Senarai Aliran SBP Dan Mata Pelajaran Tingkatan 1 & 4. Jurusan yang terdapat di sekolah berasrama penuh beserta pakej mata pelajaran.

Senarai Aliran SBP Dan Mata Pelajaran Tingkatan 1 & 4

Menyambung pelajaran di sekolah menengah iaitu di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah salah satu pilihan terbaik buat ramai pelajar. SBP adalah salah satu sekolah yang terbaik di Malaysia. Kepada pelajar yang berminat, apakah Senarai Aliran SBP Dan Mata Pelajaran yang ditawarkan di Tingkatan 1 Dan 4?

Selain SBP, pelajar lepasan UPSR dan PT3 tahun semasa juga mempunyai pilihan untuk menyambung pelajaran ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) untuk kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Pelajar yang cemerlang boleh membuat application sekitar bulan Ogos setiap tahun. Bermula ambilan tahun 2018, Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) akan diperkenalkan sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP. Terkini mulai 2020, kemasukan ke SBP wajib menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

Senarai Aliran SBP Dan Mata Pelajaran Tingkatan 1 Dan 4

Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran Yang Ditawarkan Di SBP Tingkatan 1 Dan 4

Berikut dikongsikan Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran yang ada ditawarkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 Dan 4 meliputi jenis aliran dan senarai mata pelajaran yang ditawarkan

A. Tingkatan 1 (Satu)

Mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Satu SBP yang mempunyai 3 aliran iaitu Sains, Agama dan KBT (TMUA) adalah seperti berikut :-

Senarai Aliran SBP Tingkatan 1

1. SAINS

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik
  • Sains
  • Geografi
  • Asas Sains Komputer / Rekabentuk Teknologi
  • Bahasa Antarabangsa: (*Pilihan: Bahasa Arab Komunikasi / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi / Bahasa Korea)

2. AGAMA

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • B. Arab
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Geografi
  • Asas Sains Komputer / Rekabentuk Teknologi
  • Bahasa Antarabangsa: (*Pilihan: Bahasa Jepun/ Bahasa Perancis /Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi)

3. KBT (TMUA)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • B. Arab
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Geografi
  • Asas Sains Komputer / Rekabentuk Teknologi
  • Hifz Al-Quran
  • Maharat Al-Quran
  • Bahasa Antarabangsa: (*Pilihan: Bahasa Jepun/ Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi)

B. Tingkatan 4 (Empat)

Mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Empat (4) SBP adalah seperti berikut. Terdapat 4 aliran iaitu Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama Ikhtisas dan Tahfiz-Sains (TMUA).

Senarai Aliran SBP Tingkatan 4

1. SAINS TULEN

  • B. Melayu
  • B. Inggeris
  • Sejarah
  • Pend. Islam / Pend. Moral
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi dan / atau tanpa
  • Mata pelajaran elektif (Bahasa Arab, Pendidikan Seni Visual, Prinsip Perakaunan)

2. SAINS TULEN AGAMA

  • B. Melayu
  • B. Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • B. Arab
  • Pend. AlQuran dan Sunnah
  • Pend. Syariah Islamiah
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi

3. AGAMA IKHTISAS

  • B. Melayu
  • B. Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • Sains
  • B. Arab
  • Matematik Tambahan
  • Pend. AlQuran dan Sunnah
  • Pend. Syariah Islamiah
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi

4. TAHFIZ-SAINS (TMUA)

  • B. Melayu
  • B. Inggeris
  • Sejarah
  • Pend. Islam
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Bahasa Arab
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Hifz Al-Quran
  • Maharat Al-Quran

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada info berikut :-

Semoga perkongsian Senarai Aliran SBP Dan Mata Pelajaran Tingkatan 1 Dan 4 bermanfaat buat pelajar. Selamat membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan moga berjaya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *