Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 Dan 4 2024 Online. Semak tawaran ke sekolah berasrama penuh form 1 dan semakan SBP tingkatan 4.

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 & 4 2024 Online

Cara Semak Keputusan Tawaran SBP 2024 Tingkatan 1 Dan 4 Online. Perhatian buat murid Tahun 6 yang ada membuat application ke SBP 2024 Tingkatan 1 yang akan ditutup pada 17 September 2023. Jangkaan Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2024 Online akan diumumkan adalah selewat-lewatnya pada bulan Mac 2024. Kebiasaannya selepas keputusan UPSR diumumkan dan selepas Ujian SBP diadakan. Juga dikongsikan maklumat berkaitan semakan keputusan SBP Tingkatan 4.

Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Empat (4) SBP pula akan diumumkan pada selewat-lewatnya pada tarikh yang sama. Keputusan bagi sesi 2023 telah diumumkan pada 17 Mac 2023. Iaitu lazimnya selepas keputusan PT3 diumumkan. e-Rayuan untuk pelajar yang gagal mendapat tawaran akan dibuka pada tarikh yang sama dengan keputusan SBP diumumkan.

Semakan-Keputusan-SBP-Tingkatan-1-Satu-Tingkatan-4-Empat-Online

Semakan Keputusan Tawaran SBP 2024 Tingkatan 1 Secara Online

Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan Satu (1) meliputi tarikh dan applikasi semakan serta panduan rayuan.

Tarikh Penting Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2024

  • Tarikh Buka : 1 Mac 2024
  • Tarikh Tutup : 18 Mac 2024

*Nota : Tarikh adalah Rasmi seperti diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

e-Rayuan SBP : Dibuka dari tarikh yang sama seperti tarikh mula keputusan  diumumkan dan hanya dibuka untuk murid yang telah menduduki Pentaksiran Sek Khusus sahaja.

Pelajar adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di applikasi e-perkhidmatan berkala di http://www.moe.gov.my/ dalam mendapatkan maklumat terkini semakan.

Semakan Layak Menduduki Pentaksiran Sekolah Khusus

Pelajar boleh check pusat ujian SK bermula 25 September 2023 hingga 27 Oktober 2023 menerusi pautan panduan berikut:

Tarikh Ujian Pentaksiran Sekolah Khusus 2023

Tarikh ujian adalah pada

  1. Tingkatan 1: 16 hingga 27 Oktober 2023
  2. Tingkatan 4: 2 hingga 13 Oktober 2023

Applikasi Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1

Keputusan boleh disemak secara atas talian atau online di

Arahan Kepada Pemohon Yang Berjaya

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. SBP berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SBP.

e-Rayuan SBP 2024 Tingkatan 1

Pemohon yang gagal mendapat tempat di SBP boleh membuat e-Rayuan, tetapi ianya bergantung pada kekosongan tempat.

e-Rayuan akan mula dibuka bersamaan tarikh pengumuman penawaran kepada murid yang berjaya iaitu selewat-lewatnya pada 18 Mac 2024.

Cara Membuat e-Rayuan secara online Dan Cara Menyemak Keputusan e-Rayuan

1. Calon yang telah membuat application atas talian kali pertama dan telah menduduki Ujian tetapi Tidak Berjaya: (akan dikemaskini)

  • Masuk ke laman sesawang: SPSKT1
  • Langkah seterusnya akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan
  • Klik sistem semakan Tawaran ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
  • Masukkan angka giliran UPSR/ PT3
  • Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
  • Klik pada e-rayuan
  • Hantar.

2. Calon yang tidak membuat application atas talian kali pertama tetapi ingin memohon:

  • Masuk ke laman sesawang: Semakan SBP 2019
  • Klik sistem semakan tawaran ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
  • Masukkan angka giliran UPSR/ PBS
  • Masukkan maklumat yang diminta seperti alamat rumah dan catatan
  • Klik pada e-rayuan
  • Hantar

Keputusan e-Rayuan SBP akan diumumkan pada 9 April 2024. Tahun 2023: 20 April 2023, jam 3.00 petang

Semakan Keputusan Dan Tawaran SBP 2024 Tingkatan 4 Secara Online

Cara Semak Keputusan Dan Tawaran SBP 2024 Tingkatan 4 Online. Bila tarikh semakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 4 ambilan tahun 2024? Panduan buat murid Tingkatan 3 yang telah membuat application ke SBP 2024 Tingkatan 4 yang ditutup pada 17 September 2023. Menurut FAQ SBP 2024, Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2024 secara online akan diumumkan selewat-lewatnya pada 1 Mac 2024. Kebiasaannya, semakan tawaran adalah selepas keputusan PT3 diumumkan.

Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu (1) SBP juga akan diumumkan tarikh yang ditetapkan. e-Rayuan SBP 2023 untuk pelajar yang gagal dalam mendapat tawaran akan dibuka pada tarikh yang sama dengan keputusan SBP diumumkan.

Untuk rujukan pelajar Tingkatan 3, berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan Empat (4) meliputi perkongsian tarikh dan applikasi semakan serta panduan membuat rayuan.

Tarikh Penting Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2024

  • Tarikh Buka : 1 Mac 2024
  • Tarikh Tutup : 18 MAc 2024

*Nota : Tarikh rasmi akan diumumkan oleh KPM

e-Rayuan SBP 2024 adalah pada tarikh yang sama seperti tarikh semakan keputusan diumumkan.

Pelajar adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di applikasi e-perkhidmatan berkala di http://www.moe.gov.my/ dalam mendapatkan maklumat terkini tarikh dan panduan semakan.

Applikasi Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4

Keputusan SBP Form 4 2024 boleh disemak secara atas talian atau online di applikasi semakan

Arahan Kepada Pemohon SBP Yang Berjaya

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. SBP berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SBP.

e-Rayuan SBP 2024 Tingkatan 4

Pemohon yang gagal mendapat tempat di SBP boleh membuat e-Rayuan, tetapi ianya bergantung pada kekosongan tempat. e-Rayuan akan mula dibuka bersamaan tarikh pengumuman penawaran kepada murid yang berjaya.

Cara Buat Rayuan SBP Tingkatan 4

1. Calon yang telah membuat application atas talian kali pertama tetapi Tidak Berjaya: (akan dikemaskini) 

  • Masuk ke laman sesawang: SPSKT4
    • Langkah seterusnya akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan
    • Klik semakan tawaran ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
    • Masukkan angka giliran UPSR/ PT3
    • Masukkan maklumat yang diminta seperti alamat rumah dan catatan
    • Klik pada e-rayuan
    • Hantar

2. Keputusan Rayuan

Semakan Tawaran Penempatan ke Tingkatan Empat (4) Rayuan SBP Tahun 2024 secara dalam talian boleh di semak bermula 9 hingga 27 April 2024. Klik pautan berikut untuk membuat semakan :-

Selamat membuat Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 & 4 2024 secara Online. Moga hasrat anda untuk menyambung pelajaran menengah Tingkatan Satu ke Sekolah Berasrama Penuh tercapai. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran penempatan ke Form 1 Sekolah Berasrama Penuh.

Related : rayuan sbp tingkatan 1, untuk mendapatkan, semakan keputusan rayuan,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *