan tidak akan diproses.

Calon Kategori Diploma/ Setaraf

Dokumen-dokumen yang diperlukan serta perlu dihantar ke alamat di atas adalah seperti berikut (salinan):

  1. Borang Permohonan Universiti Malaya yang dicetak
  2. Kad pengenalan/ MyKad calon
  3. Sijil STPM (jika berkaitan)
  4. Sijil SPM
  5. Transkrip penuh akademik (Sem 1 hingga akhir)
  6. Diploma/Sijil A Level/IB/AUSMAT
  7. Sijil MUET
  8. Surat pengesahan tamat pengajian
  9. Keputusan Bahasa Melayu/Matematik Julai (jika ada); dan
  10. Cetakan akreditasi MQA, laman web: (http://www.mqa.gov.my/MQR/CAkreditasi.cfm) bagi program yang telah diikuti.

Selamat membuat Permohonan kemasukan ke Universiti Malaya ambilan Semester 2 Degree 2023/2024 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Univeristi Malaya untuk semester 2 2023/ 2024. Tahniah kepada pelajar yang berjaya.

Related : mempunyai sebarang kaitan, untuk memohon, untuk makluman, university malaya, lepasan spm

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *