in

Pendaftaran Skim Perlindungan Nasional B40 Bermula 1 Januari 2019

Berita baik buat golongan berpendapatan rendah yang dikategorikan di bawah kumpulan B40, anda berpeluang mendapat bantuan perlindungan insurans dan takaful kesihatan daripada pihak kerajaan. Menteri Kewangan melalui pembentangan Belanjawan 2019 telah mengumumkan penawaran Skim Perlindungan Nasional B40 secara percuma kepada mereka yang berkelayakan. Berikut dikongsikan cara untuk membuat pendaftaran Skim Perlindungan Nasional B40 bagi tahun 2019.

Skim Perlindungan Nasional B40 menawarkan perlindungan kesihatan secara percuma kepada penerima yang layak bagi 36 jenis penyakit kritikal seperti jadual yang disediakan di bawah. Skim ini akan membantu penerima bantuan untuk menjalani rawatan hospital yang berkemungkinan menjejaskan aliran pendapatan isi rumah mereka. Dengan peruntukan sebanyak RM2 Bilion sebagai dana permulaan, skim bantuan ini dijangka akan memberi faedah kepada 4.1 juta isi rumah B40 yang ada di Malaysia.

Pendaftaran Skim Perlindungan Nasional B40 2019 online

Jenis Bantuan Skim Perlindungan Nasional B40

Bantuan yang diberikan dalam Skim Perlindungan Nasional B40 ini termasuklah:

  1. Bayaran sehingga had maksimum RM8,000 yang diagihkan dalam tempoh masa yang akan diumumkan.
  2. Bayaran harian untuk tempoh maksimum 14 hari setiap tahun pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun sebagai pendapatan gantian semasa rawatan hospital.

Skim ini dianggarkan akan menawarkan perlindungan perubatan selama 5 tahun untuk kumpulan yang disasarkan. Kumpulan sasaran tersebut adalah golongan isi rumah B40 yang merupakan individu berumur di antara 18 hingga 55 tahun.

Pendaftaran Skim Perlindungan Nasional B40 2019 Secara Online

Menurut siaran media yang dikeluarkan Kementerian Kewangan pada 28 Disember 2018, perlindungan skim ini akan bermula pada 1 Januari 2019. Walau bagaimanapun, pendaftaran dan perkhidmatan sokongan pelanggan akan mula beroperasi pada 1 Mac 2019. Pendaftaran (permohonan) secara atas talian/ online boleh dilakukan tanpa menggunakan borang kertas dan tidak perlu melakukan pemeriksaan perubatan untuk mendapatkan pengesahan kelayakan.

  • Tarikh Pendaftaran Skim Perlindungan Nasional : 1 Mac 2019
  • Aplikasi Pendaftaran Online : Akan dikemaskini
  • Makluman Status Pendaftaran : Semua penerima yang berkelayakan mendapat skim ini akan dimaklumkan menggunakan sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

NOTA: Maklumat atau keterangan lanjut mengenai pelaksanaan dan mekanisme skim ini akan dihuraikan ketika pelancaran secara rasmi yang akan diadakan pada awal tahun 2019.

36 JENIS PENYAKIT KRITIKAL YANG DILINDUNGI BAWAH SKIM PERLINDUNGAN NASIONAL B40

1. Penyakit Alzheimer / Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
3. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
4. Kepekakan / Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
5. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang 
6. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
7. Meningitis Bakteria 
8. Tumor Otak Benigna
9. Buta / Hilang Penglihatan Sepenuhnya 
10. Pembedahan Otak
11. Kanser 
12. Kardiomiopati Teruk
13. Anemia Aplasia Kronik
14. Koma
15. Ensefalitis/encephalitis
16. Kegagalan Hati Tahap Akhir 
17. Penyakit Paru-Paru
18. AIDS Peringkat Teruk
19. Hepatitis Virus Fulminan
20. Serangan Jantung
21. Pembedahan Injap Jantung
22. HIV Akibat Transfusi Darah
23. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
24. Hilang Pertuturan
25. Trauma Kepala Utama
26. Pemindahan Organ Utama/ Sum
27. Penyakit Neuron Motor
28. Sklerosis Berbilang
29. Distrofi Otot
30. Kelumpuhan / Paraplegia
31. Penyakit Parkinson
32. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
33. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
34. Strok
35. Pembedahan Aorta
36. Pelecuran Tahap Ketiga

Skim sebegini adalah kali pertama dilaksanakan dalam sejarah Malaysia. Ianya adalah salah satu daripada janji Manifesto Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) iaitu untuk memperluas akses pekhidmatan kesihatan kepada rakyat yang memerlukan, mengurangkan beban kos sara hidup serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Maklumat Lanjut Pendaftaran Skim Perlindungan Nasional Bermula 1 Januari 2019

Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran Skim Perlindungan Nasional B40 akan dikemaskini dari masa kesemasa. Anda juga boleh merujuk kepada Facebook Kememterian Kewangan Malaysia untuk maklumat terkini Skim kesihatan untuk golongan berpendapatan rendah ini.

Semoga langkah yang diambil kerajaan dalam menubuhkan jaringan keselamatan sosial bagi aspek perlindungan insuran dan takaful kesihatan untuk golongan berpendapatan rendah secara percuma ini akan mendapat sambutan dan faedah dalam masyarakat. Semoga perkongsian ini juga menjadi manfaat dan panduan buat penerima yang bakal mendapat Skim Perlindungan Nasional B40.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semakan Rebat Bil Elektrik RM40 Online

Semakan Rebat Bil Elektrik RM40 Online

Permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat Selangor 2019 Online

Permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat 2019 Online