Cara Melukis Peta Lakar Dan Mentafsir Peta Tugasan Geografi PT3, Cara buat peta lakar meliputi langkah-langkah dan cara tafsir peta,

Peta Lakar Cara Melukis Dan Mentafsir Peta

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan peta lakar iaitu cara melukis peta dan mentafsir peta buat rujukan pelajar PT3 dalam menyiapkan tugasan kerja kursus Geografi mereka. Tajuk folio tugasan Geografi tahun 2018 adalah berkaitan dengan kajian tentang guna tanah di kawasan tempat tinggal atau sekolah pelajar.

Antara lain kajian peta harus merangkumi perkara seperti melukis dan mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian. Calon pelajar seterusnya perlu mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut.

Peta Lakar Cara Melukis Dan Mentafsir Peta

Cara Melukis Dan Mentafsir Peta Lakar

Peta adalah gambaran atau lukisan tentang sesuatu kawasan di permukaan bumi yang dilihat dari udara.

Ianya digunakan bagi melihat taburan ciri fizikal dan budaya sesuatu kawasan di mana simbol digunakan bagi mewakili ciri geografi bagi merekod maklumat dalam sesebuah peta.

Oleh itu peta mengambarkan ciri-ciri geografi sesuatu kawasan.

Ciri Fizikal

Ciri semulajadi dan bukan buatan manusia seperti bentuk muka bumi, saliran dan tumbuhan semulajadi

  • Bentuk muka bumi
  • Saliran
  • Tumbuh-tumbuhan semula jadi
  • Contoh – Gunung, sungai, hutan

Ciri Budaya

Ciri yang terhasil daripada aktiviti manusia atau buatan manusia seperti pertanian, perlombongan, perindustrian, petempatan, kemudahan asas, pengangkutan, perhubungan dan penggunaan tanah

  • Melibatkan ciri buatan manusia
  • Perhubungan dan pengangkutan
  • Kegiatan ekonomi
  • Petempatan
  • Contoh – Jambatan, jalan raya, sekolah

Sifat Peta Yang Lengkap

Peta yang lengkap mempunyai :-

  • Tajuk
  • Skala
  • Petunjuk
  • Mata angin utara
  • Rangka peta

Peta dilambangkan oleh :-

  • Simbol
  • Singkatan
  • Warna

Simbol Fizikal

Mewakili ciri-ciri semulajadi. Contohnya bentuk muka bumi, saliran dan tumbuhan semulajadi.

simbol fizikal

Simbol Budaya

Mewakili ciri-ciri buatan manusia

Contohnya : petempatan, tanaman, perhubungan, perindustrian, perniagaan, perlombongan

simbol budaya

Singkatan

Singkatan digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu ciri, bentuk muka bumi dan kemudahan awam lain yang terdapat dalam peta.

  • T.A. = Tali air
    W.P. = Wakil Pos
    Pdg. = Padang
    B.P. = Balai Polis
    Kg. = Kampung
    P.D. = Pejabat Daerah
    Pt. = Parit
    Bt. = Bukit
  • Kb. = Perkuburan
    K. = Kuala
    Ldg. = Ladang
    P.P. = Pejabat Pos
    Tg. = Tanjung
    R.R. = Rumah Rehat
    W.P. = Wakil Pos
    Hosp. = Hospital

Warna

Warna juga memainkan peranan bagi menunjukkan ciri Geografi yang terdapat dalam peta dengan lebih tepat.

Contoh

  • Jalan Raya = Merah
  • Tanah Tinggi = Oren/ Coklat
  • Kawasan Perairan = Biru
  • Tumbuh-tumbuhan = Hijau
  • Petempatan = Hijau

Lorekan pula digunakan untuk menggambarkan keluasan, kepadatan dan taburan

Cara Melukis Peta Lakar

Langkah-langkah dalam membuat atau melukis peta lakar adalah seperti berikut :-

  1. Lukiskan sebuah peta rangka kawasan
  2. Peta Lakar kebiasaannya tidak memerlukan skala. Sekiranya mahu menunjukkan skala peta ianya dibolehkan
  3. Pilih simbol, warna dan singkatan yang sesuai bagi menunjukkan ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat di kawasan yang menjadi pilihan kajian
  4. Lukis simbol dan diwarnai dan serta singkatan bagi setiap ciri Geografi yang mahu dimasukkan dalam peta lakar
  5. Lengkapkan peta dengan arah mata angin utara, petunjuk. tajuk peta yang sesuai dan bingkai peta

Panduan Melukis Peta Lakar

  1. Meninjau dan memerhati kawasan yang dipilih sebagai kajian bagi mengumpul maklumat, buat catatan, kenalpasti jenis-jenis ciri geografi yang terdapat di kawasan kajian merangkumi ciri fizikal dan budaya
  2. Lukiskan sebuah peta rangka kawasan kajian berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan
  3. Lukis simbol fizikal dan budaya yang telah dikenalpasti terdapat di kawasan kajian mengikut kedudukannya
  4. Lengkapkan peta dengan petunjuk peta, arah mata angin. skala peta (jika mahu sertakan) dan tajuk peta yang bersesuaian bagi menunjukkan gambaran ringkas tentang kawasan peta

Ciri perlu ada dalam peta lakar

  1. Tajuk
  2. Arah mata angin
  3. Simbol fizikal
  4. Kedudukan iaitu label nama jalan raya atau bangunan
  5. Bingkai
  6. Simbol budaya
  7. Petunjuk

Contoh peta lakar adalah seperti dibawah :-

Tajuk : Peta Kawasan Pekan Mawar

Cara Melukis Dan Mentafsir Peta

Cara Mentafsir Peta Lakar

Langkah-langkah mentafsir peta lakar adalah seperti berikut :-

  • Tinjau peta secara kesleuruhan untuk mendapatkan gambaran umum tentang kawasan dalam peta
  • Perhatikan tajuk peta
  • Lihat penujuk arah mata angin
  • Perhatikan penunjuk peta
  • Perhatikan skala
  • Kenal pasti ciri fizikal dan ciri budaya
  • Tafsir saling kaitan antara ciri fizikal dengan ciri budaya
  • Membuat rumusan yang sesuai

Moga perkongsian Cara Melukis Dan Mentafsir Peta Lakar boleh dijadikan panduan dan rujukan buat pelajar PT3 dalam menghasilkan tugasan Geografi yang berkaitan dengan cemerlang.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *