in

Soalan Lazim Permohonan SBP 2020 (FAQ)

Pasti ramai pelajar (pemohon) dan ibu bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut maklumat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ambilan tahun 2020 untuk Tingkatan 1 dan 4. Berikut dikongsikan Soalan Lazim Permohonan SBP 2020 atau FAQ pengambilan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh.

Maklumat yang dikongsikan termasuk cara membuat permohonan SBP secara atas talian/ online, tarikh permohonan dibuka dan ditutup, syarat pemilihan murid, semakan keputusan dan e-rayuan SBP.

Soalan Lazim Permohonan SBP

FAQ Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2020

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Soalan Lazim Permohonan Kemasukan SBP 2020 untuk Tingkatan 1 dan 4 untuk rujukan semua.

Nota :

  1. Soalan UKSBP adalah berasaskan kepada IQ, EQ, SQ dan pengetahuan am.
  2. Sila bawa kad pengenalan pemohon dan Slip Menduduki UKSBP yang dicetak dari laman sesawang semakan UKSBP

Soalan Lazim Permohonan SBP Tingkatan 1 Dan 4 2020

1. Bagaimanakah cara untuk memohon ke SBP?

  • Permohonan kemasukan ke SBP boleh dibuat secara on-line sepenuhnya melalui laman sesawang www.moe.gov.my.

2. Siapakah yang boleh memohon?

  • Murid Tahun Enam 2019 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan.
  • Murid Tingkatan Tiga 2019 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.

3. Bolehkan murid Tingkatan Dua, Empat dan Lima memohon?

  • SBP hanya menawarkan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat sahaja.

4. Bilakah permohonan SBP mula dibuka? Soalan Lazim Permohonan SBP

  • Permohonan ke Tingkatan 1 SBP : 27 Ogos 2019 hingga 27 September 2019
  • Permohonan ke Tingkatan 4 SBP : 27 Ogos 2019 hingga 27 September 2019

5. Bolehkah permohonan dilakukan sebelum keputusan UPSR/ PT3 diumumkan?

  • Pemohon boleh memohon sebelum keputusan UPSR/ PT3 diumumkan.

6. Bagaimana cara untuk akses sistem permohonan?

  • Pemohon hanya perlu memasukkan nombor angka giliran n UPSR/PT3 dan nombor kad pengenalan untuk mengakses sistem.

7. Sekiranya akses disekat, apa yang perlu dilakukan?

  • Pemohon perlu merujuk pihak sekolah untuk mengemaskini maklumat dalam APDM.

8. Apakah syarat pemilihan murid ke SBP?

Pemilihan Murid Tingkatan 1:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  3. Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  4. Cemerlang akademik
  5. Aktif dalam kokurikulum.

Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
  3. Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  4. Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya
    Gred C bagi mata pelajaran yang lain).
  5. Lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS).
  6. Aktif dalam kokurikulum.

9. a) Bagaimana cara untuk memohon ke SBP yang menawarkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA – Tahfiz Model Ulul Albab)?

  • Calon masih perlu mengisi permohonan secara online.

b) Apakah syarat untuk terpilih ke SBP KBT (TMUA)?

  • Calon yang memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan memperoleh Gred A bagi Quran dan Jawi layak dipertimbangkan. Calon yang telah dikenalpasti ini akan dipanggil untuk ditemuduga selepas keputusan UPSR diumumkan.

10. Selepas cetakan, beberapa kesalahan maklumat didapati dalam permohonan. Apa yang perlu dilakukan?

  • Pemohon masih boleh mengemaskini permohonan sehingga tarikh akhir tutup permohonan. Tiada had dalam proses kemaskini. Hanya cetakan terakhir pemohon yang diperakukan secara atas talian dipertimbangkan sebagai permohonan yang sah.

11. Adakah pemohon perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan dalam Kokurikulum?

  • Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan sijil tersebut kepada BPSBPSK kerana maklumat penglibatan murid di dalam aktiviti Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

UKSBP (Soalan Lazim Permohonan SBP)

12. a) Apakah yang dimaksudkan dengan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP)?

  • UKSBP adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada semua murid yang berjaya memohon sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan 4 (Empat). UKSBP akan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Tiada ujian ulangan akan dilaksanakan sekiranya pemohon gagal untuk menduduki ujian tersebut.

b) Apakah kesan UKSBP kepada peluang murid untuk ditawarkan ke SBP?

  • Murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP.

c) Adakah murid yang tidak berjaya/ tidak menduduki UKSBP masih berpeluang untuk ditawarkan ke SBP?

  • Murid yang tidak mengambil/ tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.

d) Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan kelayakan menduduki UKSBP?

  • Semua murid boleh menyemak tarikh, masa dan pusat UKSBP yang ditetapkan melalui laman sesawang (seperti perkara 1) pada 04 Oktober 2019 bagi Tingkatan 1 (Satu) dan pada 11 Oktober 2019 bagi Tingkatan 4 (Empat).

e) Dimanakah dan bilakah UKSBP akan dijalankan?

  • UKSBP untuk Tingkatan 1 (satu) akan dijalankan serentak di semua pusat yang telah ditetapkan. Tarikh ujian adalah pada 14 hingga 18 Oktober 2019.
  • UKSBP untuk Tingkatan 4 (empat) akan dijalankan serentak di semua pusat yang telah ditetapkan. Tarikh ujian adalah pada 21 hingga 24 Oktober 2019.

Tarikh Semakan Keputusan SBP 2020

13. Bilakah keputusan pemilihan dan penempatan ke SBP dapat diketahui?

  • Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu SBP diumumkan selewat-lewatnya 20 Disember 2019.
  • Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Empat SBP diumumkan selewat-lewatnya 14 Januari 2019.

Rayuan SBP

14. Adakah murid yang tidak memohon pada tarikh yang ditetapkan masih berpeluang ke SBP?

  • Murid yang tidak membuat permohonan secara online dan terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan walaupun telah membuat e-rayuan kerana tidak menduduki UKSBP

15. Bilakah e-Rayuan dibuka?

  • e-Rayuan mula dibuka pada tarikh pengumuman keputusan ke SBP ambilan pertama.

16. Bagaimanakah mengisi permohonan e-Rayuan secara online dan cara menyemak e-Rayuan?

Calon yang telah membuat permohonan dalam talian tetapi Tidak Berjaya dan calon yang tidak pernah membuat permohonan dalam talian tetapi ingin memohon:

  1. Masuk ke laman sesawang: www.moe.gov.my .
  2. Klik semakan ke SBP Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.
  3. Masukkan angka giliran UPSR/ PT3.
  4. Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
  5. Klik pada e-rayuan.
  6. Hantar.

17. Bolehkah pemohon yang gagal mendapat tempat menukar SBP pilihan apabila membuat e-Rayuan?

  • Boleh. Walau bagaimanapun, penawaran bergantung kepada kekosongan tempat.

Cara Semakan Keputusan SBP 2020 (Soalan Lazim Permohonan SBP)

18. Bagaimanakah semakan keputusan ke SBP boleh dibuat?

Semakan boleh dibuat melalui :

  1. Laman sesawang KPM; www.moe.gov.my
  2. Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, KPM
  3. Talian hotline BPSBPSK : 03-8321 7400

19. Apa yang perlu dibuat sekiranya murid berjaya mendapat tempat di SBP?

  1. Murid yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan.
  2. Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.
  3. Sekiranya maklumat tidak lengkap/ tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan/ menolak pendaftaran tersebut.

20. Apabila semakan status keputusan permohonan ke SBP dilakukan, mesej yang tertera menyatakan rekod permohonan tiada dalam sistem. Mengapakah perkara ini berlaku?

  • Setiap permohonan perlu ‘Klik’ Sah & Hantar supaya dapat disimpan di dalam sistem. Cetakan perlu dibuat sebagai rujukan pemohon.

21. Adakah pertukaran murid antara SBP dibenarkan?

  • Tawaran ini adalah muktamad. Sebarang permohonan untuk bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh lain tidak akan dipertimbangkan.

22. Bolehkah murid menukar aliran?

  • Sebarang pertukaran aliran mata pelajaran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan.

23. Bilakah tarikh pendaftaran ke SBP?

  • Murid perlu mendaftar dalam masa 7 hari dari tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran. Tawaran akan terbatal sekiranya murid tidak mendaftar dalam masa yang ditetapkan.

24. Benarkah seorang murid hanya ditawarkan satu tempat sahaja sama ada SBP atau MRSM?

  • Tidak. Setiap calon boleh menerima tawaran kemasukan sama ada dari KPM atau MARA. Sekiranya pemohon mendapat dua tawaran dan mendaftar di MARA, maka tawaran ke SBP adalah terbatal

25. Apakah pakej mata pelajaran dan aliran yang ditawarkan di SBP?

  • a. Mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Satu SBP
  • b. Pakej aliran mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Empat SBP

Klik Senarai Aliran dan mata pelajaran

Sumber FAQ SBP

Selamat membuat permohonan kemasukan ke SBP 2020 Tingkatan 1 dan 4 secara online. Semoga maklumat Soalan Lazim Permohonan SBP 2020 (FAQ) ini boleh dijadikan panduan buat para pelajar.

14 Comments

Leave a Reply
  1. Assalamualaikum. Jika calon tiada berada dlm negara semasa tempoh UKSBP dijalankan kerana bercuti ke luar negara bersama keluarga. Adakah calom tersebut dibenarkan menduduki ujian tersebut semula ataupum perlukah rayuan dibuat? teria kasih

  2. Assalamualaikum. Ini pertama kali diadakan ujian saringan utk kemasukan SBP. Apakah soalan2 yang bakal ditanya dengan murid semasa session ujian saringan tersebut?

  3. Assalamualaikum…bolehkah untuk menukar pusat uksbp lain yg berdekatan,sekiranya ibubapa trpaksa outstation pd tarikh yg dtetapkan..

  4. jika calon tidak berada di sini semasa tarikh ujian saringan dijalankan…bagaimanakah cara atau peluang utk calon menduduki ujian berkenaan

  5. Assalamualaikum..

    (1) Anak saya telah memohon SBP dan MRSM dan sekarang telah mendapat tawaran utk menduduki UKSBP. Sekiranya anak saya berjaya mendapat peluang ke SBP adakah dia masih akan di beri tawaran juga oleh MARA.

    (2) Adakah UKSBP sama dengan Ujian untuk kemasukan ke MRSM?

  6. Bagaimana pula dengan murid yang cemerlang dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina? Adakah mereka dapat memohon SBP juga?

  7. Assalamualaikum wb
    Saya telah mengisi permohonan dan hanya menekan butang SIMPAN dan tidak mencetak borang permohonan. Adakah ia dikira sebagai permohonan yang sah atau tidak ?

    • Pemohon masih boleh mengemaskini permohonan sehingga tarikh akhir tutup permohonan. Tiada had dalam proses kemaskini. Hanya cetakan terakhir pemohon yang diperakukan secara atas talian sebelum tarikh tutup permohonan akan dipertimbangkan sebagai permohonan yang sah

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Skema Jawapan Nasionalisme Di Malaysia

Skema Jawapan Nasionalisme Di Malaysia

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 9 Perkembangan Di Eropah

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 9 Perkembangan Eropah