Permohonan IPG 2024 Online calon guru lepasan SPM, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dahulunya Maktab Perguruan.

Permohonan IPG 2024 Online PISMP Lepasan SPM

Bilakah tarikh permohonan guru untuk menyambung pengajian ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) tahun 2024 dibuka? Perhatian buat pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru atau cikgu. Permohonan IPG online untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ambilan 2024 akan dibuka pada 14 Mac hingga 15 April 2024. Pemohon yang berminat adalah dinasihatkan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia KPM untuk mendapatkan maklumat terkini permohonan yang boleh dibuat secara dalam talian/ online.

Program PISMP adalah dikhususkan untuk melatih bakal guru di IPG dalam pelbagai bidang pengkhususuan untuk keperluan di sekolah rendah. Permohonan bermula tahun 2024 adalah secara atas talian/ online melalui laman web PISMP.

Permohonan IPG 2023 online pismp

Permohonan PISMP 2024 Online Institut Pendidikan Guru Malaysia (Permohonan IPG)

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan dalam membuat permohonan PISMP 2024 secara online. Maklumat yang dikongsikan termasuk apa itu PISMP, tarikh penting permohonan termasuk UKCG, applikasi permohonan, tarikh penting dan check pemohon berjaya.

A. Apa Itu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)?

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

1. Pemohon dikehendaki untuk mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau tiga (3) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

B. Tarikh Penting Permohonan IPG Online Ambilan 2024

Pelajar lepasan SPM yang berkelayakan boleh membuat permohonan Calon Guru PISMP 2024 (Ijazah Sarjana Muda Perguruan) seperti ketetapan berikut :-

  • Tarikh Buka: 14 Mac 2024
  • Tarikh Tutup: 15 April 2024
  • Ambilan Kedua: –

Sebagai perbandingan dan rujukan berikut adalah tarikh permohonan PISMP untuk tahun-tahun sebelumnya.

i) Tarikh Buka

2023 : 15 Mac 2023

2022 : 15 Mac 2022

2021 : 15 Mac 2021

2020 : 24 Februari 2020

2019 : 19 Mac 2019

2018 : 13 Mac 2018

ii) Tutup Permohonan

2023 : 14 April 2023

2022 : 15 April 2022

2021 : 15 April 2021

2020 : 31 Mac 2020

2019 : 25 Mac 2019 (1150 malam)

2018 : 28 Mac 2018 (1159 malam)

Berikut adalah ringkasan tarikh-tarikh penting atau kalendar aktiviti bagi Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Ambilan 2024:

C. Pendaftaran Permohonan IPG 2024 Online

Seperti yang diumumkan oleh BPKP Jabatan Pendidikan Tinggi iaitu jabatan yang bertanggungjawab menguruskan permohonan pelajar ke IPG mulai sesi 2024/2025, calon perlu membuat permohonan melalui PISMP seperti berikut:-

Nota : Tarikh 2024 adalah seperti di paparkan di Kalendar Aktiviti IPG.

1. 11 Mac 2024 : Iklan permohonan PISMP Ambilan 2024

2. 14 Mac 2024 : Permohonan secara online  di buka

3. 15 April 2024 : Permohonan PISMP ditutup (Laluan calon perdana)  – pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup

4. 15 – 19 April 2024 / 22 – 26 April 2024 : Pelaksanaan e-UKCG (Portal PISMP)

5. 3 – 9 Jun 2024 : Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP

6. ? : Permohonan baru ambilan kedua (Hanya bagi calon SPM yang belum memohon PISMP 2024)

7. ? : e-UKCG ambilan kedua

8. 13 Jun 2024 : Result e-UKCG, Check Calon Layak Temu Duga serta Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)

9. 1 – 5 Julai 2024/ 8 – 12 Julai 2024 : Pelaksanaan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) dan temuduga bersemuka secara fizikal

10. 24 Julai 2024 : Check status pemohon yang berjaya ke IPG 2024

11. ?: Pendaftaran calon di IPG. Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Mengikuti Pengajian di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran

Maklumat permohonan akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dari Portal Rasmi KPM.

D. Borang Permohonan IPG 2024 Online

Permohonan PISMP 2024 boleh dibuat secara online dengan mengakses applikasi permohonan di bawah ini :-

Applikasi permohonan : PISMP

E. Kursus/ Program Yang Ditawarkan

Untuk tahun 2024, program yang ditawarkan adalah :-

i) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) Ambilan 2024 (Lulusan SPM 2021, 2022 & 2023)

ii) Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Ke Luar Negara Pendidikan Islam ambilan 2024 (Calon SPM 2023)

F. Maklumat Permohonan

Sebagai rujukan berikut adalah maklumat requirement kemasukan IPG dan kelayakan khusus serta bidang pengkhususan yang ditawarkan

CALON PERDANA

i) Kelayakan Umum

1. Warganegara Malaysia

2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2004

3. Sihat tubuh badan

4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

ii) Kelayakan Akademik

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang. Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.

2. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:

i. Bahasa Melayu;

ii. Bahasa Inggeris, dan

iii. Sejarah.

3. Memenuhi kelayakan bidang pengkhususan (Rujuk kelayakan bidang pengkhususan dalam permohonan online).

CALON MURID MBK

i) Kelayakan Umum

1. Umur tidak melebihi 22 tahun pada 30 Jun 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2004

2. Sihat tubuh badan (tidak termasuk konteks ketidakupayaan dan tertakluk pada pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Bil.2/2017)

3. Boleh mengurus diri sendiri

4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

5. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

ii) Kelayakan Akademik

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam 6 mana-mana mata pelajaran termasuklah

i. Bahasa Melayu; dan

ii. Bahasa Inggeris

2. Sekurang-kurangnya lulus di peringkat SPM mata pelajaran Sejarah

3. Memenuhi kelayakan bidang pengkhususan (Rujuk kelayakan bidang pengkhususan dalam permohonan online).

Calon Tidak Layak Memohon

Senarai calon yang tidak layak memohon PISMP adalah seperti berikut :-

1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.

3. Pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.

4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

G. Maklumat Lanjut Permohonan Memasuki IPG

Permohonan akan ditapis berdasarkan kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.

i) Nota Penting

Untuk makluman,

1. Permohonan calon akan ditapis berdasarkan kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.

Calon yang terpilih diwajibkan mejalani Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) secara online dan diwajibkan menyediakan rakaman video pengajaran serta menghantar link/ url menerusi portal PISMP

2. UJIAN KELAYAKAN CALON GURU ( UKCG) (SESI UJIAN BERTULIS ATAS TALIAN)

Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit secara online, Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangkasama yang ditetapkan. (Sekiranya calon tidak menduduki UKCG secara atas talian pada masa yang ditetapkan akan dikira gagal dalam peringkat saringan)

3. PENGHANTARAN VIDEO PENGAJARAN (PENGENALAN DIRI/ PENYATAAN HASRAT DAN SESI DEMONSTRASI PENGAJARAN/ BERCERITA)

Menghasilkan video pengajaran antara 6 ke 8 minit dan muat naik ke aplikasi Youtube. Rakaman video hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.

Hantar link/ URL video pengajaran ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan. Panduan dan cara penyediaan video pengajaran akan dimaklumkan hanya kepada calon yang berjaya dipanggil saringan eUKCG (Sekiranya calon tidak menghantar video pengajaran akan dikira gagal dalam peringkat saringan)

4. PEMILIHAN

Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada result UKCG, prestasi semasa sesi demonstrasi pengajaran dan skor merit serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

5. Calon yang telah menduduki UKCG dan menghantar video pengajaran dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPG KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bertulis kepada calon.

6. Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan UKCG, penghantaran link/ url video pengajaran dan juga tawaran mengikuti pengajian di institusi yang ditetapkan.

7. PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.

Sila rujuk Buku Panduan Program PISMP & PPC 2024 untuk maklumat lanjut.

ii) Laluan Menjadi Guru

Syarat kelayakan ipg maktab perguruan
Laluan Menjadi Seorang Guru Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah. Kredit Kaunselor Halatuju http://halatuju.com/mustaffabdullah/

iii) Cara Hubungi IPG

Sila hubungi alamat/ telefon berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)

No. Telefon : 03-8312 6731/6768/6760/6733/6693

emel : uppp.ipgm@gmail.com | uppp@ipgm.edu.my

Kepada lepasan SPM, diucapkan selamat membuat Permohonan online IPG tahun 2024 untuk program PISMP. Semoga hasrat anda untuk menjadi seorang guru atau cikgu tercapai. Langkah pertama mengejar impian bermula di Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Related : hantar link url vkf mengikut program ijazah sarjana muda perguruan pismp di institut pendidikan guru ipg yang ditetapkan oleh kementerian pendidikan malaysia kpm, 3 semester di ipg yang ditetapkan oleh kementerian pendidikan malaysia kpm, berumur tidak menduduki e ukcg secara dalam talian pada masa yang ditetapkan calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan, 12 semester di ipg yang ditetapkan oleh kementerian pendidikan malaysia kpm, skor merit dan kelulusan oleh ahli mesyuarat jawatankuasa kerja penajaan kpm, penawaran bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah, sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *