Kadar Bayaran Zakat Fitrah Seluruh Negeri Di Malaysia Tahun 2020/ 1441H. Bulan Ramadhan yang mulia kembali lagi. Berikut dikongsikan kadar Zakat Fitrah 2020 untuk seluruh negeri di Malaysia beserta panduan cara bayar zakat fitrah online buat panduan umat Islam. Bayaran zakat fitrah boleh dilakukan di sepanjang bulan Ramadhan iaitu dihukum harus bermula dari awal sehingga akhir bulan Ramadhan,
Zakat Fitrah atau dikenali juga sebagai zakat diri/ badan, zakat puasa, zakat Ramadan dan zakat Fitri merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.
Isi Kandungan
- Kadar Zakat Fitrah 2021/1442H (Setiap Negeri Di Malaysia)
- Jumlah Bayaran Zakat Fitrah 2020 Dan Pautan Cara Bayar Zakat Fitrah Online
- Senarai Negeri & Kadar Zakat Fitrah 2020
- Cara Bayar Zakat Fitrah Online Mengikut Negeri
- Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
- Lafaz Akad Zakat Fitrah
- Syarat- Syarat Wajib Membayar Zakat Fitrah
Kadar Zakat Fitrah 2021/1442H (Setiap Negeri Di Malaysia)
Zakat fitrah dapat membersihkan dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Jenis zakat yang dikeluarkan adalah berdasarkan kepada makanan asasi sesebuah negeri seperti beras. Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram). Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.
Jumlah Bayaran Zakat Fitrah 2020 Dan Pautan Cara Bayar Zakat Fitrah Online
Berikut adalah senarai Jadual Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2020 untuk seluruh negeri di Malaysia. Maklumat bagi tahun 2021 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Juga dikongsikan panduan cara bayar zakat fitrah online untuk setiap negeri beserta pautan laman web berikutan pelaksanaan PKP :-
Senarai Negeri & Kadar Zakat Fitrah 2020 | ||||
NO | NEGERI | 2020 (RM) | 2019 (RM) | |
1 | PERLIS | 7.00 | 7.00 | |
2 | KEDAH | 5.00/ 7.00 / 14.00 / 21.00 | 7.00 / 14.00 / 21.00 | |
3 | PULAU PINANG | 7.00/ 16.00 | 7.00 | |
4 | PERAK | 7.00 / 14.00 / 21.00 | 7.00 / 14.00 / 21.00 | |
5 | SELANGOR | 7.00 / 14.00 / 21.00 | 7.00 | |
6 | WP KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA & LABUAN | 5.00/ 7.00 | 7.00 | |
7 | NEGERI SEMBILAN | 7.00 | 7.00 | |
8 | MELAKA | 7.00 / 14.00 | 7.00 / 14.00 | |
9 | JOHOR | 7.00 / 10.00 | 7.00 / 10.00 | |
10 | PAHANG | 7.00 | 7.00 | |
11 | KELANTAN | 7.00 / 14.00 / 21.00 | 7.00 | |
12 | TERENGGANU | 7.00 | 7.00 | |
13 | SABAH | 6.00/ 7.50 | 7.00 | |
14 | SARAWAK | 7.00 | 7.00 |
Nota:
* Terdapat negeri yang mempunyai lebih daripada satu kadar zakat fitrah. Pembayar zakat perlulah memilih kadar zakat yang sama harga dengan jenis beras yang menjadi makanan harian mereka. Sebagai contoh :-
Negeri Selangor
- Jenis beras Super Tempatan Gred A : Kadar Zakat Fitrah RM7.00
- Beras putih import/ beras perang/ beras pulut/ herba ponni/ beras wangi : RM14.00
- Beras basmathi/ beras jepun/ beras merah : RM21.00
Negeri Perak:
- Beras Super Special Tempatan 5% : Kadar Zakat Fitrah RM7.00
- Beras Putih Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi, Herba Poni : RM14.00
- Jenis Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah: RM21.00
Negeri Kedah:
- Beras Super Tempatan (10-15% hancur) : Kadar Zakat Fitrah RM5.00
- Beras Super Spesial Tempatan 5% : RM7.00
- Beras Super Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi, Herba Poni : RM14.00
- Jenis Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah: RM21.00
Negeri Melaka:
- Beras Super Special Tempatan 5% : RM7.00
- Beras Import seperti Beras Wangi, Beras Basmathi dan seumpamanya : RM14.00
Negeri Johor:
- Beras Super Tempatan : RM7.00
- Selain daripada jenis Beras Super Tempatan seperti Beras Import (Beras Wangi, Beras Basmathi) dan seumpamanya : RM10.00
* Kadar zakat Fitrah adalah sumber dari Majlis Agama Islam Negeri, Pusat Zakat dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ)
Cara Bayar Zakat Fitrah Online Mengikut Negeri
Berikut adalah panduan membayar zakat fitrah secara atas talian mengikut negeri masing-masing :-
1) JOHOR | |||
Urusan berkaitan pembayaran zakat fitrah di Negeri Johor HANYA dilaksanakan secara dalam talian melalui saluran-saluran berikut:
| |||
2) TERENGGANU | |||
Pembayaran zakat fitrah online untuk Terengganu boleh dibuat melalui :-
Aplikasi Snap N Pay boleh dimuat naik menerusi aplikasi ‘Google Play’ atau ‘App Store’. Kemudian, pembayar hendaklah imbas QR Code yang diberikan seterusnya membuat bayaran. Kaedah pembayaran kepada amil juga disediakan oleh MAIDAM untuk umat Islam yang kurang mahir menggunakan internet serta kawasan didiami tidak mempunyai kemudahan internet | |||
3) PERAK | |||
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menyarankan tiga kaedah utama yang boleh dilaksanakan untuk membayar zakat fitrah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perak
| |||
4) PULAU PINANG | |||
Umat Islam khasnya di Negeri Pulau Pinang boleh membuat bayaran Zakat menggunakan pembayaran secara atas talian (online) samada dengan menggunakan :
|
Kaedah pembayaran zakat fitrah online untuk negeri Wilayah Persekutuan KL& Putrajaya, Sarawak, Sabah dan Kelantan.
5) KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA | |||
Cara Bayar Zakat Fitrah online di KL & Putrajaya boleh ditunaikan bermula pada 1 Ramadan 1441H di pautan :-
| |||
6) SABAH | |||
Umat Islam di Sabah boleh melaksanakan pembayaran zakat fitrah melalui wakil-wakil amil yang bertauliah atau membayar secara dalam talian melalui saluran Perbankan Internet ( online banking ) dan Gerbang Pembayaran Atas Talian (online payment gateway ) seperti Snap N Pay, MYeG dan Boost kepada Majlis Ugama Islam Sabah. *Kaedah pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa | |||
7) SARAWAK | |||
Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) masih meneruskan kaedah tradisional pembayaran menerusi amil yang dilantik. Namun TBS juga menyediakan kaedah alternatif untuk memudahkan umat Islam membayar zakat fitrah pada Ramadan 1441H. Pembayaran secara dalam talian boleh dibuat menerusi :-
| |||
8) KELANTAN | |||
MAIK mengalu-alukan umat Islam di Kelantan untuk membuat pembayaran zakat fitrah secara dalam talian dengan merujuk kepada :-
Pembayaran kepada amil fitrah yang dilantik juga ada disediakan |
Kaedah pembayaran zakat fitrah online untuk negeri Kedah, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan adalah seperti berikut :-
9) KEDAH | |||
Pembayaran zakat untuk umat Islam di Kedah pada tahun 2020 digalakkan untuk dilaksanakan secara atas talian berikutan keadaan semasa. Antaranya adalah menerusi platform atas talian (online) di
Untuk golongan yang tidak mempunyai akses kepada kaedah atas talian, seramai 3,700 amil lantikan bersedia menjalankan tugas masing-masing untuk menyempurnakan kutipan zakat. LZNK akan mengeluarkan garis panduan kepada mereka mengenai kaedah kutipan terbaik dan perkara itu akan diuar-uarkan kepada orang ramai kemudian | |||
10) SELANGOR | |||
Umat Islam di Selangor boleh membuat pembayaran zakat secara atas talian (online) melalui:-
Di samping itu Lembaga Zakat Selangor LZS turut meletakkan QR Code di lokasi terpilih untuk memudahkan masyarakat mengakses terus ke platform pembayaran atas talian EzakatPay. | |||
11) MELAKA | |||
Pembayarn zakat fitrah di Negeri Melaka boleh dibuat kepada amil fitrah yang dilantik ataupun Bayar Zakat Fitrah secara online di pautan :-
| |||
12) NEGERI SEMBILAN | |||
Umat Islam di Negeri Sembilan boleh membuat pembayaran zakat secara atas talian (online) melalui:-
Untuk pembayaran kepada amil fitrah yang dilantik, keperluan hanya diberikan kepada pegawai PBMaINS mengikut keputusan pihak pengurusan |
Kaedah pembayaran zakat fitrah online untuk negeri Pahang dan Perlis dalah seperti berikut :-
13) PAHANG | |||
Pembayaran zakat fitrah online untuk umat Islam di Pahang boleh dibuat menerusi platform atas talian (online) FPX di | |||
14) PERLIS | |||
Umat Islam di Perlis boleh membuat pembayaran zakat secara atas talian (online) melalui:-
Pembayaran zakat kepada Amil Fitrah yang dilantik juga disediakan |
Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
- Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
- Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan
- Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri.
- Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
- Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.
Lafaz Akad Zakat Fitrah
1. Lafaz untuk diri sendiri:
- Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak RM …… yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:
- Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak RM …… yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
3. Lafaz bagi pihak:
- Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak RM …… yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
Syarat- Syarat Wajib Membayar Zakat Fitrah
- Islam dan merdeka
- Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya
- Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenamnya matahari pada akhir bulan Ramadhan.
Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:
1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.
3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenamnya matahari pada akhir Ramadhan.
4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
Soalan Lazim Zakat Fitrah
Berikut dikongsikan soalan lazim berkaitan pembayaran zakat fitrah di Malaysia:-
1. Mengapakah kadar zakat fitrah antara negeri-negeri di Malaysia tidak selaras?
Asal kewajipan zakat fitrah sebagaimana yang dinukilkan dalam perbahasan fiqh adalah makanan ruji masyarakat setempat. Di Malaysia, ia dinilaikan dengan beras yang menyamai sukatan segantang beras. Ringkasnya, perbezaan kadar zakat fitrah adalah disebabkan oleh jenis beras yang menjadi makanan ruji di sesebuah negeri berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh pihak MAIN dan AMZ serta maklumat dari pemborong.
2. Terdapat sebahagian negeri yang menetapkan beberapa kadar zakat fitrah. Berapakah nilai sebenar yang perlu dibayar?
Secara umumnya, bayaran yang ditunaikan mengikut kadar harga beras yang dimakan oleh majoriti masyarakat setempat adalah memadai. Walau bagaimanapun, sekiranya sesebuah keluarga atau individu ingin memilih kadar yang lebih tinggi, sepadan dengan jenis beras yang menjadi makanan ruji mereka, maka dalam hal ini Dr Yusuf al-Qaradhawi berpandangan ia adalah dari kerelaan hati dan dianggap sebagai suatu bentuk ketaatan tambahan yang terpuji.
Namun, bagi golongan yang kemampuan ekonominya terjejas disebabkan PKP dan situasi Covid-19 ketika ini, bayaran zakat fitrah boleh ditunaikan berdasarkan kadar minimum yang telah ditetapkan oleh pihak MAIN dan AMZ mengikut kemampuan diri dan keluarga.
Dalam hal ini, para pembayar bolehlah melayari laman media sosial MAIN dan AMZ bagi mendapatkan perincian berhubung kadar bayaran fitrah yang telah ditetapkan.
3. Apakah pilihan kaedah pembayaran bagi mereka yang tidak mahir menggunakan teknologi atau tidak mempunyai capaian internet?
Perkhidmatan pembayaran zakat fitrah melalui amil yang dilantik masih disediakan oleh hampir kesemua MAIN dan AMZ, namun ia akan dilaksanakan pada tahap yang minimum. Mekanisme pelaksanaan ini akan diselaras sewajarnya sesuai dengan PKP yang sedang berkuat kuasa.
Walau bagaimanapun, bagi negeri yang tidak menyediakan perkhidmatan bayaran fitrah melalui amil maka para pembayar perlulah merujuk pihak MAIN dan AMZ selaku pihak berkuasa agama negeri.
Semoga perkongsian di atas beserta panduan cara bayar zakat fitrah online bermanfaat buat semua Umat Islam.
Related : penolong amil zakat harta, bulan ramadan