Semakan Jadual Penerbangan Haji 2024. Cara check semak jadual penerbangan jemaah haji malaysia melalui TH Contact Center (THCC) & THiJARI.

Semakan Jadual Penerbangan Haji 2024 TH

Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran untuk menunaikan Ibadah Haji tahun 2024/ 1445H. Pastinya ramai yang ingin mengetahui bilakah tarikh penerbangan mereka ke Tanah Suci. Ianya bagi membolehkan jemaah haji dalam membuat persediaan dan persiapan rapi dalam menunaikan Rukun Islam yang ke 5. Berikut dikongsikan cara membuat semakan jadual penerbangan haji buat panduan bakal jemaah haji dari Malaysia.

Penerbangan pertama jemaah dari Malaysia untuk musim haji 1445H/ 2024 akan dimaklumkan kemudian setelah mendapat info rasmi daripada TH.

Semakan Jadual Penerbangan Haji 2019

Semakan Jadual Penerbangan Haji Melalui THiJARI Dan THCC

Menurut Portal Rasmi Tabung Haji, penerbangan ke Tanah Suci pada kelazimannya akan bermula dari 1 Zulkaedah tahun semasa sehingga 3 Zulhijjah. Untuk penerbangan balik pula ianya dijangka bermula dari 18 Zulhijjah sehingga 15 Muharram tahun semasa.

Cara Semak Jadual Penerbangan Haji Jemaah Malaysia

1) TABUNG HAJI CONTACT CENTER (THCC)

Untuk mendapatkan maklumat penerbangan jemaah haji bagi musim haji semasa, sila hubungi TH Contact Center (THCC) di talian telefon 03 – 6207 1919

2) AplikasiI THiJARI

Boleh dimuat turun menerusi Google Play dan App Store secara percuma. Selain semakan jadual penerbangan haji, pengguna juga dapat mengemaskini urusan akaun pendeposit, pendaftaran dan semakan keahlian Kelab Taha, informasi TH, direktori, berita terkini, promosi dan e-Majalah

Untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan, bakal Haji boleh menghubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian

03-62071919

Emel : th-info@lth.gov.my

Nota

1. *Lokasi Penerbangan : Kelompok keluarga berdasarkan peruntukan, penerbangan (KT) adalah berdasarkan kepada kumpulan keluarga (mahram) yang dinamakan semasa pendaftaran haji dan senarai yang menyusul jika ada

2. *Setiap bakal haji yang terpilih dan pergi secara biasa (Muassasah) surat jadual penerbangan (SJP) akan dihantar oleh TH,. Untuk bakal haji yang memilih perkhidmatan anjuran Pakej THTS dan PJH,surat jadual penerbangan (SJP) akan dihantar oleh pihak penganjur.

Maklumat Lanjut Fakta Haji Tahun 2024

Jadual Penerbangan Haji

1. Tarikh Wukuf bagi 1445H bersamaan dengan 15 Jun 2024 (Sabtu)

2. Kuota Haji yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia ialah sebanyak 31,600 orang

3. Syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk tunai haji boleh disemak secara terperinci di Soalan Lazim Operasi Haji 2024.

4. Kos Haji pada tahun ini dibahagikan bagi membantu kumpulan sasar iaitu RM12,356 untuk kumpulan B40, RM19,152 untuk kumpulan M40 dan RM33,300 untuk kumpulan T20.

5. Stesen berlepas Bakal Haji (BH) adalah seperti berikut:-

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang

Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak

Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan

Di bawah adalah infografik yang disediakan oleh Tabung Haji untuk panduan jemaah haji bagi proses perjalanan di Malaysia:

Untuk proses pergerakan Jemaah Haji Malaysia di Arab Saudi pula adalah seperti berikut:

Maklumat Lanjut Fakta Haji Tahun 2023

jadual penerbangan haji 1444H 2023M

1. Tarikh Wukuf bagi 1444H bersamaan dengan 27 Jun 2023 (Selasa)

2. Kuota Haji yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia ialah sebanyak 31,600 orang

3. Syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk tunai haji boleh disemak secara terperinci di Soalan Lazim Operasi Haji 2023.

4. Kos Haji pada tahun ini dibahagikan bagi membantu kumpulan sasar iaitu RM10,980 untuk kumpulan B40, RM15,980 untuk kumpulan M40 dan RM30,850 untuk kumpulan T20.

Maklumat Lanjut Fakta Haji Tahun 2022

Berikut adalah diantara maklumat penting berkaitan Ibadah Haji dan penerbangan haji tahun 2022 sebagai rujukan

1. Tarikh Wukuf bagi 1443H bersamaan dengan 8 Julai 2022 (Jumaat)

2. Kuota Haji yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada Malysia ialah sebanyak 14,306 orang

3. Syarat-syarat yang ditetapkanoleh Kerajaan Arab Saudi untuk tunai aji boleh disemak secara terperinci di Soalan Lazim Operasi Haji 2022.

4. Kos Haji pada tahun ini dibahagikan bagi membantu kumpulan sasar iaitu RM10,980 untuk kumpulan B40 dan RM12,980 untuk kumpulan bukan B40. Manakal bakal haji muasassah yang pernah tunai haji perlu bayar bayaran penuh haji semasa iaitu RM25,540

Maklumat Lanjut Fakta Haji Tahun 2020

Tarikh Wukuf : 9 Zulhijjah bersamaan dengan 30 Julai 2020 (Khamis)

Berikut adalah diantara maklumat penting berkaitan Ibadah Haji dan penerbangan haji tahun 2019 sebagai rujukan.

Maklumat Lanjut Fakta Haji Tahun 2019

Kuota haji rasmi tahun 2019 kekal pada 30,200 jemaah dengan kadar bayaran mengerjakan haji turut kekal pada RM9,980 seorang, walaupun kos keseluruhan haji meningkat kepada RM22,900 berbanding RM22,250 tahun lepas. Kouta haji tambahan akan dimaklumkan jika Kerajaan Arab Saudi meluluskannya

Penerbangan pertama akan berlepas pada 4 Julai 2019 manakala penerbangan pergi terakhir adalah pada 4 Ogos 2019

Penerbangan pulang ke Malaysia dijadulakan pada 19 Ogos sehingga 12 September 2019

Sebanyak 81 penerbangan sewa khas akan digunakan bagi operasi haji tahun ini yang menggunakan 40 pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan 41 pesawat Flynas

Operasi musim haji bagi jemaah dari Lembah Klang dan negeri sekitarnya akan dilaksanakan buat kali kedua di kompleks baharu iaitu Kompleks Tabung Haji Sepang yang menggantikan Kompleks TH Kelana Jaya

Stesen berlepas Bakal Haji (BH) adalah seperti berikut:-

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang

Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak

Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan

jadual penerbangan haji

Tarikh Wukuf : 9 Zulhijjah bersamaan dengan 10 Ogos 2019 (Sabtu)

Kemudahan Di Kompleks TH Sepang

Di antara kemudahan-kemudahan yang ada disediakan di Kompleks Tabung Haji Sepang adalah seperti berikut :-

1. 3 blok hotel bertaraf empat bintang dengan 333 bilik yang boleh ditempah

2. 600 parkir bertingkat di Hotel Movenpick dan Pusat Persidangan (MHCC) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

3. 800 parkir di Masjid Sultan Abdul Samad

4. Empat buah restoran

5. Anjung tinjau.

Selamat menunaikan ibadah Haji diucapkan kepada semua jemaah. Moga selamat pergi serta kembali pulang dan mendapat Haji Mabrur.

Related search : lembaga tabung haji 14 muharram menerusi aplikasi thijari 2.0 status pendaftaran dan tawaran haji 16 zulhijjah

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *