Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2024/ 1445H Malaysia, Seluruh umat Islam di Malaysia akan menunaikan ibadah puasa bulan awal 1 Ramadan 1445 Hijrah

Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2024/ 1445H Malaysia

Tarikh Mula Berpuasa Bulan Ramadhan 2024 Di Malaysia. Bilakah tarikh mula Puasa Ramadhan tahun ini? Untuk makluman, tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan untuk tahun 2024 bersamaan 1445 Hijrah di Malaysia akan diumumkan oleh penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada tarikh yang akan dikemaskini melalui radio dan televisyen utama sekitar jam 800 malam.

Pengumuman mula puasa akan dilakukan selepas tamatnya program cerapan/ melihat anak bulan Ramadan di lokasi-lokasi mencerap di seluruh Malaysia pada petang 10 Mac 2024, 29 Syaaban 1445 Hijrah). Cara penetapan tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan adalah berdasarkan kepada rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan cara matematik dan astronomi).

Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2019 - Awal Ramadhan 1440H

Tarikh Permulaan Puasa Bulan Ramadhan Tahun 2024/ 1445H Di Malaysia

Merujuk kepada tarikh-tarikh penting Islam 2024 yang diterbitkan oleh JAKIM. Tarikh mula Puasa Ramadhan 2024 untuk seluruh negeri di Malaysia adalah pada tarikh berikut :-

TARIKH MULA PUASA RAMADHAN 2024/ 1445H

  • HARI SELASA, 12 MAC 2024 (1 RAMADHAN 1445H) *

* Tarikh yang tepat (RASMI) telah diumumkan oleh Pemohon Mohor Raja-Raja pada 10 Mac 2024 (Jam 800 malam)

** Awal Ramadhan adalah hari cuti umum buat Negeri Kedah, Johor dan Melaka

Tarikh Dan Tempat Melihat Anak Bulan Ramadhan 1445H

Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia adalah pada tarikh yang akan dikemaskini bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dalam satu kenyataan. Menyatakan bahawa tempat melihat anak bulan Ramadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan adalah di 15 kawasan terpilih seluruh Malaysia bagi tahun 2021. Bagi tahun 2024 akan dikemaskini.

Tempat melihat anak bulan adalah di lokasi berikut :-

  1. Pontian Kecil di Johor
  2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka
  3. Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan)
  4. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor)
  5. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong (Perak)
  6. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang)
  7. Menara Alor Setar (Kedah)
  8. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu (Terengganu)
  9. Menara Bangunan SEDC di Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Bharu (Kelantan)
  10. Teluk Bandung, Kuching (Sarawak)
  11. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah)
  12. Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang)
  13. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa (Labuan)
  14. Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
  15. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Pengisytiharan Pengumuman Hari Mula Puasa 2024 Ramadhan

Ikuti Pengisytiharan Puasa 1445H/ 2024M oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad di saluran RTM sekitar jam 800 malam pada 10 Mac 2024.

Tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2024/ 1445H-1446H Di Malaysia adalah seperti berikut :-

TARIKH HIJRI 1445TARIKH MILADI (2024)HARI KEBESARAN/ PERAYAAN ISLAM
 27 Rejab8 FebruariIskraj Mikraj
 1 Ramadhan *12 MacAwal Ramadhan/ Tarikh Mula Puasa 2024
 17 Ramadhan28 MacNuzul Al-Quran
 1 Syawal *10 AprilHari Raya Puasa/ Aidilfitri
 1 Zulhijjah8 JunAwal Zulhijjah
 10 Zulhijjah *17 JunHari Raya Qurban/ Aidiladha
 1 Muharram 1446H7 JulaiAwal Muharram/ Maal Hijrah
 12 Rabiulawal 1446H16 SeptemberMaulidur Rasul
 Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. SUMBER : JAKIM

Diucapkan Selamat Berpuasa Ramadhan untuk semua. Moga amalan kita diterima oleh Yang Maha Esa.

Related : panel pakar falak ppf jabatan kemajuan islam malaysia jakim, islam tahun 2024 1445-1446h, tarikh penting dalam islam, awal ramadan,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *