Permohonan MRSM 2024 Tingkatan 1 dan 4 Online, Cara mohon masuk maktab rendah sains mara Form 1 & 4 dan aplikasi online ewarta mara.

Permohonan MRSM 2024 Tingkatan 1 & 4 Online

Permohonan Ke MRSM 2024 Tingkatan 1 & 4 Secara Online. Perhatian buat pelajar Tahun 6 yang sepatutnya menduduki peperiksaan UPSR 2023 namun telah dibatalkan. Pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 (Form 1) ambilan 2024 boleh membuat Permohonan MRSM Tingkatan 1 2024 secara online. Juga dikongsikan maklumat permohonan MRSM Tingkatan 4 untuk pelajar lepasan Tingkatan 3.

Tarikh permohonan ke Tingkatan 1 MRSM 2024 – Maktab Rendah Sains MARA (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) boleh dirujuk di Laman Web Majlis Amanah Rakyat (MARA). Bagi ambilan tahun 2024, permohonan di buka dari 15 September 2023 sehingga tarikh tutup permohonan pada 20 Oktober 2023. Permohonan Tingkatan 4 (Empat) juga dibuka pada tarikh yang sama.

**List MRSM Seluruh Malaysia klik Maktab Rendah Sains MARA.

Permohonan MRSM Tingkatan 1 & 4 2023 Online

Permohonan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 2024 Tingkatan 1 Dan 4 Online

Berikut dikongsikan maklumat Permohonan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 2024 secara online. Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan ini mempelawa calon-calon berpotensi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah rupa diri serta akademik untuk memohon kemasukkan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2023.

Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar.

Menerusi maklumat terkini yang dikongsikan dari Facebook Rasmi MARA, permohonan MRSM ke Tingkatan 1 dan 4 boleh dibuat secara dalam talian bermula jam 10 pagi, pada tarikh yang telah dikongsikan menerusi laman web http://www.mara.gov.my.

Untuk ke MRSM kali ini, ianya mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Memasuki MRSM (UKKM) bagi menguji potensi calon dan minat, membabitkan subjek Matematik, Sains dan bahasa Inggeris serta ujian Keperibadian.

Bagi pemohon yang memohon program Ulul Albab, mereka diwajibkan menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan. Calon perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan memasuki MRSM.

Permohonan MRSM Tingkatan 1 2024 Secara Online

Umum ibu bapa sedia maklum yang Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ada menyediakan sistem pendidikan yang beteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti.

Pelajar tahun enam (6) yang sepatutnya menduduki peperiksaan UPSR tahun 2023 dan calon yang berminat, anda boleh membuat permohonan ke Tingkatan Satu (1) MRSM 2024 secara online.

Tarikh Permohonan Ke Tingkatan 1 MRSM 2024

  • Tarikh Buka: 15 September 2023
  • Tarikh Tutup: 20 Oktober 2023

*Nota : Tarikh adalah RASMI

Syarat Permohonan MRSM Tingkatan 1 2024

Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat khusus seperti di bawah:

1.Memiliki pencapaian akademik yang cemerlang,

2. Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.

3. Keutamaan diberikan kepada pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah

4. Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit

Syarat Umum Permohonan MRSM Tingkatan 1

Antara syarat umum yang perlu dilepasi oleh pemohon sebelum membuat Permohonan MRSM Tingkatan 1 2024 secara online adalah seperti berikut :-

1.Pemohon adalah warganegara Malaysia

2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia

3. Permohonan terbuka kepada calon yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2019 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

4. Pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Memasuki MRSM (UKKM)

5. Calon sihat tubuh badan, bebas daripada masalah mental, penyakit kronik sepert masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan – epilepsy dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan, membataskan serta menyukarkan pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum

6. Pelajar kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain

Panduan Permohonan MRSM Tingkatan 1 2024 Online

A. CARA MENDAPATKAN KATA LALUAN MELALUI ONLINE

Pemohon baru perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu untuk mendapatkan kata laluan permohonan secara atas talian (online) melalui laman web seperti berikut:-

Daftar Pengguna Baharu

Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon dan klik hantar

Seterusnya, lengkapkan nama, emel dan sekolah pemohon pada ruangan yang disediakan dan klik hantar

Satu mesej akan terpapar menandakan pendaftaran telah berjaya. Kata laluan akan dihantar kepada emel yang anda daftarkan sebelum ini.

Permohonan kata laluan adalah percuma.

B. CARA MENGISI BORANG PERMOHONAN ONLINE

Selepas mendapat kata laluan, pemohon mestilah mengisi borang permohonan online melalui laman web: Aplikasi Permohonan F1

Selepas log masuk, anda dikehendaki melengkapkan maklumat pemohon, maklumat ibu, bapa dan penjaga, maklumat pendapatan keluarga, maklumat pilihan program dan MRSM serta maklumat pilihan pusat ujian.

Pastikan anda memenuhi setiap maklumat yang dikehendaki kemudian tandakan pada ruangan perakuan sebagai pengakuan pemohon sebelum klik hantar.

Satu paparan mesej akan keluar menandakan permohonan anda berjaya

Nota Permohonan

Pemohon perlu mengisi nombor telefon bimbit dan emel yang boleh dihubungi untuk memudahkan penyaluran maklumat permohonan. Pelajar perlu memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan.

Pemohon perlu mengisi semua maklumat di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online dan dicetak. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat: http://www.mara.gov.my

C. ONLINE SELF-ASSESSMENT (OLSA)

Pemohon juga perlu menjawab OLSA bagi mata pelajaran Keperibadian dalam tempoh yang ditetapkan di pautan (link) yang akan diberikan dalam cetakan borang permohonan.

Tempoh mengisi borang permohonan online dan menjawab OLSA ialah mulai ^ Akan dikemaskini (19 September hingga 31 Oktober 2017).

D. UJIAN KECENDERUNGAN MEMASUKI MRSM (UKKM)

Bagi permohonan ke MRSM ambilan tahun 2024, calon diwajibkan untuk menduduki UKKM bagi menguji potensi dan minat calon. Untuk makluman pemohon, UKKM melibatkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta Ujian Keperibadian.

Manakala bagi pemohon Ulul Albab diwajibkan untuk menduduki Ujian Hafazan sebagai syarat tambahan. Pemohon perlu lulus semua UKKM untuk melayakkan diri ke pertimbangan memasuki MRSM.

Pemohon digalakkan untuk membuat permohonan lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah dan memudahkan urusan UKKM.

Check Panggilan : Ujian Khas MRSM Tingkatan 1

Maklumat lain adalah seperti berikut :-

Tempoh UKKM adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek

UKKM akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan

UKKM akan diadakan di antara bulan September hingga Disember 2023

Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip menduduki UKKM

Pemohon akan dimaklumkan berkaitan UKKM melalui SMS dan pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem atas talian

Sebarang pertanyaan atau maklumbalas boleh emel kepada pengambilanmrsm@mara.gov.my

D. UJIAN KHAS MENGIKUT PROGRAM

Pemohon yang memilih program SPMRSM ULUL ALBAB, SPMRSM CAMBRIDGE lGCSE dan SPMRSM TEKNIKAL perlu menduduki Ujian Khas yang telah ditetapkan. Panggilan untuk menduduki Ujian Khas ini akan dimaklumkan melalui emel dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Pemohon yang dipanggil untuk menduduki Ujian Khas mestilah membawa cetakan borang permohonan dan dokumen berkaitan yang telah disahkan ke pusat ujian.

E. MAKLUMAT TAMBAHAN PERMOHONAN FORM 1 MRSM

Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak dihantar secara online tidak akan dipertimbangkan.

Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga April 2024, permohonan dianggap tidak berjaya. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.

Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh lntegrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM. Keputusan Jawatankuasa Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Kelayakan Akademik

Boleh dirujuk pada syarat kelayakan dan syarat umum yang dinyatakan di atas.

Syarat kelayakan sebelum ini bermula sesi 2017 telah dilonggarkan kepada 3A dan 3B (calon Semenanjung) dan 3A 2B 1C (Calon Sabah dan Sarawak) dalam peperiksaan UPSR 2016. Syarat terdahulu adalah memperoleh keputusan 6A (permohonan semenanjung) dan minimum 3A 3B (A dalam subjek Matematik dan Sains dan tiada gred C, D dan E) – Permohonan Sabah & Sarawak dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2016

Cara Membuat Permohonan MRSM Tingkatan 4 2024 Online

Bilakah tarikh Permohonan MRSM Tingkatan 4 ambilan 2024 secara Online dibuka dan ditutup? Panduan buat pelajar Tingkatan 3 tahun 2023. Permohonan ke Tingkatan 4 MRSM 2023, Maktab Rendah Sains MARA akan di buka pada 15 September sehingga 20 Oktober 2023 yang telah diumumkan oleh MARA.

Untuk makluman, Tarikh peperiksaan PT3 telah dibatalkan. Oleh itu, didapati pelajar mempunyai masa yang cukup untuk membuat permohonan sebelum tarikh tutup. MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti.

Permohonan MRSM Tingkatan 4 2022

MARA mempelawa pelajar TlNGKATAN TIGA 2023 yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri dan akademik untuk ke MRSM tingkatan 4 tahun 2024. Keutamaan adalah diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar. Berikut dikongsikan maklumat permohonan ke MRSM Tingkatan 4 2024 secara online.

Tarikh Permohonan Ke Tingkatan 4 MRSM 2024

  • Tarikh Buka : 15 September 2023
  • Tarikh Tutup: 20 Oktober 2023

*Nota : Tarikh adalah RASMI

Syarat Kelayakan Memohon MRSM Tingkatan 4

Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan umum dan akademik seperti di bawah:

1.Pemohon mestilah warganegara Malaysia

2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia

3. Calon menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2020 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometerik (PPsi)

4. Pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Memasuki MRSM (UKKM).

5. Calon sihat tubuh badan, bebas daripada masalah mental, penyakit kronik seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan – epilepsy dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan, membataskan serta menyukarkan pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum

6. Pelajar kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain

7. Calon mestilah berminat belajar di MRSM

8. Memperolehi result akademik yang cemerlang.

9. Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan kepada merit

A. CARA MEMOHON KATA LALUAN DAN MENGISI BORANG ONLINE

Pemohon baru perlu mendapatkan kata laluan permohonan secara atas talian (online) mela|ui laman web seperti berikut: Selepas mendapat kata laluan, pemohon mestilah mengisi borang permohonan online melalui laman web yang sama :

Nota Pengisian Borang MRSM Form 4

1.Permohonan kata laluan adalah percuma.

2. Pemohon perlu mengisi nombor telefon bimbit dan emel yang boleh dihubungi untuk memudahkan penyaluran maklumat permohonan.

3. Pilih MRSM yang dinyatakan mengikut program semasa mengisi borang permohonan online.

4. Pemohon perlu mengisi semua maklumat di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online dan dicetak. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat: http://www.mara.gov.my

B. UJIAN KECENDERUNGAN MEMASUKI MRSM (UKKM) TINGKATAN 4 2024

Semua pemohon MRSM Tingkatan 4 bagi tahun 2024 perlu menduduki Ujian Kecenderungan Memasuki MRSM dan boleh membuat checking melalui aplikasi berikut:

-Aplikasi check tarikh dan tempat : UKKM Tingkatan 4 MRSM

C. CHECK TAWARAN PERMOHONAN MRSM 2024

Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak dihantar secara online tidak akan dipertimbangkan.

Pemohon boleh menyemak samada layak ke MRSM atau tidak pada tarikh jangkaan pada bulan Mac 2024. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga bulan Mei, permohonan dianggap tidak berjaya.

Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.

Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh lntegrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM. Keputusan Jawatankuasa Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Maklumat Lanjut Permohonan MRSM Tingkatan 1 & 4

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sila rujuk atau hubungi atau pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada iklan dan syarat permohonan dalam PDF di bawah ini:-

  • Facebook.MARA
  • Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-26132000 sambungan 39070, 34494, 34517, 35073, 34578

Selamat membuat Permohonan MRSM Tingkatan 1 dan 4 Online ambilan tahun 2024 buat pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 2023. Moga hasrat anda untuk memasuki Maktab Rendah Sains MARA dalam menyambung pengajian sekolah menengah tercapai.

Related : sistem pendidikan mrsm, ibu bapa penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam blacklisted oleh mara, 1 jan 2008 bagi calon tingkatan 4 2023, mula dibuka, 2 jan 2007 2008 bagi calon tingkatan calon, https mrsm.mara.gov.my mymrsm, jan 2007 hingga 1, membuat permohonan secara, cemerlang dalam akademik, aktif dalam aktiviti kokurikulum, https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/, lahir pada 2 jan,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *